Situasi dan Revolusi bunyinya macam sama dengan REFORMASI..sebab tue la lu orang kalah beb..simpati aku..huhuhu
Sedikit kecewa apabila lagu yg menjadi sms tone handset pekak ini kecundang di AJL24..
Kenapa aku meminati lagu 'situasi" ini sebab liriknya yg begitu dekat dengan hati ini kerana ianya melaung-laungkan sebuah pengharapan..mengharapan sesuatu yang baru buat Malaysia..
Bertepatan dengan slogan yg dinyanyikan oleh Anwar Ibrahim iaitu "HARAPAN BARU UNTUK MALAYSIA"..sudah pasti rangkap lagu ini menjadi inspirasi hati ini..
Ternyata tanpa Anwar Ibrahim..otak melayu masih tersimpan dan tidak diguna-gunakan lagi..dan kerana Anwar...barulah kini kelihatan otak melayu sedang memulakan rentak menuju ke arah "Malaysia Baru"..
"Mengharapkan sesuatu yang baru
itulah impian aku
Dan bila kau menghilang
Musnah la, musnah impian
tuk menggapai bintang
terangi hidup ku
Ku mahu kau tahu
engkaulah, destinasiku
dalam ingatanku .. oh oh oh…"
Bukan niat untuk mendewakan Anwar..tetapi berilah peluang untuk membuka minda seminit dua..Jika Anwar tidak dipecat oleh Dr M..sudah tentu selama-lamanya masyarakat Malaysia masih belum sedar mereka ini diperdaya dengan tomahan,janji palsu,tipu daya,provokasi perkauman yang diciptakan oleh UMNO/BN sejak sebelum Merdeka lagi..
Tahniah Aizat..aku download lagu "Hanya Kau Yang Mampu" utk ringtone secara sah tau..
Bercerita tentang kemenagan lagu "Pergi" ciptaan Pete Teoh dan liriknya ditulis oleh Amran Omar serta dimerdukan oleh Aizat..terasa semacam kemenangan itu tidaklah mendebarkan sangat..
Apabila dinyatakan oleh pengacara majlis bahawa lagu ini sudah dijulang di Hong Kong sebagai diantara lagu terbaik melalui lagu asalnya iaitu "I Go" didalam bahasa inggeris..ternyata kemenangan sudah berada disebelah kaki buat pencipta dan penulis lirik yg menterjemahkan lagu ini didalam bahasa Melayu..
Apabila lagu "I Go" ini dimelayukan dan dipentaskan dengan semangat 1Malaysia..sebelah kaki lagi menapak ke petak juara..
Masakan tidak..bukankah Malaysia kini dialun dengan dendangan semangat 1Malaysia gagasan Najib..Apatahlagi dengan kehadiran Rais Yatim sebagai penyampai anugerah/trofi kemenagan kepada pihak yg menang..
Sudah tentu jika lagu bersemangat 1Malaysia tidak menjadi juara seakan merosakan semangat 1Malaysia..sudahlah dengan pengkhianatan ke atas Gereja sudah menjejaskan gagasan Najib itu sendiri..nak tambah pula kecundangan lagu bersemangat 1Malaysia pula..makin bernanahlah..
Umun sudah mengetahui siapa itu TV3..untuk itu inilah sumbangan terbesar TV3 utk menjayakan dan mempromosi 1Malaysia segah-gahnya dengan kemenagan lagu "Pergi" yg tersarat dengan semangat 1Malaysia sewaktu dipentaskan..
Kurang pasti apakah juri-juri yg mengadili Juara Lagu turut terkena tempas 1Malaysia..? Dengan kehadiran Datuk Farid sebagai salah seorang Juri..apakah ia turut mendatangkan kesan yang amat mendalam utk juri-juri mengangkat lagu "Pergi" sebagai juara lagu 1Malaysia..
Hati ini amat pasti..tiada seorang pun yg dapat menghayati keindahan dan kelunakan lagu "Pergi" yg dikatakan sarat dengan mesej..ini kerana yg hadir dan menonton dirumah lebih teruja utk menyaksikan kemeriahan serta menikmati hiburan yg dipertontonkan oleh para peserta yg ingin merebut kejuaraan..
Apapun..keputusan sudah diumumkan dan Aizat berjaya membawakan lagu "Pergi" dengan sebaik-baiknya..setelah lagu yg dihasilkannya sendiri tidak mengapai trofi..namun kekecewaan itu terubat apabila beliau berjaya mendapat kemenagan diatas persembahan terbaik pada malam itu melalui lagu ciptaannya sendiri "Kau Aku"..
Sesudah berakhir AJL pada malam itu..hati ini berbisik...
"Juara Lagu Bodek 1Malaysia"..
Band inilah yg paling aku nantikan.perghh.dasat la lu beb..FEEEWIIITTT...cantik rambut palsu..mcm muda-muda dulu la..huhuhu
2 comments:
Setuju tak,kalau aku kata BODEK adalah budaya masyarakat kita.
setuju..dh lebih 50 tahun rakyat malaysia dipaksa-ajar membodek..kini sudah tiba masanya kita mencari arah kiblat..
Post a Comment