petikan dari sebahagian posting Brother didalam blognya yg bertajuk Menggilap Kekuatan Akal Budi Dan Mara Menuntut Perubahan
"Jangan kerana tawaran wang, kita sanggup mengkhianati perjuangan. Rupa-rupanya selama bertahun-tahun berjuang, arti Perubahan dan Reformasi tidak benar-benar dihadam. Pekung yang terbongkar sekarang memperlihatkan peribadi sebenar seseorang itu. Selama ini laungan berapi-api hanya untuk mencipta ruang bernafas dan berpencak main wayang. Tatkala rakyat kecewa, kita diulit angan-angan kemewahan buat memenuhi tuntutan nafsu peribadi. Apa tidak sedar kah bahawa terlalu murah nilai pengkhianatan itu."
"Di hadapan para pelajar, saya akui bahawa Pakatan Rakyat masih ada kelemahannya. Masih banyak yang perlu diperbaiki. Sayugia diingatkan, kejayaan 8 Mac tahun lalu juga merupakan ujian terhadap keiltizaman kita membawa Perubahan yang lebih baik buat Rakyat Malaysia. Kepada wakil-wakil Pakatan Rakyat sekalian, termasuklah diri saya, jangan alpa, kita sebenarnya dipilih rakyat untuk menjadi Yang Berkhidmat."
ANWAR IBRAHIM
ANWAR IBRAHIM
sumber; anwaribrahimblog.com