3 lubang kubur sudah disediakan utk BN..satu utk UMNO,satu utk MCA dan satu lagi utk MIC...pilihlah yg mana suka..
Menurut beberapa penganalis politik berdasarkan perkembangan itu, besar kemungkinan GST tidak akan diperkenalkan sehingga selepas pilihan raya umum ketiga belas nanti.
Sejak beberapa minggu kebelakangan ini, kerajaan juga telah menangguhkan pengumuman tarif elektrik baru dan menarik balik rancangan mereka untuk menghentikan subsidi petrol.
Cukai baru dan penarikkan semula subsidi berkenaan, sebenarnya bertujuan mengurangkan defisit belanjawan negara yang kini pada tahap paling tinggi sejak 20 tahun kebelakangan ini.
-;- Petikan dari Malaysiakini
usinkata;...Wahai rakyat Malaysia semuanya..Kerajaan Malaysia yg ditunggangi Najib dan puak-puak dan juak-juak serta ahli gerombolanya sudah kehabisan idea..otak dh berkarat...ahli bijak pandai didalam negara pun sudah tidak meyakini Najib dan idea 1Malaysianya..apatah lagi dengan MEBnya..
Agaknya bijak pandai didalam negara samada dipinggirkan atau meminggirkan diri sendiri apatah lagi dengan peranan APCO dibelakang,didepan,dikiri ,dikanan,dibawah dan diatas Najib..
Oleh itu dengan bijak laksananya APCO..memandu Najib serta penumpang dari keturunan gerombolan ..maka dicananglah bahawa Najib akan berusaha utk meminimumkan defisit belanjawan negara..
Kenyataan Najib utk berusaha sedaya upaya utk meminimumkan defisit belanjawan negara amatlah mulia..namun apa yg menjadi kenyataan sekarang ini....Najib dan APCO hanya tahu utk mengambil dana dari rakyat utk mengurangkan defisit belanjawan negara..dengan pelbagai penarikan subsidi serta penstrukturan kononya..maka subsidi itu kini menjadi sejarah utk dikenangkan dan bukan lagi dinikmati....
Ternyata setelah peralihan kuasa dari Dr M dan seterusnya kepada Pak Lah dan kini Najib..tiada apa yg dapat dibanggakan...hanya slogan dan bunyi-bunyian yg bersifat popular..
Rakyat Didahulukan konon..yg mmg rakyat yg kena dahulukan..dahulukan deposit dalam bentuk cukai utk merealisasikan cita-cita Najib dan APCOnya..mengurangkan defisit belanjawan negara..
Pencapaian diutamakan konon...ya memang pencapaian diutamakan..pencapaian kroni menjadi warganegara terkaya diMalaysia diutamakan..dan kini menjadi realiti..sebagai contoh anak Mahathir dan adik Najib..
AWAS 1Malaysia..anda sedang "dinanti"..setelah mendapat mandat baru melalui pilihanraya ke 13..maka segala cukai-cukai..penstrukturan subsidi atau pemansuhan subsidi..yg bakal dilaksanakan utk merealisasikan cita-cita Najib dan APCO bakal berlaku dan memaksa pengaliran wang dari poket rakyat 1Malaysia semua....
Marilah kita bertekad utk kuburkan BN dahulu sebelum dikambusnya kita hidup-hidup..dan jadikan medan PRU ke 13 sebagai jihad menentang segala mak nenek cukai dan pemotongan serta pemansuhan subsidi harta rakyat..jangan terperdaya dengan bahasa "penstrukturan"..yg betul 10% sahaja ..90% lagi sudah tentu menjerut kita..
Ingin hati ini bertanya..adakah sudah tiada jalan lain selain menyeluk saku rakyat utk merealisasikan cita-cita anda (Najib/APCO)..?
Adakah sudah tiada pelabur yg tertarik menarik utk melabur dengan skala besar dan kemasukan pengaliran dana dari luar yg boleh membantu meralisaikan impian anda berdua(Najib/ACPO)..?
Adakah eksport minyak sawit dan petroluem sudah tidak laku di dunia..atau dana dari itu digunakan utk pembangunan atau merawat UMNO/BN yg sudah sakit dan mundur kebelakang..?
Sebusuk-busuk Mahafiraun pun ada juga bijak pandai didalam negara yg memberi sokongan dan buah fikiran dengan terwujudnya MTEN dan sekaligus berjaya menyelamatkan Malaysia suatu ketika dulu pada 1998..
Dan kini Najib memperjudikan nasib negara dan juga rakyat 1Malaysia dengan melantik APCO utk memandu menjahamkan Malaysia..
Hati ini tegas utk menutup pintu hati utk menerima pakai kenyataan bahawa Najib terlibat dengan semua idea seperti 1Malaysia,Klinik 1Malaysia,Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan apatah lagi dengan pengurusan dari segi ekonomi,mahupun sosial..semuanya ada penasihat tersendiri..dan hati ini juga kuat mengatakan APCO adalah dalangnya..
Renunglah sejarah pribadi beliau..dari saat menjadi Ahli Parlimen paling muda ketika itu sehinggalah menjadi PM Malaysia.
Apa ada dengan Najib....bagi hati ini....ia "kosong"..renunganya saja sudah menjelaskan..Najib tiada "sauh"..merewang kemana kemana..tidak tentu hala..kerana terajunya ditangan Rosmah dan talinya ditangan APCO..
No comments:
Post a Comment