Monday, January 18, 2010

UMNO; Antara Nyanyok dan Penyegan


"Aku dah tua..dah nyanyok pon...dah tak kuat macam dulu..badan pon makin kurus..mg la selalu jadi penyegan,pemalas..kalau hampa tak suka kat aku..letak la aku kat rumah org-org tua..tak pun letak aku kat muzium..ramai sikit org datang melawat.." -wasiat terakhir UMNO

UMNO BARU SEDAR PEMIMPIN UMNO MALAS
Written by Admin
Sunday, 17 January 2010 22:37
Dari Kacamata: HALIK ZAMAN - SabahKini.Net

KETUA Penerangan UMNO hari ini memperakui bahawa sebahagian pemimpin UMNO yang ada pada hari ini baik di peringkat atasan, bahagian dan cawangan mengalami sindrom penyakit ‘MALAS’. Kasihan mereka ini, baru mereka sedar hari ini. Sebilangan besar rakyat Malaysia telah lama maklum akan hal ini sehingga terjadinya gelombang tsunami politik pada PRU-12 pada 2008 ketika UMNO/BN berhempas pulas memulihkan imejnya yang hampir tercampak ke longkang busuk.

Disebabkan kemalasan para pemimpin UMNO, tambah sikit nak 'cari makan sendiri', maka rakyat sudah hilang kepercayaan kepada kepimpinan UMNO. Rakyat kini tidak rela dipergunakan dengan sewenang-wenangnya oleh para pemimpin UMNO.

Tersenyum kita sendirian apabila membaca kenyataan Datuk Ahmad Maslan hari ini. Rupa-rupanya dia baru tersedar akan sikap ‘PEMALAS’ yang begitu menular di kalangan YB-YB dan para pemimpin UMNO hari ini.

Mungkin akan datang PRU13 nanti oleh kerana itu jugalah, rakyat sudah malas untuk meng'hadiahkan' undi mereka pada calon-calon UMNO/BN. Buktinya, pada pilihanraya-pilihanraya kecil juga rakyat telah mengekalkan mandat mereka kepada barisan calon Pakatan Rakyat.

Malah, kerusi UMNO di Kuala Terengganu juga berjaya di pindahkan 'hak-milik' kepada Pakatan Rakyat. Tidakkah mereka pandai sedar-sedar? Mereka masih sibuk merayakan 'bulan madu' kemenangan mereka pada 8 Mac 2008.

Sikap tidak kisah para pemimpin UMNO ini sebenarnya telah lama kita maklumi. Cuma, sebelum ini, rakyat masih cuba untuk bertahan. Tapi akhirnya, kesabaran rakyat Malaysia telah sampai ke kemuncaknya. PRU12 menjadi saksi, beberapa negeri jatuh ke tangan Pakatan Rakyat. Pencapaian terbaik ialah, pertukaran pentadbiran Kerajaan di negeri Selangor, yakni KEY STATE kepada UMNO.

Ketua Penerangan UMNO bagaikan tersentak dari tidur lena panjang, cuba meraih kembali semangat rakyat Malaysia dengan ‘Hikayat 1001 Malam’nya. Beliau cuba sedaya upaya 'membangunkan' para pemimpin UMNO yang masih lena diulit mimpi kerana bimbangkan segala kemungkinan yang bakal terjadi pada PRU13 kelak.

Namun agak malang, usahanya belum tentu menampakkan hasil kerana perkembangan terkini, Mahkahmah Tinggi telah memutuskan perlunya diadakan satu lagi pilihanraya kecil di Kota Siputeh ekoran wakil rakyatnya tidak hadir ke Persidangan Dewan Undangan Negeri selama dua penggal berturut-turut. Sebab apakah itu? Jawabnya cukup senang….MALAS!

YB-YB lain pula bukan sibuk memperjuangkan nasib rakyat yang di wakili, tetapi sibuk dalam pertandingan, 'siapa cepat, dia banyak.’ Berlumba-lumba menghimpunkan kekayaan kerana mereka cukup sedar, PRU13 kelak nasib mereka belum tentu SELAMAT.

Ada pula YB-YB sibuk menyenarai-pendekkan nama-nama artis tempatan untuk mencukupkan kuota. Ya lah, duit banyak, mahu juga bersedekah. Jalan terbaik, bersedekah pada bini-bini muda yang berpangkat ARTIS. Walau bagaimana pun kita ucapkan tahniah kerana berjaya mendirikan satu lagi masjid selain ikut sunnah Nabi.

Satu lagi perlu kita tegur sikap golojoh Datuk Seri Nazri Aziz yang memegang undang- undang di tangannya sendiri. Pernah Datuk Seri Nazri bercakap dalam Parlimen menegur para pemimpin Pakatan Rakyat supaya menghormati keputusan mahkamah pasal kes Perak. Pagi tadi di dada akhbar Utusan Malaysia Datuk Seri Nazri berkata Sabah dan Sarawak boleh menyebut kalimah Allah tapi tidak di Semenanjung.

Pada hemat kita, perkara itu sudah ke peringkat Mahkamah Rayuan, tunggulah keputusan rayuan Kementerian Dalam Negeri ke Mahkamah Rayuan selepas itu baru lah keluarkan kenyataan rasmi. Ini seolah-olah menunjukkan Kerajaan UMNO/BN tidak percaya dengan kewibawaan mahkamah bagaimana pula mahu menasihati pembangkang menghormati mahkamah?

No comments:

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!
"Saya memerlukan sokongan 1.2 juta penjawat awam. Sekiranya anda mahu dibayar gaji yang lebih baik di masa depan, saya perlu mengukuhkan asas perolehan kerajaan kerana kalau tidak, dari mana saya akan dapat wang untuk membayar penjawat awam?"- petikan kenyataan Najib Razak yang mengaku tiada idea lain utk nak bayar gari penjawat awam melainkan kenakan cukai kepada semua rakyat..Pada masa yang sama Kerajaan BN mahu mengurangkan cukai syarikat/cukai koparat..Pada 1988 cukai koparat adalah 40%..tetapikini telah dikurangkan kepada 25%..

Tapak-Tapak di Apadianie sejak 24 Mac 2009