Sunday, April 18, 2010

Biar Padang Tidak Rata..Lawan Tetap Lawan..Pengalaman Menjadi Pertaruhan

Pakatan Rakyat Terus Mara Walau Ditimpa Ketidakadilan

HULU SELANGOR 17 APR: Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR),  Saifuddin Nasution optimis Pakatan Rakyat mampu mengekalkan kerusi Parlimen Hulu Selangor walaupun banyak ketidakadilan ditimpakan kepada gagasan ini

Baik isu kekerasan polis mahupun sikap berat sebelah suruhanjaya pilihan raya (SPR), beliau menyatakan pimpinan Pakatan rakyat sudah lali dengan suasana sedemikian tetapi tetap mencapai kemenangan.

Biarpun dihimpit dengan pelbagai tekanan dan ketidakadilan setiap kali pilihan raya berlangsung, Pakatan rakyat sedia berdepan dan menyahut cabaran itu kerana ini bukan pertama kali Pakatan Rakyat diuji sedemikian.

"Kata orang Kedah, kita sudah mangli dengan ketidakadilan. Ketidakadilan ini bukan perkara baru tetapi perkara yang berulang kali berlaku,"

"Kita bertuah kerana kaya pengalaman berdepan dengan ketidakadilan segelintir polis. Ketidakadilan ini turut berlaku dalam proses penamaan calon kali ini, turut melibatkan SPR," katanya.

Berikutan rentetan ketidakadilan berterusan itu, Saifudin membuat kesimpulan begini: "Ketidakadilan sudah menjadi darah daging mereka".

petikan dari TVSelangor.com

No comments:

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!
"Saya memerlukan sokongan 1.2 juta penjawat awam. Sekiranya anda mahu dibayar gaji yang lebih baik di masa depan, saya perlu mengukuhkan asas perolehan kerajaan kerana kalau tidak, dari mana saya akan dapat wang untuk membayar penjawat awam?"- petikan kenyataan Najib Razak yang mengaku tiada idea lain utk nak bayar gari penjawat awam melainkan kenakan cukai kepada semua rakyat..Pada masa yang sama Kerajaan BN mahu mengurangkan cukai syarikat/cukai koparat..Pada 1988 cukai koparat adalah 40%..tetapikini telah dikurangkan kepada 25%..

Tapak-Tapak di Apadianie sejak 24 Mac 2009