YB POSUAH dijulang para penyokongnya...Tahniah dari usinwafer
Umum telah mengetahui UMNO berjaya menumbangkan PAS didalam PRK Bagan Pinang..dengan majoriti yg semakin bertambah iaitu 5,435 undi.
Faktor penyumbang kemenangan besar UMNO sudah tentu datang dari undi POS yg berjumlah 3,521 undi berbanding PAS 601 undi..
Dengan itu UMNO mendapat 8,013 undi manakala PAS 2,578 undi..
Kemenangan yg diraih oleh UMNO seakan-akan memberikan makna "Hari Raya" sebenar buat mereka ketika dihujung Syawal (23 Syawal)..
Tahniah buat mereka dan dan kepada parti-parti komponennya..
PAS sudah awal-awal lagi menjangka akan mengalami kekalahan..cuma berharap akan berlakunya "keajaiban" atau "gelombang ketiga" jika ia dapat mengurangkan majoriti dan jika menang sudah tentu ianya juga sebagai "Bonus Hari Raya"..
Namun takdir sudah menentukan segalanya..PAS kecundang"teruk" disebalik kejayaan besar UMNO/BN.
Sesudah kalah..alasan utama yg dinyatakan oleh PAS adalah kemenangan UMNO, kemenangan PALSU kerana ianya dibantu dengan UNDI POS....ramai sekali ahli-ahlinya dan juga penyokong-penyokongnya mengakui kebenaran punca kekalahan itu..
Dari kotak fikiran ini...apa kata kita abaikan dahulu angka undi POS yg dimiliki UMNO/BN itu..
Bayangkan ianya dimiliki separuh-separuh..keputusanya UMNO tetap menang dengan 600o undi manakala PAS 4000...
Persoalanya dimana datangnya 2000 undi utk UMNO/BN..?
Mengikut analisa yg dikeluarkan oleh SPR..peratusan pengundi India sudah memihak kepada UMNO/BN..tidak keterlaluan juga pengundi atas pagar yg diwakili 60% pengundi muda memihak kepada UMNO/BN..
Saya pernah membayangkan didalam artikel saya yg bertajuk "UMNO masih berpeluang dan PAS masih mengharap.."
"Dari 60% pengundi atas pagar yg mewakili pengundi muda..20% sudah memihak kepada UMNO dan 18% kepada PAS..dimana dan kemana arahnya lagi 22% pengundi atas pagar/muda..?"
Ternyata pengundi atas pagar/muda dikuasai oleh UMNO/BN sebanyak 44% berbandaing PAS 18% sahaja..
Ini ditambah pula dengan peratusan pengundi India yg memihak kepada UMNO/BN...
Ternyata juga apa yg dibimbangkan menjadi kenyataan dimana PAS/PR GAGAL menawan hati pengundi atas pagar/pengundi muda dan juga undi masyarakat India..
PAS/PR gagal memberikan "Harapan Baru" buat golongan ini...
Mengapa ianya berlaku...?
Undi Kaum India
Adakah benar masyarakat India di Bagan Pinang kenal benar dan bersimpati kepada Isa Samad..?
Adakah mereka ini termakan dengan pujukan Najib melalui penubuhan Makkal Sakthi..?
Adakah mereka ini sangsi melihat bagaimana PAS menangani isu Kepala Lembu di Selangor..?
Adakah kurang berkesan kempen-kempen PAS/PR utk menarik minat mereka supaya kekal bersama PAS/PR pada PRK Bagan Pinang ini..?
Apa yg dapat dilihat sepanjang kempen PRK Bagan Pinang..isu utama adalah UNDI POS dan RASUAH Isa Samad....jarang-jarang kita mendengar suara masyarakat India disana diambil perhatian secara serius dan khusus..
Undi Atas Pagar/Muda
Sudah tertulis pada artikel yg lalu.dan kini saya hanya ingin copy paste sahaja apa yg telah saya katakan ..
"Langkah PAS utk mengekalkan momentum undi atas pagar dan seterusnya mengawal undi dari pengundi muda sedikit tercalar dengan kempen-kempen yg sama sekali tidak menepati ciri-ciri kemahuan pengundi muda..Isu tumbuk menumbuk..serangan-serangan yg menitiskan darah baru-baru ini seperti membakar perasaan dan jiwa anak muda...agar lebih bersifat agresif... langkah tidak mematangkan pengundi muda..Isu seperti ini hanya dapat mengekalkan undi "tegar" yg sememangnya berpihak kepada PAS..Dimana pula isu utk menarik undi "tegar" dari kem UMNO..?Cukupkah dengan isu Rasuah Isa Samad..?Berpuashatikah dengan isu hijrah org UMNO ke PKR/Pakatan Rakyat..?UMNO pun berbuat perkara yg sama..adakah ini menggambarkan UMNO dan PKR lebih kurang sama..?Bagaimana pula utk menambahkan jumlah undi "atas pagar"..?Berdasarkan dari kempen-kempen dan serangan-serangan dari pihak PAS dapat dilihat PAS seperti cukup berpuas hati dengan undi atas pagar yg diwakili 60% pengundi muda..PAS lebih tertarik utk mendapatkan undi POS...Ini dapat dilihat dari blog-blog dan media-media alternatif serta web-web inernet yg sememangnya pro-PAS/Pakatan Rakyat...Tiada langsung disentuh utk menarik atau menambahkan jumlah pengundi atas pagar/muda.."
Pakatan Rakyat
Ketumpulan jentera serangan yg diketuai oleh PKR dan DAP pada PRK Bagan Pinang ini juga sudah ditumpulkan oleh SPR...
Ternyata UMNO/BN dan dibantu pula dengan SPR berjaya menghalang kemaraan mereka...
Oleh itu utk menajamkan kembali PAS/PKR/DAP harus mewujudkan satu entiti baru yg melambangkan perpaduan kukuh dikalangan Pakatan Rakyat iaitu mewujudkan satu parti yg memayungkan ketiga-tiganya sekali..
Sudah sampai masa yg sesuai dilaksanakanya sebelum tiba detik PRU ke13 nanti..
Ternyata kelemahan ini dihidu dan terus "humbankan" kedalam lubang kekalahan oleh UMNO/BN serta SPR..
usinkata
Usaha PAS/PR utk memansuhkan UNDI POS amat wajar dan memang patut dilakukan disaat-saat PRK Bagan Pinang ini..namun kegagalan utk membuat penambahbaikan kepada undi masyarakat India dan juga pengundi atas pagar/muda telah memberikan kekalahan "teruk" buatnya..
Andai tidak diabaikan golongan ini..sudah tentu Isa Samad wajar dijadikan
YB POSUAH..(YB POS+RASUAH)