Hari ni ahad (24/1/2010), awal2 pagi aku dah pergi ke pejabat pos kat pekan kulim coz nak renew road tax motosikal aku yg dah mati 2 minggu lepas. Tak sempat nak renew coz kerja normal shift, kebetulan hujung minggu lepas ada hal sikit.
Hari ni machine print no. ada masalah so kena beratur panjang ler jawabnya.
Alamak! gaji belum masuk, beli insurans 3rd party dululah jawabnya.
Hampir sejam beratur, tiba giliran aku. Kerani di kaunter beritahu bahawa insurance aku tak dapat di perbaharui coz sebelum ni aku guna 3rd party (Kurnia insurance). Kalau nak beli 1st party bolehlah.
Aku jadi confuse...apasai tak boleh beli 3rd party.
Kerani tu kata untuk 3rd party insurance, ada kuota ( tak di nyatakan pula berapa) dalam sehari untuk seluruh m'sia. Mungkin dia pun dak berapa tahu dgn policy baru ni. Yang pasti aku tak boleh beli insurance 3rd kat pejabat pos pada hari ni.
Aku jadi semakin confuse. Dia suggest supaya aku pergi beli di kedai ansurance agent kat pekan Kulim. Beratur punya panjang tapi tak boleh beli insurance...nak buat macam mana. Aku pun bergegas ke agent yg di nyatakan. Tiba di sana, sama saja tak boleh nak beli insurance 3rd party.
Penjelasan lebih panjang lebar di berikan oleh agent kat sana. Start 1st january 2010 ada policy baru untuk beli insurance motorsikal. Motor berusia 10 tahun ke bawah tak boleh beli 3rd party. 11 tahun hingga 30 tahun saja boleh pilih untuk beli 3rd party. Usia selepas 30 tahun pula tak di benarkan juga beli 3rd party.
So..kepada warga tua + miskin kalau tak mampu beli motor baru kena bayar insurance yg lebih tinggi. Kalau nak beli motor baru tapi tak mampu boleh buat Eon kredit.
Fikir sendiri..siapa untung...siapa rugi!!!.
Berbalik kepada masalah aku, untuk beli insurance kurnia still tak boleh walaupun aku terpaksa beli 1st party coz sebelum ni aku beli insurance kurnia 3rd party. Kalau nak beli insurance kurnia juga ( 1st party ) aku kena hantar motor kepada pihak insurance untuk di ambil photo dan check (apantah)..macam puspakom kot rasanya. Menyusahkan aku saja. So, suggestion dari agent tadi tukar saja ke insurance company yg lain.
Aku pilih tukar kepada MAA assurance company. Aku beli 1st party (cover RM 2000.00) dgn hrga RM 133.19. Tak cukup beb...kena tambah lagi RM 36.00 coz kena beli PA (personal assurance) pula. Total semua RM 169.00 ( after diskaun 19cent).
Patut la sebelum ni aku dengar ramai org tua kat tmn aku dok bising pasai insurance mahal. Biasa dok beli 3rd party tapi tahun ni kena beli 1st party mana tak mahal....kesian pakcik2 kat tmn aku.
Selepas settle beli insurance bergegas pula ke JPJ kulim nak buat road tax. Malas nak pi pejabat pos (walaupun dekat jer) coz nak kena beratur panjang. Kat JPJ, walaupun org ramai tapi kaunter dia buka banyak (chargas sikit)..aku tunggu sat saja...tahniah JPJ kulim atas perkhidmatan anda kepada org ramai. Biasa la buat road tax..tambah dua ringgit saja.....nampak memang murah tapi dia dah cover ngan insurance beb.
Terfikir sejenak...kalaulah apa yg aku alami hari ni terpaksa di lalui oleh org tua @ kurang upaya @ org susah....kesian mereka.....terpaksa terkejar kesana kemari.
Alhamdulillah..Allah s.w.t. masih memberi aku kekuatan hingga hari ini untuk membuat pelbagai urusan dunia.
Sekadar renungan untuk kita semua.
Terima Kasih tak terhingga kepada Pemimpin 1 Malaysia di atas policy baru insurance untuk tahun ini...tahun depan mungkin tukar pula kot.
Rakyat Di Dahulukan, Pencapai Di Utamakan.
Confirm.....aku tak pilih kerajaan 1 malaysia untuk PRU ke-13.
usinkata; Luahan dari sahabat aku..hhuhu..marah bebenor dia..inilah realitinya yg sedang berlaku..beb..aku pun dah kena ari tue..huhuhuhu..lupa nak habag kat ang..
No comments:
Post a Comment