"Jangan tiru aksi ini..ini bukan cara dan gaya "melompat" yg betul.."
oleh Subky Abdul Latif
Lompat ke PAS tidak berdosa?
Menteri Besar Kelantan,Tok Guru Nik Aziz bersetuju dengan mantan Mufti Perlis ,Dr Asri Zainal Abidin betapa wakil rakyat yg melompat parti adalah berdosa.
tetapi Tok Guru Nik Aziz menambah,bagi yg melompat kepada PAS tidak pula berdosa.
Pedapat begini mungkin suatu yg baru,tentunya ia menajdi satu kejutan bagi penganut politik sekular.
Puak sekular sehebat Dr Mahathir akan mengira Menteri Besar Kelantan itu tidak seimbang menjatuhkan hukuman.Yang masuk kepadanya betul belaka.Kalau ada ganjaran dosa dan pahalanya,ia berpahala.Tetapi yg tidak masuk kepadanya atau melompat ke lubuk lain adalah salah,bahkan berdosa.
Pada Tok Guru,PAS sebagai pertubuhan politik Islam adalah tempat asal politik umat Islam.Sebagai jamaah Islam,maka org Islam mesti berada disitu dari mula.
Sebagai seorang ulama yg hampir tiga suku dari usianya bergerak dlm jamaah Islam,berdakwah sambil berpolitik ,pada setiap masa beliau tentang hubung kait sesuau dengan Islam.Atas apa perkara saja yg disentuhnya,maka tetap dikaitkanya dengan Islam yg ada kesan dosa dan pahalanya.
Sesuai dengan Islam itu adalah mencukupi seluruh bidang kehidupan,maka ke arah itulah beliau berfikir dan bertindak.
Memang alam jagat ini bermula dengan Islam.Ketika makhluk bernyawa dicipta Allah,ia sudah diwajibkan menyembah Allah.Mahkluk bernyawa pertama ciptaan-Nya ialah jin.Sekian lama jin mengabdikan diri kepada Allah barulah dicipta pula malaikat.
Malaikat juga beribadat dan menyembah Allah.Dalam tempoh yg lama itu tiada kejadian derhaka kepada Allah ole kalangan jin dan malaikat itu.Maksiat pertama berlaku apabila manusia Adam dicipta utk menghuni bumi.Iblis membantah dan kufur dan dilaknat.
Asal manusia iaitu Adam adalah Islam.Kemudian antara anak cucu Adam itu tercicir atau maksiat,terkeluar dari Islam.
Melompat keluar dari Islam itu adalah salah.Tetapi antara yg terkeluar itu ada yg kembali setelah bertaubat dan membetulkan pegangan dan sikap.
Keluar dari Islam itu adalah salah dan dikeji.Tetapi yg kembali kepada Islam adalah langkah yg betul dan dialu-alukan.
Ustaz Nik Aziz dipercayai mengambil ikhtibar dari perkembangan ini mengaitkanya dengan kejadian lompat melompat sesama manusia dalam arena politik.
Orang Islam sewajarnya berada dalam parti atau jamaah Islam.Jka ia terpisah dari jamaah dan politik Islam,maka dia mestilah mencari badan politik Islam.Sesudah jenuh mencari tidak ditemui.maka berkewajipan baginya membentuk jemaah Islam.
Tidak sama sekali dibenarkan sesiapa yg menyertai jamaah yg tidak diasaskan atas kehendak taqwa dan tiada digalakan juga membentuk jamaah Islam yg baru setelah adanya jamaah Islam dalam sesuatu masyarakat.
Dari hadis yg diriwayatkan oleh Huzaifah Ibn al-Yaman bermaksud,adalah lebih baik menggigit perdu kayu dari menyertai jamaah yg tidak Islamik.
Jelas hadis ini menjadi panduan berpoliti bagi Tok Guru Nik Aziz betapa wajarnya umat Islam berada dalam politik PAS kerana PAS selain dari memenuhi maksud hadis tadi adalah diasaskan atas dasar taqwa.
Adalah benar PAS bukan satu agama atau Islam.Belum tentu salah kalau tidak masuk PAS.Tetapi PAS yg tidak menjadi agama yg tersendiri,ia adalah jamaah Islam yg mendukung cita-cita Islam dan segala titah perintah Allah.Adalah songsang fikiran dan sikap org Islam menyertai kumpulan lain sedang dalam masyarakatnya ada PAS.
Berfikir selari dengan fikiran Ustaz Nik Aziz adalah tepat dan betul.Tetapi ia tidak dapat diterima oleh penganut fikiran sekular sekali pun dia seorang cerdik pandai Islam yg berkelulusan pendidikan Islam tinggi.
bagi yg sudah berada dalam PAS,apabila dia melompat meninggalkan PAS bagi menyertai politik lain,sudahlah tentu dia silap dan salah.Dosanya adalah terhadap PAS.Jika dia bukan wakil rakyat,dia idak ada dosa dengan kawasan pilihan raya dan pengundi.
Tetapi bagi seorang wakil rakyat,mengikut Tok Guru,dia kena mnta ampun kepada setiap rakyat yg memilihnya kerana dia telah mengkhianati amanah yg mereka beri kepadanya.Kalau yg mengundi 10 ribu,maka dia mesti jumpa sekalianya utk meminta maaf.
Sekadar minta maaf tidak memadai.Dia wajar mengisytiharkan kerusinya kosong dan mengaku telah melakukan kesalahan.Terserah kepada pengundi untuk mengampunkanya atau tidak.
Itu kalau dari YB PAS.
Bagi wakil rakyat bukan PAS yg melmpat ke parti lain juga berdosa mengikut pandangan bekas Mufti Perlis.
Pendapatnya disokong oleh Ustaz Nik Aziz.
Jika dia melompat kepada PAS,dia tidak berdosa.
Kalau dia wakil rakyat Johor,Tok Guru Nik Aziz mungkin akan berangkat ke Johor utk mengalu-alu dan meraikanya.
Logik saranan Dr.Asri supaya wakil rakyat itu meletakan jawatan dan disokong oleh Ustaz Nik Aziz ialah utk melepaskan dia dari terus berdosa kepada pengundi dan rakyat yg memilihnya.Dia telah melakukan pengkhianatan kepada amanah mereka.maka cara yg terbaik utk menebus kesilapan itu ialah dengan meletakan jawatan bagi memberi laluan kepada undian baru.
Langkah itu adalah bagi menyesali kesilapan dan menghukum diri sendiri sebagai menebus dosa yg dikatakan tadi.
Apa pun tiada undang-undang melarang lompat parti itu.Demokrasi membolehkan seseorang melompat dan tiada hukuman kecuali pengundi menghukumnya dalam pilihanraya berikutnya.
Walaupun demokrasi tidak melarang dan tidak dapat berbuat apa-apa,apakah demokrasi suka dan gembira dengan kejadian dan perangai itu?
Demokrasi hanya menjaga perasaan dan kebebasan hak asasi individu.Tetapi demokrasi tidak memikirkan perasaan dan hak asasi individu yg ramai yg marah atas tindakanya.
Sekalipun yg melompat itu dikutuk ramai tetapi ada juga yg memuji dan gembira dengan tindakanya.
Yang menyokong dan memuji nya itu ialah yg idak mengundinya dulu.meeka menyokong org lain.
Datuk Seri Najibdan Dr Zambry seronok atas lompat tiga Adun yg jadi anggota bebas di DUN Perak.Tetapi ramai mana org hati hancur luluh gara-gara kebebasan dan hak asasi individu tadi?
Demokrasi menjadi hati satu dua org tetapi tidak menimbang hak asasi lebih ramai org.
Inilah kelemahan demokrasi.Tiada dosa dan pahala bagi org yg menghancur amanah org ramai.Mungkin demokrasi tidak wajar membuat undang-undang pencegahan,tetapi demokrasi sepatut ada ransangan tidak menyukainya.
Islam yg menjadi panduan Tok Guru Nik Aziz menetukan undang-undang atas kejadian itu tetapi apabila ia dikira satu pengkhianatan kepada amanah pengundi,maka ia adalah satu kesalahan berdosa.Ia pun menjadi pencegahan yg ditanam ke jiwa individu.
Kejadian lompat tidak dirasa apa-apa oleh pemikiran duniawi,tetapi org yg takut Allah memandangnya sebagai suatu yg berat dan besar.
No comments:
Post a Comment