Saturday, January 9, 2010

"ALL MALAYSIAN REJECT"

"Kerajaan mengumumkan bahawa ia tidak akan menubuhkan suruhanjaya diraja untuk menyiasat kehilangan RM100 bilion duit kerajaan dan apa yang terjadi dengan RM270 bilion diterima oleh kerajaan (ketika kepimpinan Tun Abdullah Ahmad Badawi) daripada Petronas," kata beliau dalam tulisan blognya hari ini.

"Sekarang saya tidak boleh membersihkan nama saya ataupun Abdullah boleh membersihkan nama beliau.







"Barry Wain mesti sangat gembira. Dia boleh memfitnah sesiapa saja dia suka dan tiada apa-apa yang akan berlaku ke atas dia,"






"Ada baiknya untuk mengetahui apa yang dia (Wain) fikir tentang Malaysia, orang Melayu, Umno dan sudah tentu diktator agung macam saya.

"Tiada negara yang lebih busuk, lebih rasis, tiada pihak lebih korup berbanding Malaysia, orang Melayu dan Umno.

"Sudah tentu tiada Perdana Menteri yang menyalahgunakan kuasa berbanding perdana menteri Malaysia yang memimpin selama 22 tahun,"

"Malaysia seharusnya kembali sebagai negara jajahan British."


Mahathir ‘kecewa’ tiada suruhanjaya, desak KDN lepaskan buku Wain
Oleh G. Manimaran- MalaysianInsider

PETALING JAYA, Jan 9 — Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kelihatan “kecewa” dengan keputusan kerajaan tidak mahu menubuhkan suruhanjaya diraja untuk menyiasat tuduhan penulis Barry Wain bahawa beliau telah membazirkan RM100 bilion sepanjang 22 tahun kepimpinannya.

Malah beliau mahu Kementerian Dalam Negeri melepaskan buku tulisan Wain untuk pasaran bagi orang ramai mengetahui dakwaan penulis itu bahawa Malaysia, orang Melayu dan pemimpinnya diktator, korup dan rasis.

Sehubungan itu Dr Mahathir yang melepaskan jawatan perdana menteri pada Oktober 2003 mendakwa sudah tentu Wain gembira dengan keputusan tersebut yang diumumkan oleh Datuk Seri Najib Razak minggu lalu.

usinkata; Dia kecewa bukan kerana tidak ditubuhkan suruhanjaya..tetapi kecewa rakyat dh pandai menilai yg mana fitnah dan dimana kebenaran..

Utk Dr M..."ALL MALAYSIAN REJECT" you..

dan airmata pelesu you tue sudah tidak ada nilai lagi..dulu bole la...

1 comment:

Anonymous said...

jika diadakan suruhanjaya semuanya akan kantoi.

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!
"Saya memerlukan sokongan 1.2 juta penjawat awam. Sekiranya anda mahu dibayar gaji yang lebih baik di masa depan, saya perlu mengukuhkan asas perolehan kerajaan kerana kalau tidak, dari mana saya akan dapat wang untuk membayar penjawat awam?"- petikan kenyataan Najib Razak yang mengaku tiada idea lain utk nak bayar gari penjawat awam melainkan kenakan cukai kepada semua rakyat..Pada masa yang sama Kerajaan BN mahu mengurangkan cukai syarikat/cukai koparat..Pada 1988 cukai koparat adalah 40%..tetapikini telah dikurangkan kepada 25%..

Tapak-Tapak di Apadianie sejak 24 Mac 2009