Tuesday, January 26, 2010

2010 mewujudkan Hang Tuah,Hang Jebat dan Hang Nadim yang baru?


3 "Hang" sedang "bersilat"..dan sedang "berpeluh.."

PR kini sedang dilanda ribut didalam cawan yg memungkinkan ribut itu sampai ke negeri Perak.
UBN bijak sekali mendendangkan lagu Perpaduan Islam dibawah isu "ALLAH"..dan percubaan ini kembali berdendang setelah sunyi seketika apabila diasapkan..

YB Zul (PKR), YB Khalid Samad (PAS) dan Blogger AdukaTaruna(PAS) kini sedang diheret-masuk ke gelanggang ciptaan UBN dimana apa yang pasti dpt menempangkan gerakan tersusun PKR-PAS untuk menghadapi Pilihanraya DUN Perak..melalui isu "ALLAH" dan "Menghina Sultan"..

Hati ini meneka ..rencana yg dilakukan oleh UBN ini sememangnya utk mencari modal kempen di Perak nanti..dan kini skrip-skrip ceramah kempen sudah disiapkan oleh UBN..dan sudah pasti "Isu perbezaan pendapat mengenai "Allah" yg terpancar didalam PAS dan PKR digunakan 100%..untuk meraih sokongan masyarakat Melayu-Islam...

Mungkin kebetulan juga berlaku apabila Aduka Taruna tersilap lompat dan jatuh ke tanah apabila berjaya ke tangga balai polis setelah berpuluh laporan polis telah dibuat diatas kesalahan beliau menghina Almarhum Sultan Johor.
Ini bertambah malang sekali apabila Aduka Taruna ini juga dikenali sebagai "Blogger PAS"..

Dengan terjerumusnya AdukaTaruna atas isu menghina Sultan menjadikan UBN semakin bersemangat untuk mencipta skrip tambahan utk dijadikan modal berkempen di Pilihanraya DUN Perak..dan isunya juga sudah tentulah "Penghinaan kepada Sultan"..

Ditambah pula YB Zul (PKR) membuat laporan polis setelah mendakwa YB Khalid Samad menghina undang-undang Islam, umat islam dan Sultan Selangor..

Dengan dua tajuk kempen ini iaitu Isu "Allah" dan "Menghina Sultan" sudah cukup untuk membuatkan UBN berani mencadangkan kepada Ketua Hakim agar keputusan Mahkamah Persekutuan mengesahkan siapa MB Perak yg sah diumukan pada 9 Febuari nanti..dan UBN juga tahu jika YB Nizar disahkan MB yang Sah maka beliau akan membubarkan DUN dan membolehkan Pilihanraya yang baru akan dijalankan..

Oleh itu maka lancarlah perjalanan kempen UBN utk Pilihanraya DUN Perak nanti dengan terhidangnya bahan-bahan kempen yg sudah siapa sedia....dan bakal membuatkan PR terkial-kial untuk mengatasinya..

Apa yang pasti dua watak yg menjadi selumbar didalam PAS-PKR perlu dikorek-buang untuk sekurang-kurangnya menidakan majoriti 2/3 UBN didalam DUN Perak nanti..

Jika tidak dkorek-buang selumbar itu..hanya keajaiban sahaja yang akan dapat mengekalkan PR menerajui Kerajaan Perak kembali..

Adakah kita boleh melabelkan YB Zul sebagai Hang Tuah...YB Khalid Samad sebagai Hang Jebat dan Aduka Taruna sebagai Hang Nadim dizaman moden ini???..layakah mereka ..???

No comments:

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!
"Saya memerlukan sokongan 1.2 juta penjawat awam. Sekiranya anda mahu dibayar gaji yang lebih baik di masa depan, saya perlu mengukuhkan asas perolehan kerajaan kerana kalau tidak, dari mana saya akan dapat wang untuk membayar penjawat awam?"- petikan kenyataan Najib Razak yang mengaku tiada idea lain utk nak bayar gari penjawat awam melainkan kenakan cukai kepada semua rakyat..Pada masa yang sama Kerajaan BN mahu mengurangkan cukai syarikat/cukai koparat..Pada 1988 cukai koparat adalah 40%..tetapikini telah dikurangkan kepada 25%..

Tapak-Tapak di Apadianie sejak 24 Mac 2009