Monday, March 8, 2010

PKR ; Parti Kebangkitan Rakyat


Dari PARTI KEBANGKITAN RAKYAT kepada PARTI KEADILAN RAKYAT..

Soalan MerdekaReview:
Jadi bagaimana sekarang, kami melihat PKR selepas PRU ke-12, sudah berada pada kemuncaknya. Dan ramai yang sedang cuba untuk memusnahkan PKR ini, sebab PKR dilihat sebagai ancaman, khususnya kepada parti politik seperti UMNO. Jadi bagaimana, pada detik saat ini, Salehuddin Hashim selaku bekas S/A, meninggalkan parti?

Saifuddin: Tidak ada masalah.

Soalan MerdekaReview:
Dan ada pemimpin-pemimpin lain yang menyusul...

Saifuddin: Ada dua perkara dalam soalan saudara. Satu adalah berkenaan dengan Keadilan sebagai ancaman politik. (Dalam) lanskap politik (kini), parti keadilan dianggap sebagai parti yang mempunyai keupayaan untuk memberi ancaman. Sebab itu ia mengundang segala macam serangan. Itu normal. Satu parti politik yang menarik perhatian public begitu sekali, sama ada positif atau negatif publisiti, itu perkara biasa. Serangan daripada establishment, itu juga kita anggap perkara biasa. Sebab ini akan mematangkan lagi parti.

You buat satu parti, kemudian tiada siapa kacau you. Maksudnya, ...(ketawa) tak pengaruh.

Untuk kita, ancaman, tekanan, sekatan, halangan itu mematangkan kita. Menjadi lebih kuat. Itulah hakikatnya sekarang ini. Dari satu parti yang 11 tahun dahulu..umur tujuh bulan, bertanding pilihan raya pertama (untuk parti Keadilan). November 1999. Lima (kerusi) parlimen, lima (kerusi) Dewan Undangan Negeri. Tahun 2004, graf kita jatuh. Walaupun kita cuma hilang 2% sahaja sokongan. Pada tahun 1999, undi popular kita adalah 13%. Pada tahun 2004, undi popular kita menjunam 2%. 2% ini membawa kita hanya menang satu kerusi parlimen Permatang Pauh 500 majoriti. Yang lain semua kalah.

"Nama besar" keluar...

Dan kita kutip balik saki-baki itu, sisa-sisa itu, turun lagi ke bawah, jumpa rakyat, organise program, kumpul dana, kita move lagi. Plus factornya, Ketua Umum Anwar Ibrahim (gambar kiri) keluar (dari penjara). Move on...move bersama DAP dan PAS. Dan 2009, kita dapat 31 (kerusi) parlimen dan 43 (kerusi) DUN. Kita menjadi Menteri Besar di Selangor dan EXCO di negeri-negeri Pakatan Rakyat.

Ini proses naik turun kita. Tak ada masalah. Baik, dalam proses itu, ada pengalaman baik dan ada pengalaman kurang baik. Apa dia pengalaman kurang baik? Pemimpin dan pemegang jawatan keluar. Siapa yang pernah keluar dalam parti? Yang kecil jangan cerita. Nama-nama besar...

Timbalan Presiden Chandra Muzaffar keluar, Naib Presiden Marina Yusuf keluar, Naib Presiden Zainur Zakaria keluar. High profile, Ezam (Mohd Nor, gambar kanan), pengasas parti, keluar, dan yang terbaru, Salehuddin Hashim, keluar juga.

Baik, dalam masa 11 tahun, key leaders ini keluar. You tengok keadilan sekarang, daripada bermula dengan kosong, sekarang sudah ada 202 division seluruh Malaysia. Kekuatan anggota menghampiri 500 ribu. Baru saja minggu lepas, ROS (Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia) luluskan lagi 17 divisions.

Ertinya, perkembangan parti itu berlaku. Apa detik yang mengecewakan kita? Kita hilang kawan-kawan pimpinan yang kemudian membuat keputusan keluar, untuk apa alasan sekalipun. Tetapi, struggle has to go on (perjuangan mesti diteruskan). Kita mesti move parti keadilan sebagai vehicle ni, move on. Ada masa kita berjalan laju ada masa kita kena perlahan, sampai traffic light, merah you kena berhenti. Enjin jangan stop. You on, move move move...

Keadilan lahir daripada kebangkitan rakyat

So, ada tak set back kerana kita hilang? Ada! Saya bukan dalam mode denial. Tidak. Ada kesan. Ertinya, ahli akan tertanya-tanya, keliuru, kita perlu bagi penjelasan. Tapi at the end of the day, kekuatan parti bergantung kepada tiga perkara.

Pertama, idealisme perjuangan keadilan yang berteraskan 17 prinsip. Saya tak mahu sebut semua, tapi... satu ialah jaminan keadilan untuk semua kaum. Afirmatif berdasarkan keperluan, bukannya berdasarkan warna kulit. Menghormati prinsip-prinsip yang termaktub dalam perlembagaan. Kedudukan dan peranan institusi Raja. Bahasa Melayu. Islam sebagai agama persekutuan dan kedudukan istimewa bumiputera dan hak-hak orang asal Sabah dan Sarawak.

Mereka yang menyokong keadilan kerana mereka yakin dengan prinsip ini, they will stay.

Kedua, kekuatan keadilan itu terletak pada mass support. Sokongan rakyat. Sebab keadilan pada hari pertama kelahirannya, bukan dilahirkan oleh nama-nama besar. Pada hari Anwar dibuang daripada UMNO dengan fitnah besar, fitnah satu tahun 1998, tak ada Majlis Tertinggi UMNO yang keluar parti menyokong Anwar. Tak ada wanita UMNO yang keluar parti kerana menyokong Anwar.

Empat orang EXCO Pemuda UMNO sahaja yang menyokong Anwar. Saifuddin, Rahim Ghouse, Ruslan Kassim, dan Zahid Hamidi, sekejap. Lepas dia (Zahid) kena tangkap ISA, dia balik semula. Ok, tak apa. Ruslan pun balik, tinggal saya Saifuddin dengan Rahim Ghouse.

Itu sahaja, fakta. Hanya seorang ketua UMNO bahagian, daripada 165 Ketua Pemuda (bahagian) UMNO ketika itu, hanya seorang saja, iaitu Hamdan Taha. Ketua Pemuda Teluk Intan yang menyertai Anwar. Sekarang ini adalah pegawai kepada Zambri Kadir.

Jadi siapa yang menyokong Keadilan? Mereka adalah aktivis sosial, NGO aktivis, ahli akademik, mereka adalah pegawai kerajaan yang bersara, mereka adalah anak muda, mereka inilah bukan nama besar. Ertinya keadilan itu lahir bukan macam UMNO lahir di istana, seperti mana lahirnya PAS di Gunung Semanggol. Ulamak, Muslim scholar yang lahirkan PAS. UMNO lahir dalam elit. Tapi Keadilan lahir dari sokongan massa.

Kamu semaklah mana-mana sejarah parti politik dunia. Kalau dia (parti) dilahirkan oleh kebangkitan rakyat, parti itu will stay (akan kekal).

Dan yang ketiga, disebabkan sokongan massa dalam konteks organisasi, keadilan kuat kerana anggotanya. Kena tangkap sudah. Kena gas sudah. Kena lokap sudah. Kena penjara sudah. Hilang kerja sudah. Hilang pencen sudah. Semua sudah.

Siapa mereka ni? Nelayan, penoreh getah, penjaja kecil, pemandu teksi, ini adalah kekuatan parti Keadilan. Saya masuk di sini. Saya teliti keanggotaan parti, 35% of the anggota parti, datang daripada young group. Dan ini bukan berlaku secara tiba-tiba. Tidak. Young group ni apa? Maklumat yang cukup, level of education (taraf pendidikan) lebih baik, energetic, mereka ni punya vision, they know what they are doing. They choose to be with us. Ini kekuatannya.

So, kalau begitulah gambaran tentang parti keadilan, kita regret tak beberapa orang yang memilih untuk keluar? Yes, kita harap mereka boleh bersama dengan kami. Tapi, once they decide, not be with us, we respect them. But we have to continue. Sebab itu, you talk about sensitive data and all that, it is manageable.

sumber; petikan dari MerdekaReview yg menemuramah Setiausaha PKR Saifudin Nasution

No comments:

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!
"Saya memerlukan sokongan 1.2 juta penjawat awam. Sekiranya anda mahu dibayar gaji yang lebih baik di masa depan, saya perlu mengukuhkan asas perolehan kerajaan kerana kalau tidak, dari mana saya akan dapat wang untuk membayar penjawat awam?"- petikan kenyataan Najib Razak yang mengaku tiada idea lain utk nak bayar gari penjawat awam melainkan kenakan cukai kepada semua rakyat..Pada masa yang sama Kerajaan BN mahu mengurangkan cukai syarikat/cukai koparat..Pada 1988 cukai koparat adalah 40%..tetapikini telah dikurangkan kepada 25%..

Tapak-Tapak di Apadianie sejak 24 Mac 2009