Saturday, October 24, 2009

‘Datuk Seri Panglima’..Rasuah dari Ketua Menteri Sabah buat Laki Najib


foto diambil dari ;http://pilihan-anda.blogspot.com
Apa Agenda Musa Beri SPDK Kepada Rosmah?

KETIKA berada di hujung karier politiknya, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman menggunakan peluang terakhir untuk meraih simpati Perdana Menteri dengan menanugerahkan darjah SPDK buat Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang mendahului senarai 687 penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat sempena sambutan ulang tahun Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Ahmadshah Abdullah ke-63 pada pagi ini.
“Apakah ini sebagai ‘rasuah’ kepada Perdana Menteri ketika beliau terlibat dengan kes Hong Kong? Sebelum ini Musa telah ‘mengarahkan’ Kerajaan Negeri kepada Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan untuk menutup kes rasuahnya,” ujar Ketua Penerangan Angkatan Muda PKR Sabah, Zainuddin Hassan sebagai mengulas pengurniaan pingat kebesaran negeri Sabah kepada Rosmah Mansor.
Tegas Zainuddin, dalam hal ini Najib sewajarnya berkecuali dan tidak berpihak kepada Musa walaupun isterinya telah ‘dibeli’ Musa dengan Pingat Tertinggi Kerajaan Negeri Sabah.
Rosmah adalah antara lima penerima Darjah Kebesaran Seri Panglima Darjah Kinabalu (SPDK) yang membawa gelaran ‘Datuk Seri Panglima’.
Empat penerima SPDK lagi ialah Pengerusi Institut Pembangunan Sabah Datuk Clarence Bongkos Malakun, Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan Tan Sri Dr Wan Abdul Aziz Wan Abdullah, Presiden Persatuan Pengilang Sabah Datuk Wong Khen Thau dan Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah Datuk Dr Kamaruzzaman Ampon.
Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah Datuk Azizah Mohd Dun pula mengetuai senarai 52 penerima anugerah Panglima Gemilang Darjah Kinabalu (PGDK) yang membawa gelaran ‘Datuk’. Turut menerima anugerah PGDK ialah isteri bekas Ketua Menteri Sabah, Datin Raya Erom.
Penerima PGDK yang lain ialah Ketua Pergerakan Wanita Parti Bersatu Sabah (PBS) Datin Jamilah Sulaiman, Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Bolkiah Ismail, Anggota Parlimen Tenom Raime Unggi, Anggota Parlimen Kunak Nilwan Kabang, Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Herbert Timbon Lagadan, Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah Johnny Mositun, Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Datin Asnimar Sukardi, Panglima 5 Briged Brig Jen Masrani Paiman, Setiausaha Tetap Kementerian Belia dan Sukan Negeri Micheal Emban dan Pengarah Universiti Teknologi Mara Cawangan Sabah Prof Madya Dr Worran Kabul.
Turut menerima PGDK ialah Laksamana Madya Datuk Ahmad Kamaruzaman Ahmad, Amri Suratman, Balwant Singh Kler, Dom Ami Hussain, Goh Wak Kheng, Gordon Leong Vui Cheung, Md Idrus Ismail, Kangkawang Panglima Kulang, Dr Jayaram A/L N.S. Menon, John Daukum Polos, Jihek Basanu, Kong Kok Kwah, K. Zainal Abidin A. Jalil, Peter Lee Khun Choi, Misri Barham, Mohd Kamil Kassim, Margaret Fung, Madlis Aziz, Micheal John Steel, Philip Lasimbang, Rohana Mahmood, Henry Tee, Teo Ching Ping, David Wong, Wahid Norbinsha, Aloysius Tan Shu Hing, Chua Ching Wah, Hiew Syn Kiong, Khalid Mohamad, Lai Kim Loi, Lee Nyuk Kheng, Leong Den Choi, Pang Ah Foh, Yap Yun Fook, Datin Noami Chong, Ag Buhtaman Ag Mahmun, Lu Chu Kwong, Dr Allan Mathews, Abu Bakar Yahya dan Hamzah Zakaria.
Pada tahun ini, seramai 13 orang menerima Jaksa Pendamai iaitu Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri Dr Oh Ei Sun, Anggota Dewan Undangan Negeri Elopura Au Kam Wah, Ketua Penerangan Umno Penampang Noraini Idris, Chew Kok Woh, Isaac Pang Su Kiun, Datuk Ir. John Chee Shi Tong, Mohd Hafarizam Harun, Prof Khairil Jusoh, Pg Saifudin Pg Tahir, Robert Munang, Datuk Tang Yung Hui, Alexandra Chin dan Datuk Richard Koh Kin Lip.
Sementara itu, seramai 64 orang menerima Ahli Setia Darjah Kinabalu (ASDK) antaranya Pembantu Menteri Pembangunan Infrastruktur Pang Yuk Ming, ADUN Kuamut Masiung Banah, ADUN Matunggong Sarapin Magana, Setiausaha Akhbar kepada Ketua Menteri Sabah Afeiza Khan, Setiausaha Perhubungan Awam kepada Ketua Menteri Sabah Zainudin Aman dan Ketua Umno Beluran James Ratip.
Seramai 105 orang menerima ADK, 158 penerima BSK, 218 penerima Bintang Kinabalu dan 72 orang menerima Sijil Kehormat.
Oleh: SALIHIN LADJA MURA (sabahkini)


sumber; sabahdaily.com

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!
"Saya memerlukan sokongan 1.2 juta penjawat awam. Sekiranya anda mahu dibayar gaji yang lebih baik di masa depan, saya perlu mengukuhkan asas perolehan kerajaan kerana kalau tidak, dari mana saya akan dapat wang untuk membayar penjawat awam?"- petikan kenyataan Najib Razak yang mengaku tiada idea lain utk nak bayar gari penjawat awam melainkan kenakan cukai kepada semua rakyat..Pada masa yang sama Kerajaan BN mahu mengurangkan cukai syarikat/cukai koparat..Pada 1988 cukai koparat adalah 40%..tetapikini telah dikurangkan kepada 25%..

Tapak-Tapak di Apadianie sejak 24 Mac 2009