Thursday, January 7, 2010

Talian hayat yg sudah "TERPUTUS"



Sesudah Najib mendapat tekanan dari Dr Yusuf Al-Qardhawi yg boleh dikatakan mewakili dunia Islam apabila beliau memberikan sokongan 100% kepada seteru utama Najib iaitu Anwar Ibrahim didalam kes liwat...kini Najib bakal berhadapan pula kemungkinan yg bakal mencatat sejarah dunia apabila seorang Perdana Menteri Malaysia dipanggil untuk memberikan keterangan berhubung kes rasuah dan bunuh di negara asing iaitu dinegara yang tidak asing lagi kepada Najib..Perancis..
Seandainya polis Paris akan memanggil Najib ke balai mereka sudah tentu ini merupakan tekanan dunia barat kepada Najib sesudah tekanan dari dunia islam yg diterajui oleh Dr Yusuf Qardhawi..
Maka talian hayat Najib telah habis digunakan sekarang..apa jua talian hayatnya sudah terputus..namun begitu jika atas ehsan Dr M berkemungkinan Najib bakal mendapat sokongan negara Afrika pula kerana connection "Sifunya" itu dengan negara Afrika atau lebih tepat lagi negara Zimbabwe amat bertaut rapat hingga mencecah akar dibumi..

Mari kita soroti aneka bentuk talian hayat Najib yg sudah terputus...

1) Melayu - pelbagai aneka rencah dan adunan utk menyatukan Melayu dibawah UMNO gagal setelah PKR "kacau daun" dengan menarik rapat PAS disisinya..

2) Cina dan India - Apabila UMNO sudah menjadi "Big Head" setelah kecundangnya MCA,Gerakan dan MIC pada PRU ke12 serta campur kaki dan tangan didalam kemelut yg melanda parti komponen terbesarnya menyebabkan kemerosotan sokongan berlipat kali ganda telah dialami oleh MCA,Gerakan dan MIC kini..Sekarang DAP dan PKR tersenyum lebar melihat penyeberangan ahli-ahli baru ke kem mereka..
Perkara ini dipekakbadakan oleh Najib dan UMNO..

3) Sabah dan Sarawak - Dapat dilihat setelah BN "dijamin" masa depan pemerintahan mereka atas kemenangan bergaya berturutan parti komponen dari Sabah dan Sarawak memaksa pelbagai kaedah dan usaha telah digunapakai untuk memastikan Sabah dan Sarawak kekal sebagai simpanan tetap BN...namun begitu setelah sekian lama Sabah dan Sarawak membiarkan mereka menjadi balaci BN..kini mereka disana seakan mendapat sinar baru apabila dikatakan terliur dengan janji "Anwar Ibrahim"..apatah lagi ada yang menyifatkan duduk satu banglo tapi menghuni bilik air/jamban..Kini kemerosotan sokongan disana sudah menjangkau 50%...Ini bahaya buat BN..

4)Dunia Islam - Samada kesilapan percaturan atau ada agenda dalaman yg ingin menjatuhkan Najib telah berlaku apabila Tokoh Maal Hijrah 1431 Dr Yusuf AlQardhawi secara terangan memberikan sokongan 100% kepada musuh ketat UMNO/BN iaitu Anwar Ibrahim..Apatahlagi Dr Ysusf Al-Qardhawi merupakan ikon Muslim sedunia serta boleh dikatakan mewakili suara masyarakat Islam sedunia....

5)Dunia Barat - Amerika sudah memberikan signal "merah" apabila terdapat panggilan misteri dari Obama berhubung Bank Malaysia ada menyimpan duit Korea Selatan yg merupakan paksi kejahatan yg dilebelkan oleh Amerika..ditambah pula dengan kehilangan enjin jet yg dicipta oleh Amerika hilang dan dijual..dikatakan Amerika bimbang enjin itu jatuh ketangan musuhnya..maka segala teknologi enjin itu takut pula dicopy-pastekan mereka..sekali lagi ada panggilan amaran dari White House..
Sebelum ini wartawan dari Perancis acap kali membicarakan tentang misteri Altantunya serta Kapal Selam..dan yg terbaru dikatakan ada pihak yg xdapat lagi menaruh harapan kepada SPRM dan Polis Malaysia kerana gagal menyelesaikan misteri Altantunya dan Kapal Selam..dan mereka dari Paris akan bertindak sendiri..Ini mungkin kerana jika disebut Altantunya dan Kapal Selam..mesti muncul juga nama negara mereka Perancis..ini sudah memalukan warga Perancis...arang ini mesti dicuci sebelum ia menyala membakar mereka..

6) Perpaduan Islam - Isu nama Allah disensasikan oleh media pro-UMNO/BN..dan perancangan ini amat menarik sekali..Sesudah gagal memujuk Melayu meninggalkan PAS utk bersatu dibawah kaki UMNO..dicipta pula "rayuan" agar bersatu atas nama islam..namun semakin hari semakin jelas kelihatan disepanjang isu nama Allah ini panau dan kurap ditangan perpaduan islam yg dihulrkan oleh UMNO semakin terserlah dan berbau..ternyata huluran perpaduan islam anjuran UMNO ini bersifat gergaji mata 2345678910..
Dan sedikit masa lagi terlondehlah segalanya mengapa sebahagian besar umat islam Malaysia menolak perpaduan islam anjuran UMNO ini..Kini yang mana sudah tergiur dengan perpaduan islam anjuran UMNO ini sudah tersedar dari lamunan dan kembali ke landasan asal...ternyata ilmu pukau Tok Moh Rosmoh didalam perpaduan islam..gagal !!!

7) Dunia Afrika - Kurang pasti samada talian hayat dari Dunia Afrika ini dapat menyelamatkan Najib serta UMNO/BN walaupun "sifunya" ada "kabel besar"..
Sudah pasti sebagai benua yg kurang membangun ini memerlukan dana untuk menggerakan usaha utk menyelamatkan Najib serta gerombolanya..
Dan kita amat maklum ..mana lagi nak korek dan nak cekau...subsidi gula pun tak mampu nak tambah..inikan pula nak bagi "gula" kat Afrika..gila ka pa..
Nak harap Petronas pon susah juga..Petronas pon dan bagi respon satu macam saja..sampaikan team FI pon xmau support..boleh nak paksa..tapi kalau duit raya dari Petronas dibagi separuh kat Afrika..alamat Malaysia kena tukar nama la pula..jadi "SOMALAYSIA"..yerla..dah jadi macam Somalia ..miskin..duit bajet xcukp..macammana nak tadbir negara..

8) Ekonomi - Najib bukalah penyebab ekonomi Malaysia xbangun-bangun selepas krisis 1998..beliau hanya mewarisi dari 2 Perdana Menteri iaitu Mahathir dan Pak Lah...bukan atas kegagalan Najib namun kegagalan UMNO/BN melawan bayang-bayang diri sendiri..
Atas dasar takut hilang kuasa...takut Anwar londeh suma seluar mereka..pembangunan ekonomi secara agreasif diabaikan..hanya menumpang kesenangan hasil minyak yg dikorek Petronas..
Sehingga kini talian hayat ini begitu rapuh utk digayut oleh Najib...kerana ekonomi dunia pun masih belum pulih sepenuhnya apatahlagi ekonomi Malaysia yg senipis kulit bawang ini..

9) UMNO - Sudah ada gerakan bawah tanah yg digerakan oleh "somebody"..dan kini mata-mata Najib berkeliaran merata ceruk untuk mencari siapa punya The Hidden Hand didalam parti sendiri..Ini telah mencetuskan kebimbangan terbaru buat Najib muktahir ini..
Untuk itu dijangka Najib sudah kehilangan 40% sokongan tegar dari dalam..Dan ini satu perkembangan yang amat merunsingkan Najib...

10)Utusan,Berita Harian,RTM,TV3,Polis,SPRM,SPR,MAHKAMAH- Sisa-sisa inilah yg hanya dapat digantung harap oleh Najib dan Gerombolanya..namun begitu bentuk talian hayat ini semakin lama semakin kehabisan minyak..lampunya itu sudah tidak dapat menerangi jalan yg sedang dilalui oleh Najib dan Gerombolanya..sebahagia besar rakyat Malaysia sudah muak dan lali dengan propoganda dan publisiti murahan yg dipamerkan oleh jenis talian hayat ini..kini talian hayat ini semakin hampir bakal dibakul-sampahkan oleh rakyat Malaysia yg cerdik serta peka..Tidak mustahil talian hayat ini akan diputuskan sendiri oleh rakyat sedikit masa lagi..dan akan digantikan dengan nafas lg baru serta badan yg segar serta tiada penyaki rasuah..
Dan kebergantungan talian hayat ini semakin lemah genggamanya oleh Najib dan Gerombolanya..

Kesimpulan dari cakap-cakap yang tak berfaedah ini..dapatlah disimpulkan talinya..Najib bukan lagi berhadapan dengan PR..Najib kini sudah tersesak nafas diserang dan diacu senjata kiri kanan,luar dalam,depan belakang,sisi siku,atas bawah...

Sedih sekali melihat akhir hayat UMNO/BN terkulai ditangan NajibRosmah...

UMNO/BN sudah tentu akan mengalami mati celik.!!!..mata xpejam-pejam !!!



Polis Paris siasat Najib?
Wed, Jan 6, 2010Dalam Negeri
Oleh Dzulkarnain Taib - FreeMalaysiaToday

Isu pembunuhan Altantuya Shariibuu dan dakwaan rasuah dalam pembelian kapal selam Scopene terus menghantui Perdana Menteri dengan pihak berkuasa Perancis berkemungkinan memanggil beliau untuk memberi keterangan.
Sumber-sumber mengesahkan sebuah laporan polis akan dibuat di Paris tidak lama lagi bagi menyiasat tuduhan RM540 juta dibayar kepada syarikat kroni Datuk Seri Najib Razak ( gambar ) oleh sebuah syarikat Perancis untuk pembelian kapal selam itu.
Ini berikutan keengganan pihak berkuasa Malaysia, termasuk polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bertindak telus menyiasat dakwaan itu walaupun pelbagai bukti di ketengahkan sejak beberapa tahun lalu, ketika Najib masih Menteri Pertahanan.
Menurut sumber berkenaan semua dokumen dan laporan mengenai kematian Altantuya serta dakwaan rasuah berhubung pembelian dua kapal selam oleh kerajaan Malaysia sudah diserahkan kepada dua peguam Perancis.
"Kedua-dua peguam tersebut tiba di Malaysia kira-kira tiga minggu lalu untuk berbincang mengenai laporan polis yang akan dibuat di Paris tidak lama lagi,” kata sumber berkenaan.
"Pihak kami sudah serahkan semua dokumen termasuk keratan akhbar dan laporan media mengenai isu pembunuhan Altantuya dan Scopene,” tambah beliau.

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!
"Saya memerlukan sokongan 1.2 juta penjawat awam. Sekiranya anda mahu dibayar gaji yang lebih baik di masa depan, saya perlu mengukuhkan asas perolehan kerajaan kerana kalau tidak, dari mana saya akan dapat wang untuk membayar penjawat awam?"- petikan kenyataan Najib Razak yang mengaku tiada idea lain utk nak bayar gari penjawat awam melainkan kenakan cukai kepada semua rakyat..Pada masa yang sama Kerajaan BN mahu mengurangkan cukai syarikat/cukai koparat..Pada 1988 cukai koparat adalah 40%..tetapikini telah dikurangkan kepada 25%..

Tapak-Tapak di Apadianie sejak 24 Mac 2009