Saturday, January 9, 2010

Berita; Harga Padi "Jatuh"..?

PENGUMUMAN PENTING: HARGA PADI JATUH?
Written by Admin - SabahKini
Saturday, 09 January 2010 01:15

HARGA padi akan diturunkan semula ke RM 750 per metrik tan (75 sen sekilo) pada 11 Januari 2010 iaitu pada hari Isnin 75 sen sekilo adalah harga minima yang ditetapkan oleh pihak Kawal Selia Padi dan Beras Negara.

Pihak Pengilang Sabah (PADIKOM) terpaksa berbuat demikian kerana subsidi beras (April hingga September – selama 6 bulan) yang diberikan sebanyak RM600 per metrik tan (60 sen) telah berakhir pada 30 September 2009 tetapi di Semenanjung Subsidi Beras ini diteruskan sebanyak RM750 per metrik tan.

Ekoran dari ini, kami pengilang telah bertahan selama 3 bulan (Oktober hingga Disember) tidak menurunkan harga padi demi kepentingan petani, tetapi kami tidak lagi boleh bertahan kerana pengilang menanggung kerugian.

Semasa subsidi beras diberikan, BERNAS membeli beras Super Tempatan (ST25) dengan harga RM2.30 sekilo dengan tambahan kos pengangkutan RM45 per metrik tan.

Kini setelah subsidi beras dihentikan, Sazarice menawarkan harga ST25 sebanyak RM2.00 perkilo, ini bererti pengilang kena menanggung kerugian sebanyak RM300 per metrik tan.

Ke mana hala tuju PADIKOM dan ini bukan konsep 1Malaysia, kata En. Jaujip Pangalin, Pengerusi PADIKOM.

Perkara ini menjadi lebih kritikal bila harga beras tempatan kena bersaing dengan Beras Nasional yang hanya berharga RM1.80 sekilo di pasaran. Siapa yang akan membeli beras tempatan yang berharga RM2.30 sekilo harga pemborong. Ini adalah tamparan hebat kepada ahli PADIKOM.

Perkara ini telah diadukan kepada wakil rakyat MP Dato Rahman Dahlan, sehingga kini masih lagi mengharapakan kajian semula perkara ini tetapi hanyalah hampa dan kecewa sehingga kami terpaksa menjatuhkan harga padi.

Harapan kami, periuk nasi pengilang dan petani perlu dijaga.

Ditulis Oleh:

CATHERINE CHU

Setiausaha of PADIKOM

No comments:

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!
"Saya memerlukan sokongan 1.2 juta penjawat awam. Sekiranya anda mahu dibayar gaji yang lebih baik di masa depan, saya perlu mengukuhkan asas perolehan kerajaan kerana kalau tidak, dari mana saya akan dapat wang untuk membayar penjawat awam?"- petikan kenyataan Najib Razak yang mengaku tiada idea lain utk nak bayar gari penjawat awam melainkan kenakan cukai kepada semua rakyat..Pada masa yang sama Kerajaan BN mahu mengurangkan cukai syarikat/cukai koparat..Pada 1988 cukai koparat adalah 40%..tetapikini telah dikurangkan kepada 25%..

Tapak-Tapak di Apadianie sejak 24 Mac 2009