Tuesday, January 5, 2010

"Allah" untuk semua manusia..



"Allah itu untuk semua manusia"...Inilah katahati saya mengenai isu penggunaan nama "Allah" oleh Gereja Katolik yang menerbitkan majalah The Herald..

Dan saya juga amat bersetuju dengan PKR dan Dr M serta Pemuda UMNO..
Dr M menjelaskan bahawa isu ini tidak dapat diselesaikan oleh Undang-Undang kerana ia tidak mengambil kira perkara "sensitif"..
Pemuda UMNO pula berpendapat lebih molek wakil Majlis Fatwa Kebangsaaan berbincang dengan wakil pihak Gereja Katolik berkenaan isu ini..

Dibawah ini terdapat petikan dari ayat Al-Quran yg boleh dirujuk utk isu ini..-sumber dari AnwarIbrahimblog.com

“Dan jika kamu tanya mereka (orang kafir) siapakah yang mencipta langit dan bumi? Mereka akan berkata Allah…” (Al Quran, Az-Zumar (39):38).
Adalah jelas bahawa penggunaan kalimah Allah untuk mengiktiraf dan membesarkan Allah sebagai Tuhan, adalah hak asasi setiap insan.

“Katakan wahai Ahli Kitab, mari tegakkan kalimah yang sama antara kami dan kamu iaitu bahawa kita tidak akan menyembah selain Allah dan tidak mensyirikkan (associate) Allah dengan satu apapun serta janganlah ada antara kita yang mengambil tuhan-tuhan selain Allah. Dan jika mereka berpaling maka katakanlah bahawasanya kami adalah orang Islam (menyerah diri pada Allah)” (Surah Ali `Imran(3):64)

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!
"Saya memerlukan sokongan 1.2 juta penjawat awam. Sekiranya anda mahu dibayar gaji yang lebih baik di masa depan, saya perlu mengukuhkan asas perolehan kerajaan kerana kalau tidak, dari mana saya akan dapat wang untuk membayar penjawat awam?"- petikan kenyataan Najib Razak yang mengaku tiada idea lain utk nak bayar gari penjawat awam melainkan kenakan cukai kepada semua rakyat..Pada masa yang sama Kerajaan BN mahu mengurangkan cukai syarikat/cukai koparat..Pada 1988 cukai koparat adalah 40%..tetapikini telah dikurangkan kepada 25%..

Tapak-Tapak di Apadianie sejak 24 Mac 2009