Saturday, January 16, 2010

Apa Ada Dengan Klinik Dang Najib


Sori la ..doktor tarak...misi pun tarak..tapi xpa..saya juga boleh jadi doktor..you sakit apa..demam..ok senang saja..saya kasi ubat sakit perut ok..musti baik itu demam..pecayala..

Jika sesiapa yg mengikuti siaran berita TV3suku yg memaparkan berita tentang pelancaran Klinik 1Malaysia oleh Dang Najib sudah tentu dapat melihat satu kenyataan dari Dang Najib sendiri..iaitu ada soalan dari wartawan yg bertanyakan tentang ada satu pihak Pertubuhan Perubatan mempertikaikan Klinik 1Malaysia gagasan Dang Najib...
Maka dari siaran TV3 itu ..Dang Najib berkata beliau akan meminta Pihak Kementerian Kesihatan berjumpa dan memperjelaskan kewujudan Klinik 1Malaysia kepada mereka..

Hati ini ketawa kecil ..nampaknya gagasan dan plan Dang Najib untuk Klinik 1Malaysia langsung tidak dibuat kajian dan penelitian yg serius serta mengambil kira pandangan pihak-pihak yg lebih arif dan tahu..
Akhirnya jelas sudah kepada hati ini pihak mana yg mempertikaikan Kilinik 1Malaysia itu..ternyata Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) yg mengkritik serta mempertikaikan gagasan Klinik 1Malaysia itu..
Perkara tersebut turut diulas oleh Bekas Menteri Kesihatan yang pernah menjawat jawatan itu selama 9 tahun iaitu "Penderhaka MCA/BN Datuk Chua Jui Meng..

Datuk Chua Jui Meng kata;

"Bayaran perkhidmatan perubatan sebanyak RM1.00 yang dikenakan klinik 1Malaysia tidak berbeza dengan kos rawatan di hospital dan klinik kerajaan sebelum ini yang mengenakan caj pada kadar yang sama."

“Sepatutnya mana ada klinik di Lembah Kelang tanpa perkhidmatan doktor, tanpa perkhidmatan pakar perubatan. Mana ada klinik di bandar besar yang pemeriksaan kesihatannya dilakukan oleh pembantu perubatan dan jururawat. Ini hanya menjadi bahan ketawa saja,”

"Klinik tanpa doktor kebiasaannya hanya wujud di kawasan luar bandar dan kawasan pendalaman kerana ia tidak boleh dielak akibat kekurangan doktor terlatih di kawasan terbabit."

"Sepatutnya kerajaan memperbaiki mutu perkhidmatan di hospital dan klinik kerajaan sedia ada, dan bukan dengan membazirkan RM10 juta wang rakyat untuk mewujudkan klinik seumpama itu."

“Ini adalah satu tindakan yang tidak tepat, sepatutnya lebih baik kerajaan perbaiki mutu perkhidmatan perubatan di hospital dan klinik kerajaan yang mempunyai doktor dengan dibantu jururawat dan pembantu perubatan. Saya tak nampak logik kewujudan klinik 1Malaysia ini”

Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) mengkritik keputusan kerajaan melaksanakan klinik tersebut yang dikatakan sebagai membazir dan menjatuhkan standard dalam amalan perubatan.

Kata Presidennya, Dr David K L Quek, ia bertentangan dengan Akta Perubatan 1971 yang menggariskan tugas antara pembantu perubatan dan seorang doktor terlatih.

“MMA percaya klinik-klinik sedemikian dalam kawasan bandar bakal menjadi terlalu banyak dan membazirkan wang rakyat.

"Tambahan pula, pegawai perubatan yang tidak berdaftar sebagai doktor yang menyeliakan klinik ini juga menjadi satu kesalahan, melemah dan merendahkan standard perkhidmatan kesihatan,”

No comments:

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!
"Saya memerlukan sokongan 1.2 juta penjawat awam. Sekiranya anda mahu dibayar gaji yang lebih baik di masa depan, saya perlu mengukuhkan asas perolehan kerajaan kerana kalau tidak, dari mana saya akan dapat wang untuk membayar penjawat awam?"- petikan kenyataan Najib Razak yang mengaku tiada idea lain utk nak bayar gari penjawat awam melainkan kenakan cukai kepada semua rakyat..Pada masa yang sama Kerajaan BN mahu mengurangkan cukai syarikat/cukai koparat..Pada 1988 cukai koparat adalah 40%..tetapikini telah dikurangkan kepada 25%..

Tapak-Tapak di Apadianie sejak 24 Mac 2009