Adakah semanis ini senyuman Shahidan Kassim melihat Md Isa Sabu memujuk Yip Sun Onn..?
Yip Sun Onn bersandiwara - Guan Eng
Wednesday, 24 March 2010 11:21 AM
Oleh Masdar Wahid EraPakatan.com
KUALA LUMPUR : Tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Titi Tinggi, Yip Sun Onn meletak jawatan sebagai Wakil Rakyat disifatkan sebagai sandiwara oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.
Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, Jika Yip benar-benar serius untuk meletak jawatan sebagai wakil rakyat, Yip yang juga bekas wartawan sambilan di salah sebuah akhbar berbahasa Cina di negara ini perlu pada masa yang sama menyerahkan surat kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
usinkata;...Hati ini terfikir sejenak apabila membaca kenyataan Guan Eng ini..Sandiwara siapa..?
Sun Onn dari MCA itu atau dari UMNO sendiri..?
Adakah tindakan Sun Onn ini utk menjatuhkan MB Perlis yg diterajui oleh Mat Isa Sabu...?
Ketika amat maklum MB Perlis sebelum ini adalah Shahidan Kasim...tetapi apabila selepas BN berjaya mempertahankan Perlis dari turut kecundang ke tangan PR..tiba-tiba sahaja Shahidan tidak lagi kembali menjawat jawatan kesayangan beliau iaitu Menteri Besar Perlis..
Akibat dari kehilangan jawatan MB Perlis..kita dapat lihat betapa UMNO Perlis sendiri sudah berpecah kepada dua bahagian..semua org tahu hakikat ini...
Dan Shahidan dari sejak gagal menjawat jawatan MB Perlis berterus menyerang kepimpinan Md Isa Sabu..pelbagai helah dan taktik yg dilakukan dari kem Shahidan Kassim..
Dan ini adalah satu lagi bentuk dan cara bagaimana Md Isa Sabu hendak dijatuhkan..
Inilah realiti politik UMNO..cantas mencantas seringkali menjadi "makanan" gerombolan ini..
Sandiwara Sun Onn sudah bermula..Shahidan pula sedang tersenyum-senyum..Tentu Md Isa tidak menyangka...mahu tak mahu terpaksa pujuk juga..
Jika tidak dipujuk sudah tentu pilihanraya kecil bakal berlaku..dan kemenangan bukan lagi jaminan..sudah tentu "Umno" sendiri akan menjahanamkan "Umno" juga..
Benarlah kata org lama-lama...
"Pahlawan Melayu dahulu tewas bukan kerana kehebatan atau kekuatan musuh..tetapi tewas gara-gara pengkhianatan sahabat sendiri."
No comments:
Post a Comment