Friday, October 9, 2009

UMNO masih "berpeluang" dan PAS masih "menagih"

Peluang utk meraih kemenangan bagi kedua-dua pihak yg bertembung di PRK Bagan Pinang masih lagi berada ditengah-tengah garisan..iaitu peluang masih terbuka dan berada didalam lingkngan 50-50..

Menuruti firasat kesemua penganalisis politik pro/kontra utk kedua-dua pihak iaitu PAS dan Umno..kemenangan hanya akan ditentukan oleh para pengundi diatas pagar..iaitu yg mewakili 60% pengundi muda dan selebihnya pengundi "veteran"...

Berlalu sudah pengundian bagi pengundi-pengundi POS..tiada siapa yg berani menjangkakan undi Pos ini berpihak kepada mereka..baik PAS atau UMNO..

Jika disorot mengenai bahan-bahan kempen..dari PAS atau UMNO yg juga turut disertai oleh rakan-rakan gabungan mereka.....rencah kempen sama sekali tidak menunjukan siapa yg medahului..

Kedua-duanya saling menyerang dan bertahan..kubu pertahanan masing-masing cukup utuh utk ditembusi namun serangan-serangan mereka belum cukup tajam dan tepat utk menundukkan pihak lawan..

Selepas berlalu detik 12:00 ini ..maka hanya tinggal 24jam sahaja lagi bagi kedua-dua pihak menyusun serangan agar lebih tersusun dan menepati target utk mencapai kemenangan..

Namun begitu..apalah yg boleh dilakukan dengan hanya 24jam bagi kedua-dua pihak.Begitu bijak para pengundi-pengundi di Bagan Pinang menyembunyikan apa yg bakal mendorong tangan-tangan mereka utk memangkah calon-calon yg dikehendaki mereka..

Tiada langsung bahan kempen yg boleh merubah apa yg telah lama bersarang dihati pengundi-pengundi diBagan Pinang setakat ini..

Ini dapat dilihat dengan reaksi para pengundi yg menyertai ceramah-ceramah serta perhimpunan-perhimpunan yg dijalakan oleh kedua pihak yg bertanding..

Apa yg perlu dilakukan oleh PAS utk memastikan kemenangan dipihak mereka adalah mengekalkan momentum selera pengundi muda berada dipihaknya dari memangkah UMNO ketika disaat-saat akhir ini..

Begitu juga bagi UMNO..disaat-saat genting ini perlu diwujudkan satu suasana yg dapat merubah selera kepada PAS dan seterusnya meriba kembali pengundi-pengundi muda...

UMNO

Apa yg dapat dilihat pada hari ini..betapa UMNO sudah melaksanakan apa yg dikatakan "turn back the younger" dengan mengumumkan akan melakukan perubahan pada Pindaan Perlembagaan UMNO pada Persidangan Khas yg bakal dijalankan selepas PRK Bagan Pinang.

"Tujuan pindaan perlembagaan itu adalah untuk menentukan proses pemilihan dalam UMNO berjalan lancar, telus, lebih terbuka dan inklusif.
Dimana ia juga mengurangkan kemungkinan apa-apa pengaruh yang tidak sihat seperti politik wang"
kata Najib

Namun begitu adakah dengan janji-janji ini dapat merubah selera pengundi muda dari kembali terjun kedalam UMNO..?

Adakah dengan hanya "satu lagu" ini dapat melenakan pengundi muda utk terus hanyut kepada UMNO..?

Langkah ini sememangnya amat wajar dilakukan sejak dari hari pertama UMNO bangun dari kekecewaan PRU ke12 yang lalu..

Jika ianya dilakukan selepas 3 bulan tsunami politik yg melanda UMNO/BN sudah tentu tidak akan berlaku kekecewaan-kekecewaan pada PRK yang lepas-lepas..

Namun begitu agak malang bagi UMNO kerana membuat tindakan dan langkah yg sudah terlewat seperti ini..dijangkan UMNO hanya dapat merebut 20% sahaja undi dari keseluruhan undi dari pengundi atas pagar yg diwakili 60% pengundi muda..

PAS

Langkah PAS utk mengekalkan momentum undi atas pagar dan seterusnya mengawal undi dari pengundi muda sedikit tercalar dengan kempen-kempen yg sama sekali tidak menepati ciri-ciri kemahuan pengundi muda..

Isu tumbuk menumbuk..serangan-serangan yg menitiskan darah baru-baru ini seperti membakar perasaan dan jiwa anak muda...agar lebih bersifat agresif... langkah tidak mematangkan pengundi muda..

Isu seperti ini hanya dapat mengekalkan undi "tegar" yg sememangnya berpihak kepada PAS..

Dimana pula isu utk menarik undi "tegar" dari kem UMNO..?
Cukupkah dengan isu Rasuah Isa Samad..?
Berpuashatikah dengan isu hijrah org UMNO ke PKR/Pakatan Rakyat..?
UMNO pun berbuat perkara yg sama..adakah ini menggambarkan UMNO dan PKR lebih kurang sama..?

Bagaimana pula utk menambahkan jumlah undi "atas pagar"..?

Berdasarkan dari kempen-kempen dan serangan-serangan dari pihak PAS dapat dilihat PAS seperti cukup berpuas hati dengan undi atas pagar yg diwakili 60% pengundi muda..PAS lebih tertarik utk mendapatkan undi POS...

Ini dapat dilihat dari blog-blog dan media-media alternatif serta web-web inernet yg sememangnya pro-PAS/Pakatan Rakyat...

Tiada langsung disentuh utk menarik atau menambahkan jumlah pengundi atas pagar/muda..

Oleh itu dari jumlah undi atas pagar/muda yg sudah lari kepada UMNO 20%..kini tinggal 40% sahaja lagi..saya menjangkakan PAS hanya dapat menarik mereka sebanyak 18%...

USINKATA

Dari 60% pengundi atas pagar yg mewakili pengundi muda..20% sudah memihak kepada UMNO dan 18% kepada PAS..dimana dan kemana arahnya lagi 22% pengundi atas pagar/muda..?

Saya menjangkakan ianya akan ditentukan pada hari terakhir kempen..

Terpulanglah kepada kedua-dua pihak utk merebutnya dengan menawarkan suasana yg dapat menarik selera pengundi muda..

Kepada PAS..usahlah ditayang lagi cerita "berdarah"..begitu juga UMNO..tak payah lagi menunjukan cerita kena "tumbuk"..itu bukan caranya utk mendapatkan 22% undi atas pagar/muda..

Andaikata PAS berjaya mewujudkan suasana ceria utk pengundi atas pagar/muda dan seterusnya menguasai 22% lagi..peluang kemenangan masih belum lagi dapat diraih...

Begitu juga UMNO..walaupun kehilangan undi tersebut...kemenangan masih lagi terbuka utk mereka..dan ianya sudah tentu datang dari undi POS..

PAS perlu lakukan sesuatu utk menambat kembali pengundi atas pagar/muda...usah dibuai dengan sokongan yg lalu..mesti perlu dibuat penambah-baikan....hanya dengan cara ini dapat memastikan apa yg ditagih kepada undi POS akan membawa cahaya kemenangan..

Adakah kemenangan sudah ditentukan sebelum 11 Okt melalui undi POS?

UMNO masih berpeluang dan PAS masih menagih...

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!
"Saya memerlukan sokongan 1.2 juta penjawat awam. Sekiranya anda mahu dibayar gaji yang lebih baik di masa depan, saya perlu mengukuhkan asas perolehan kerajaan kerana kalau tidak, dari mana saya akan dapat wang untuk membayar penjawat awam?"- petikan kenyataan Najib Razak yang mengaku tiada idea lain utk nak bayar gari penjawat awam melainkan kenakan cukai kepada semua rakyat..Pada masa yang sama Kerajaan BN mahu mengurangkan cukai syarikat/cukai koparat..Pada 1988 cukai koparat adalah 40%..tetapikini telah dikurangkan kepada 25%..

Tapak-Tapak di Apadianie sejak 24 Mac 2009