Friday, October 23, 2009

PAS ; REVOLUSI YANG DINANTI


foto dari; http://kerangngeleber.blogspot.com

Ribut didalam cawan "emas" PAS sudah memercikan tempiasnya hingga ke lantai...Angin ribut tersebut dimulai selepas kemenangan Pas bersama Pakatan Rakyat yg berjaya menawan 4 negeri dan mempertahankan Kerajaan Negeri Kelantan..


Kemenangan yg diraih oleh Pas dan sekutunya didalam Pakatan Rakyat telah membawa satu dimensi baru buat para ahli-ahlinya..


Berbagai andaian dan perumpamaan serta angan-angan bermain disetiap fikiran dan juga menjadi buah mulut diserta tempat..


Atas desakan utk meraih lebih banyak kuasa politik dan seterusnya menjadikan Malaysia berubah pemerintahan dari BN kepada PR telah menjadikan pemimpin-pemimpin PR dari pelbagai peringkat cuba menawarkan atau mempromosikan apa yang ingin dilakukan utk membebaskan Malaysia serta rakyatnya bebas dari dukungan BN..


Pelbagai janji-janji dan harapan-harapan baik kecil mahupun besar meniti disetiap kenyataan-kenyataan yg dituturkan oleh pemain-pemain politik didalam PR..


PAS sebagai satu parti komponen terbesar didalam PR kini sedang bergelut utk "berubah" tanpa meninggalkan tradisi yg selama ini berakar tunjuang didalam tubuh badan parti tersebut..


Kenyataan yg dilontarkan oleh Prof Aziz Bari didalam akhbar Sinar mencetuskan fenomena yg mendesak ribut didalam cawan "emas" Pas tertumpah keluar dan memercik ke muka setiap ahli-ahli PAS..


Manakala kenyataan Tuan Guru Nik Aziz didalam blognya terus menyebabkan percikan ribut itu terus membasahi keseluruhan tubuh badan setiap ahli-ahli PAS..baik dari peringkat bawahan sehinggalah keperingkat atasan/kepimpinan...


Apakah dengan kesudian TGNA mengusulkan EGM buat PAS akan menyebabkan cawan "emas" PAS akan terbelah dua akibat dari pukulan ribut itu..?


Tidak perlu dijelaskan lagi apa bentuk ribut tersebut..semua ahli-ahli PAS serta org yg berada diluar PAS amat maklum dengan apa yg sedang dan sudah berlaku...


Didalam sudut hati ini..kuat benar sekali denyutan persoalan ini...?


Perlukan PAS berubah setelah UMNO cuba utk berubah selepas berlangsungnya Perhimpunan mereka..?


Ya...bisik hati ini...PAS perlu berubah..dan apa yg perlu berubah ialah pucuk pimpinanya..dan tanpa perlu mengubah apa yg selama ini menjadi tradisi Parti Islam SeMalaysia itu..Islam Teras perjuangan....


Seorang penganalisis politik membayangkan dan memberi pandangan EGM PAS ini tidak akan menyelesaikan masalah malah akan lebih memburukan keadaan..


Namun hati ini menolak pendapat beliau itu..


Hati ini berpendapat..sekiranya EGM memihak kepada mana-mana pihak yg berlawanan..tidak timbul isu "dendam" atau "marah" akibat kalah..


Ini kerana..setiap ahli PAS baik diatas mahupun dibawah sudah terdidik dan ditarbiah utk menerima apa jua takdir yg telah ditentukan tuhan sebagai Qada dan Qadar..


Solat hajat dan tahajud adalah makanan rohani majoriti ahli PAS..


Ahli-ahli PAS lain benar dari mana-mana ahli-ahli parti politik yang lain...


Itulah yg membezakan antara PAS dan yg lain..


Pas terbentuk sudah lama...pernah hidup seperti melukut ditepi gantang dan sehingga kini sedang meniti zaman keemasanya..


Tidak dinafikan sebagai manusia biasa ahli-ahli PAS tidak dapat lari dari memiliki sifat-sifat yg dimiliki oleh ahli-ahli parti seterunya iaitu UMNO....namun begitu mana-mana ahli yg memiliki "onar" seperti itu kini didalam perhatian dan perlu dibekukan buat sementara waktu...


Utk memastikan slogan PAS for ALL menjadi realiti dan seterusnya memahat sejarah Malaysia perlu ada satu REVOLUSI yg boleh merubah PAS suapaya menjadi dominan tanpa meninggalkan tradisi yg selama ini memayungi setiap ahli-ahlinya..


Projek PAS for ALL sebenarnya sudah satu tapak kehadapan..ini dapat dilihat dengan keberkesanan LPN Lajnah Perpaduan Nasional yg ditunjangi oleh Dr Mujahid Yusof AR-Rawa...serta KPP Keab Penyokong Pas yg semakin hari semakin kuat dan kebal..


Ramai yg sedang menunggu LNP dan KPP berlari menuju kejayaan..namun jika tiada REVOLUSI..LNP dan KPP..masih lagi akan dilihat bertaktih anak..


REVOLUSI yg bakal dialami PAS mestilah bermula dari peringkat atasan iaitu Kepimpinan dan seterusnya menyerap hingga ke akar (ahli bawahan)..


Mana -mana REVOLUSI..tidak dapat lari daripada berlakunya perpecahan dan kekalutan..


Ini dapat dilihat di Filipina diera Macross...dan juga Indonesia diera Suharto..dan banyak lagi REVOLUSI diserata dunia seperti di Iran,France,Jerman,dan yang lain-lain..namun begitu selepas berlakunya perpecahan dan kekalutan..lihatlah apa yg sedang diraih oleh mereka..kebebasan dan kejayaan silih berganti memayungi mereka..


Sebenarnya bagi hati ini..yakin dan pasti PAS sudah dan pernah melalui REVOLUSI buat pertama kali iaitu dizaman Allahyarham Dato’ Haji Mohamad Asri..yg membawa wujudnya Berjasa..dan sekaligus mematikan pengusaan PAS di Kelantan..


Apa yg menariknya gelombang "REVOLUSI KEDUA PAS" ini ...impaknya tidak akan berlaku seperti mana yg terjadi ketika REVOLUSI PERTAMA..


Kematangan politik ahli-ahli PAS disegenap bahagian dan lapisan sudah memadai utk melihat REVOLUSI KEDUA ini akan menguntungkan PAS dan seterusnya memperkuatkan PR utk meREVOLUSIkan pula Malaysia.


Kebebasan utk mendapat maklumat dan informasi menjadi penawar utk mengelakan REVOLUSI yg dicipta itu tidak memakan diri...


Jika dahulu semasa REVOLUSI PERTAMA seluruh ahli-ahli PAS gagal utk mendapatkan informasi dan diatas kegagalan itu..seterunya..UMNO berjaya memecahbelahan PAS dan seterusnya..membiarkan PAS seprti "hidup segan mati tak mahu"..diketika itu..


Hati ini yakin benar..PAS sedang berada diatas garisan penamat dan hanya memerlukan satu sahaja langkah lagi utk menjadi "PEMBANGKANG" yg digeruni sekaligus akan mencatatkan menjadi "PEMERINTAH" yg sejahtera..


Selamat berjaya buat PAS....


REVOLUSI KEDUA PASTI BERLAKU..!!!!!

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!
"Saya memerlukan sokongan 1.2 juta penjawat awam. Sekiranya anda mahu dibayar gaji yang lebih baik di masa depan, saya perlu mengukuhkan asas perolehan kerajaan kerana kalau tidak, dari mana saya akan dapat wang untuk membayar penjawat awam?"- petikan kenyataan Najib Razak yang mengaku tiada idea lain utk nak bayar gari penjawat awam melainkan kenakan cukai kepada semua rakyat..Pada masa yang sama Kerajaan BN mahu mengurangkan cukai syarikat/cukai koparat..Pada 1988 cukai koparat adalah 40%..tetapikini telah dikurangkan kepada 25%..

Tapak-Tapak di Apadianie sejak 24 Mac 2009