Monday, October 19, 2009

Streamyx,Syok Sendiri dan Lautan Manusia 50k..

Terima kasih kepada pengunjung-pengunjung terhormat blog apadianie yg masih lagi sudi mengunjungi blog ini walaupun tiada posting yg terbaru dari saya usinwafer..
Utk makluman saudara-saudari,streamyx saya sedang meng-upgredkan streamyx saya dari modem biasa kepada modem wireless dan diketika ingin menukarkan modem tersebut ada masalah dari pihak TM kerana tidak dapat registerkan permohonan ketika itu.oleh kerana itu saya terpaksa menunggu panggilan dari TM utk mengambil wireless modem dr pihak mereka...
Hendak dijadikan cerita keesokan harinya pula TM bercuti( jumaat utk negeri Kedah)..maka saya terpaksa menunggu hingga hari sabtu..kebetulan pula hari sabtu saya ada jemputan utk konvoi ke Anak Bukit utk menghadiri upacara akad nikah sepupu sebelah isteri saya..maka terpaksa la ditunda ke hari ahad utk sy ke TM..
Yang anehnya pihak TM langsung tidak menghubungi saya utk memaklumkan permohonan saya itu berjaya atau tidak..walaupun no telefon saya sudah diambilnya ..
Pada hari ahad pula..kesilapan dari saya sendiri dimana terlupa utk mengambilnya..kerana memikirkan bahawa hari ahad adalah hari cuti bagi TM..rupanya saya silap..TMKedah cuti hari jumaat..
Maka dibawa pula kisah ini ke hari isnin..kebetulan pula saya cuti kerana ganti hari cuti deepavali..maka hari ini kembali oklah streamyx saya..
Sepanjang hari tanpa streamyx..saya bagaikan terdampar disebuah pulau yg tiada berpenghuni..saya bagaikan terputus hubungan dengan dunia luar..saya hanya mendengar cerita sebelah pihak..dan cerita-cerita itu memaksa perasaan saya utk berada disiuasi tidak tenteram..
Nasib baiklah ada akhbar Siasah..dapatlah juga meredakan perasaan ingin tahu apa yg sedang berlaku didunia politik Malaysia..
Dan hari ini..saya bagaikan sudah "kena" candu...sudah "lega"..hilang "gian" utk menatap cerita-cerita alternatif/pro-pembangkang..
Lemas saya mendengar dan melihat telatah pemerintah yg syok sendiri..hari-hari cerita yg sama..cerita syok sendiri..
Yang bestnya perhimpunan di Stadium lebih ramai dari PWCT..mana la depa angkat suma org yg dok melekat kat stadium..
Yang best lagi..org ramai/rakyat yg hadir kat stadium tue macam janji lak pakai baju yg sama..sedondon..
Kalau dulu sekitar tahun 80an..boleh la aku terkagum melihat lautan manusia yg membanjiri stadium..tapi kini zaman mellinieum nie..hehhehe..sukar sekali nk percaya..lautan manusia 50k itu hadir tanpa "paksaan"..

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!
"Saya memerlukan sokongan 1.2 juta penjawat awam. Sekiranya anda mahu dibayar gaji yang lebih baik di masa depan, saya perlu mengukuhkan asas perolehan kerajaan kerana kalau tidak, dari mana saya akan dapat wang untuk membayar penjawat awam?"- petikan kenyataan Najib Razak yang mengaku tiada idea lain utk nak bayar gari penjawat awam melainkan kenakan cukai kepada semua rakyat..Pada masa yang sama Kerajaan BN mahu mengurangkan cukai syarikat/cukai koparat..Pada 1988 cukai koparat adalah 40%..tetapikini telah dikurangkan kepada 25%..

Tapak-Tapak di Apadianie sejak 24 Mac 2009