Agaknya beginilah puak gerombolan bergembira dengan "lompatan kuda-kuda" ini...
Kurang pasti samada benar atau tidak DatukZ sememangnya bertindak utk menjadi "Kuda Trojan" buat PKR..tetapi apa yg didedahkanya itu sudah tentu menjadi virus kecil yg bakal menjadi besar dan membolehkan menjadi barah didalam UMNO..
Hari ini..semua ahli gerombolan dari muda sampai la yg tua...mengetahui 8 antara 30 nama ahli Parlimen yg didakwa sudah sain MoU dengan Anwar..
Maka berpusu-pusulah budak-budak hitam dari UMNO ini mempertahankan diri masing-masing sehingga mendakwa DatukZ penipu besar dan macam-macam lagi la..
8 budak hitam ini walaupun sudah membuat kenyataan penafian dengan pelbagai alasan..tetapi rasanya masih ada kewujudan sangsi kesetiaan mereka ini kepada UMNO serta Najib..
Untuk itu..semua sudah tahu permainan orang politik ini..apa yg dinafikan oleh mereka sudah tentu sedikit sebanyak penafian itu akan bertukar menjadi kebenaran..selalunya begitulah sifat penafian utk ahli politik..semakin kuat dinafi..semakin jelasla kebenaranya..
Giliran DatukZ sudah berlalu..kini tiba giliran ZKBB pula...
Kali ini ZKBB bangun utk berucap tidak selantang DatukZ.mungkin ini kerana ZKBB merasakan bahawa beliau tidak bersalah utk partinya kerana beliau dipecat..maka seranganya tidaklah setajam mana berbanding DatukZ yg 100% berdosa kepada partinya kerana keluar tanpa izin dari PKR...
Malah kenyataan ZKBB ini bagaikan ingin membela Anwar diluar mahkamah..adakah masih wujud perasaan sayang kepada Anwar..walaupun ZKBB kurang mendapat kasih sayang dari Anwar..
Dan ZKBB tidak behenti disitu saja..beliau turut mempertahankan PKR yg memecatnya apabila mengatakan projek 16 Sept itu adalah satu pelan yg betul buat mana-mana parti pembangkang..
Kenyataan ZKBB menyentuh perkara sensitif buat Najib dan "suaminya"..apatah lagi kenyataan sebegini keluar dari mulut Ahli Parlimen..
Masih ingatkah lagi berkenaan kepada Ahli Parlimen Puchong Gobind Sigh Deo yg digantung dari menghadiri sidang Dewan Rakyat selama 12 Bulan akibat dari mengeluarkan kenyataan mendakwa YB Pekan(ketika itu Timbalan Perdana Menteri) terlibat dengan pembunuhan..dan pembunuhan itu adalah kes Altantunya...
Sekali lagi ZKBB melaungkan perkataan Altantunya didalam Parlimen..setidak-tidaknya ianya boleh mendatangkan marah buat Najib yg seboleh-bolehnya memupuskan nama Altantunya dihati rakyat Malaysia..
Tiba-tiba sahaja ZKBB menanam baja buat nama Altantunya kembali harum mekar serta berbunga dihati rakyat..apatahlagi sidang Dewan Rakyat ini diikuti dengan secara teliti oleh rakyat setelah diperbodohkan sekian lama oleh UMNO/BN..
Adakah akan ada sebarang tindakan buat ZKBB apabila sekali lagi mengaitkan nama YB Pekan dan "suaminya" didalam isu pembunuhan Altantunya di Parlimen.?
Jika YB Puchong digantung 12 bulan kerana mendakwa YB Pekan terlibat dengan pembunuhan...sekurang-kurangnya YB Kulim Bandar Baru mesti digantung 6 bulan kerana cuba mengheret nama YB Pekan dan "suami" ke dalam isu yg sama..?
Sekali lagi tiba-tiba watak Kuda Trojan muncul kembali..adakah kali ini menjelma menjadi YB Kulim Bandar Bharu..?
Apakah akan wujud lagi 2 ekor "Kuda Trojan PKR" didalam Parlimen ini dan menjadikan jumlahnya 4 ekor semuanya..
Kalau benar..sudah semestinya UMNO/BN patut menyimpan panadol utk mengatasi pening kepala dengan kerenah YB Bebas yg cuba menjelma menjadi "Kuda Trojan PKR"..
Benar-benarkah mereka ini sememangnya Kuda-Kuda Trojan PKR...?
Drama King baru bermula...klimaxs belum sampai lagi....nantikan apa pula nak jadi selepas ini...
No comments:
Post a Comment