Wednesday, October 7, 2009

3 cerita tentang Kedah..


Kedah Warta 121,000 Hektar Hutan Simpan
ALOR SETAR, 7 Okt (Bernama) -- Kerajaan Kedah akan mewartakan 121,905 hektar kawasan hutan sebagai hutan simpan.Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata mesyuarat exco minggu lepas telah meluluskan kawasan seluas 76,205 hektar untuk diwartakan sebagai tambahan kepada hampir 45,700 hektar yang diluluskan sebelum ini."Selepas diwartakan, kerajaan negeri akan membuat tuntutan kepada kerajaan pusat supaya menggantikan kerugian itu kerana kehilangan hasil dengan geran tahunan."Pewartaan itu bermakna kawasan tersebut tidak boleh diceroboh atau diambil balak menyebabkan kerajaan negeri kehilangan hasil kira-kira RM3.2 bilion,"

Sebelum ini, kerajaan negeri menuntut agar kerajaan pusat membayar ganti rugi sebanyak RM100 juta setahun sebagai ganti rugi kerana tidak menebang balak di kawasan hutan simpannya tetapi tuntutan itu belum dipenuhi...

Setinggan
Azizan juga berkata kerajaan negeri merancang menjadikan Kedah sifar setinggan khususnya di Alor Setar dan Sungai Petani yang masih dibelenggu masalah itu.Katanya syarikat berkaitan kerajaan negeri (GLC) akan diarah mengenal pasti kawasan yang sesuai bagi membina rumah kos rendah atau rumah mampu milik untuk menempatkan golongan tersebut.

BolaSepak
Saingan dalam Kumpulan E sema- kin menarik dengan Kedah mempamerkan kebangkitan.
Skuad bimbingan Mohd. Azraai Khor Abdullah itu menang 3-0 ke atas ATM(Kosmo).

Kedah menghidupkan kembali harapan untuk mara selepas meraih kemenangan sulung ke atas Tentera. (Berita Harian)

Pasukan paling lega semalam sudah pasti Kedah yang akhirnya mencatat kemenangan pertama dalam saingan Piala Malaysia musim ini dengan menewaskan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 3-0 di Stadium Majlis Perbandaran Selayang.(Utusan Malaysia)

usinkata; Harap Kedah terus Sejahtera..dan pasukan bolasepak Kedah Pulun Terus Pulun..

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!
"Saya memerlukan sokongan 1.2 juta penjawat awam. Sekiranya anda mahu dibayar gaji yang lebih baik di masa depan, saya perlu mengukuhkan asas perolehan kerajaan kerana kalau tidak, dari mana saya akan dapat wang untuk membayar penjawat awam?"- petikan kenyataan Najib Razak yang mengaku tiada idea lain utk nak bayar gari penjawat awam melainkan kenakan cukai kepada semua rakyat..Pada masa yang sama Kerajaan BN mahu mengurangkan cukai syarikat/cukai koparat..Pada 1988 cukai koparat adalah 40%..tetapikini telah dikurangkan kepada 25%..

Tapak-Tapak di Apadianie sejak 24 Mac 2009