Jangan makan gula kalau nak slim macam saya..-Mahjib
PM ajak rakyat fikirkan keperluan untuk subsidi bagi gula-Berita Hairan 03Jan10
PEKAN: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, hari ini mengajak rakyat Malaysia sama-sama berfikir apakah perlu kerajaan terus memberikan subsidi harga gula, satu bahan makanan yang ternyata boleh mendatangkan kemudaratan kepada rakyat.
Perdana Menteri berkata, kerajaan membelanjakan hampir RM1 bilion setiap tahun untuk subsidi harga gula, sedangkan bilangan pesakit kencing manis di negara ini adalah antara yang tertinggi di dunia.
"Apa yang patut dilakukan kita perlu mengubah cita rasa kita supaya kita kurangkan gula, saya sendiri tak guna gula kalau minum teh. Maknanya kita boleh ubah cita rasa kita, tak perlu gula terlalu banyak.
Ditanya kesan kenaikan harga barangan lain berikutan kenaikan harga gula berkenaan, Najib berkata:
"Kita akan kawal, mana (barang) (di) bawah harga kawalan tak boleh dinaikkan, kita akan pantau perkara ini.
"Kita akan kawal, ada barang komoditi yang kita kawal, ada yang terpaksa kita kaji dari semasa ke semasa, ada yang kita buat untuk kebaikan rakyat," kata Najib.
usinkata; Patut la Mahjib slimnyer...rupanya xpernah minum air "bergula"...
Rasanya bole tak kerajaan pantau harga masak lomak, sambal tumis, pajeri,air sirap,teh tarik,gulai daging/ayam..huh !!!
Sikit-sikit ubah cara hidup..xda alasan lain ka..?
Nak habag mai..tak makan "gula" pon kencing manis mai jugak..nasi tue lagi banyak gula..so bila pulak nk kurangkan subsidi beras..?
Ya betul..ubah cara hidup..dari miskin terus kedana..dari susah terus papa..
Dia lupa..dia dan Kabinetnya lah ubah-paksa kebahagiaan rakyat ke arah keperitan..atas keengganan menambah subsidi gula..
Rasanya Datuk Mohd Zain Mohd Dom lebih cerdik dan layak utk jadi Menteri..sudah tentu beliau tahu apa kesanya kepada rakyat jika subsidi gula tidak ditambah..apatahlagi negara belum masih pulih dari kemelesetan ekonomi sejak 1998 lagi...
Kabinet Bini Rosmoh ini hanya tahu nk kenyangkan satu entiti dari senangkan 28juta rakyat Malaysia..
Adakah ada satu kesenangan disebalik kekenyangan satu entiti itu..?
Depa kata kesenangan yg diberi oleh entiti itu nanti akan dapat dilihat ketika menjelang PRU13..betoi ka..?