Wednesday, March 24, 2010

GST: Rakyat bukan tidak faham..tetapi lebih memahami..


Poket kami sudahlah kecik..sempit pula..janganlah dicarikkan pulak..

GST dilaksana selepas rakyat benar-benar faham- Umnotsan.Meloya

HONG KONG 23 Mac - Cukai barangan dan perkhidmatan (GST) akan dilaksanakan apabila rakyat benar-benar memahami kepentingan serta rasional memperkenal GST bagi menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan (SST), kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Namun pelaksanaannya melibatkan soal penerimaan rakyat. Kita perlu memastikan rakyat benar-benar memahami isu ini. Kita tidak mahu isu GST menjadi isu yang sengaja diperbesar-besarkan.

usinkata;...Rakyat sebenarnya dah faham..sebab rakyat yg ada sekarang majoritinya kaum muda..berfikiran lebih terbuka..kritis..memahami segala tindak tanduk yg bakal dilakukan oleh kerajaan..

Zaman sekarang rakyat tidak lagi boleh diperbodohkan sesuka hati oleh puak gerombolan yg memerintah kini,..

Apa yg ingin disuarakan adalah rakyat pada masa kini menolak GST kerana belum berkemampuan..dan .berupaya utk menerima GST..ekonomi belum pulih sepenuhnya..bila-bila masa boleh merundum tanpa diduga..jika kita berada d1dalam keadaan ekonomi ketika ditahun 1990-1996 ..mungkin GST dapat diterima..

Tetapi apabila 1998 hadir dengan krisis ekonomi dan seterusnya dilanda pula sekali lagi pada tahun 2007-2008 ...rasanya ekonomi rakyat juga sehingga kini masih belum stabil..

Ole itu..kami menolak sepenuhnya GST buat masa sekarang..bukan kerana tidak paham..tetapi keadaan tidak merelakan....

Sudahlah..jangan "carikkan" lagi poket "kempis" kami..



No comments:

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!
"Saya memerlukan sokongan 1.2 juta penjawat awam. Sekiranya anda mahu dibayar gaji yang lebih baik di masa depan, saya perlu mengukuhkan asas perolehan kerajaan kerana kalau tidak, dari mana saya akan dapat wang untuk membayar penjawat awam?"- petikan kenyataan Najib Razak yang mengaku tiada idea lain utk nak bayar gari penjawat awam melainkan kenakan cukai kepada semua rakyat..Pada masa yang sama Kerajaan BN mahu mengurangkan cukai syarikat/cukai koparat..Pada 1988 cukai koparat adalah 40%..tetapikini telah dikurangkan kepada 25%..

Tapak-Tapak di Apadianie sejak 24 Mac 2009