Thursday, October 1, 2009

PKFZ ; "Grandmother Of Scandal"


Sumber: TheRockNews
Penulis: Shen Shong Jie
Skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang 1 (Port Klang Free Zone - PKFZ)
Skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang 1 (Port Klang Free Zone - PKFZ)Zon Bebas Pelabuhan Klang - Port Klang Free Zone (PKFZ) merupakan salah satu projek mega yang telah diperkenakan pada tahun 2000. Namum, projek ini telah tukar menjadi skandal yang paling hebat (jauh lebih hebat walaupun dibandingkan dengan skandal Bumiputra Malaysia Finance yang berlaku pada 80-an) dalam masa 7 tahun selepas dilaksanakan. Hal ini demikian kerana penyalahgunaan kuasa yang berlaku terutamanya dalam urusan penjualan tanah.Kerugian yang berlaku dalam Skandal Bumiputra Malaysia Finance dikatakan menjangkaui 2.6 Billion. Daripada 2.6 Billion itu, pinjaman 2.4 Billion itu hanya diluluskan kepada satu individu sahaja. Skandal ini telah menyebabkan krisis ekonomi dalam sektor perbankan kepada negara kita sehingga kerajaan terpaksa menubuhkan sebuah Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat skandal ini.Sekiranya kerajaan tidak bercampur tangan dalam pentadbiran Port Klang Free Zone (PKFZ) ini, kerugiannya dijangka akan melampung ke 12 Billion, manakala kerugian yang terlibat dalam Skandal Bumiputra Malaysia Finance dikatakan sebanyak 2.6 Billion, sekiranya Skandal Bumiputra Malaysia Finance digelar sebagai "mother of scandal" pada masa itu, maka tidak munasabah Skandal Port Klang Free Zone (PKFZ) ini boleh digelar sebagai "grandmother of scandal" dimana kerugiannya jauh lebih hebat berbanding dengan Skandal Bumiputra Malaysia Finance.

Walaupun skandal ini telah dibongkarkan 7 tahun yang lepas, namum dikatakan terdaopat pihak yang cuba sedaya upaya untuk menyembuyikan skandal.Ahli Parlimen DAP Ipoh Timur, Lim Kit Siang yang mengkuti perkembangan kes ini sejak awal lagi telah mengatakan laporan dari PWC (PricewaterhouseCoopers) tidak menyeluruh. Laporan itu hanya mencerminkan sebahagian daripada perkara/kebenaran yang sedang berlaku.Adakah apa yang dikatakan oleh Lim Kit Siang itu berasas? iaitu terdapat pihak yang cuba menyembuyikan kebenaran yang berlaku dalam skandal ini? Sekiranya kita melihat kepada 2 faktor yang berikut, kenyataan Lim ini mungkin berasas iaitu dokumen yang dikemukakan oleh pasukan siasatan lantikan Kementerian itu masih tidak didedahkan kepada umum dan langkah kerajaan menubuhkan satu lagi pasukan khas yang menyiasatkan skandal ini.Port Klang Free Zone (PKFZ) merupakan salah satu projek mega yang dijalankan di Malaysia dan diwartakan dalam Rancangan Malaysia Ke 7 dengan kelulusan kabinet. Tetapi kenapa rancangan ini tidak dikawal secara rapi? Mungkinkah wujud satu kuasa yang cuba menyembuyikan skandal daripada diketahui rakyat jelata?Port Klang Free Zone (PKFZ) telah mendapat idea dari projek Jebel Ali Free Zone yang terletak di Dubai atas sokongan Perdana Menteri masa itu.Projek ini telah diluluskan oleh kabinet pada bulan march 1993, Tujuan projek ini adalah untuk menjadikan Port Klang sebagai pusat urusan kargo yang utama di malaysia dan juga di kawasan serantau.Namun selepas 7 tahun projek ini dilaksanakan iaitu sejak 2003, ia telah bertukar menjadi satu lagi projek "gajah putih" (projek yang tidak dapat direalisasikan) di Malaysia malah telah mencemari prestij kerajaan Barisan Nasional.Menurut kenyataan audit yang dikemukakan oleh PWC (PricewaterhouseCoopers), kerugian yang membabitkan Port Klang Free Zone (PKFZ) buat masa sekaranga ialah 1.957 billion. Sekiranya bayaran ini tidak dapat dijelaskan, kosnya akan meningkat menjadi 12.453 billion pada tahun 2051.PWC (PricewaterhouseCoopers) juga menyatakan beberapa faktor berlakunya skandal Port Klang Free Zone (PKFZ), antaranya ialah kecuaian dalam urusan pembelian tanah, pengurusan yang tidak cekap, konflik kepentingan yang berlaku dan sebagainya.Parti pembangkang sejak awal lagi telah mengutuk projek ini kerana ia bakal menjadi skandal yang paling besar yang pernah wujud di Malaysia.Skandal Port Klang Free Zone (PKFZ) sebenarnya bukan lagi isu baru, malah ia telah dikemukakan oleh pemimpin DAP Bahagian NGO, Ronnie Liu (Exco Kerajaan Selangor sekarang) pada tahun 2003. Ronnie Liu pernah membuat 4 kali laporan polis dan badan pencegah rasuah (BPR, kini bertukar menjadi SPRM) pada masa itu supaya pihak berkenaan boleh memulakan penyiasatan terhadap urusan penjualan tanah dan kos pembangunan kerana ia mungkin melibatkan penyalahgunaan kuasa dan rasuah.Pada 29 August 2007, Bekas Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Bahagian Kapar iaitu Ang Hiok Gai, juga pernah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Badan Pencegah Rasuah di Putrajaya.Namum mereka tidak menampakan tindakan susulan polisJumlah yang terlalu besar dalam skandal Port Klang Free Zone (PKFZ) ini memaksa pihak pentadbiran mengisukan "Obligasi" untuk membangunkan kawasan tersebut sekiranya kerajaan tidak bercampur tangan untuk menyelamatkan Port Klang Free Zone (PKFZ), namum langkah ini mungkin membawa Port Klang Free Zone (PKFZ) ke arah pengisytihran muflis menjelang tahun 2012.

Menurut maklumat, Port Klang Free Zone (PKFZ) mempunyai skim simpanan 50 juta tetapi ia telah disia-siakan atas kesilapan pentadbiran, kesilapan ini telah menjadikan mereka terpaksa menanggung hutang.Skandal ini merupakan satu lagi contoh bagaimana pihak tertentu mengelapan wang melalui pelaksanaan projek mega.Sehingga kini, mereka masih cuba pelbagai cara untuk menutup skandal ini daripada pengetahuan orang ramai, walaupun isu ini berjaya dibongkarkan dan menerima tekanan hebat daripada pihak pembangkang dan juga NGO.

Kuasa politik dan mahkamah menjadi pilihan kepada mereka untuk menutup isu ini supaya menghalalkan perbuatan mereka.Namum rakyat kini sudah tidak takut kepada kuasa ini selepas melalui tsunami politik (kesedaran politik) pada 8 march 2008, malah pilihan raya kini dijadikan jalan untuk menghukum pihak pentadbiran. Sekiranya kerajaan masih mahu mendapat semula sokongan rakyat, pendedahan yang menyeluruh dalam skandal Port Klang Fre Zone (PKFZ) mungkin merupakan satu langkah daripadanya.

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!
"Saya memerlukan sokongan 1.2 juta penjawat awam. Sekiranya anda mahu dibayar gaji yang lebih baik di masa depan, saya perlu mengukuhkan asas perolehan kerajaan kerana kalau tidak, dari mana saya akan dapat wang untuk membayar penjawat awam?"- petikan kenyataan Najib Razak yang mengaku tiada idea lain utk nak bayar gari penjawat awam melainkan kenakan cukai kepada semua rakyat..Pada masa yang sama Kerajaan BN mahu mengurangkan cukai syarikat/cukai koparat..Pada 1988 cukai koparat adalah 40%..tetapikini telah dikurangkan kepada 25%..

Tapak-Tapak di Apadianie sejak 24 Mac 2009