Saturday, October 24, 2009

BELANJAWAN 2010..

Mengapa tidak dikembalikan perkataan "BELANJAWAN" ..bukankah ianya lebih menepati program bulan ini iaitu Bulan Oktober adalah bulan Bahasa Malaysia..
Umum tahu perkataan "BAJET" ini dimelayukan dari perkataan asalnya iaitu "BUDJET" dari perkataan Inggerisnya...
Inilah nasib bahasaku..makin lama dah xnampak apa isinya dialog yg pernah dibicarakan oleh PRamlee dan rakan-rakanya didalam cerita Seniman Bujang Lapok...
"Apalah kau nie Din..bahasa jaga la sikit..."BAHASA JIWA BANGSA" tau.."
Hati ini ingin menyetuh sedikit sahaja mengenai Belanjawan yg dibentangkan oleh Menteri Kewangan Malaysia yg juga merangkap Perdana Menteri..petang Jumaat 23/10/09..
Hati ini langsung tiada minat utk mengikuti keseluruhan pembentangan Belanjawan secara langsung..ini kerana..mana-mana Belanjawan diseluruh negara..sudah tentu akan membentangkan apa yg boleh dikatakan "Janji Kami Untuk Negara Dan Rakyat"..
Rata-ratanya rakyat Malaysia tahu akan mendapat keuntungan..dan sudah tentu Kerajaan akan menglipurlarakan cerita yg Kerajaan begitu prihatin kepada Negara dan Rakyat..
Tidak pernah mana-mana negara atau Kerajaan akan memberitahu perkara negatif didalam perbincangan atau pembentangan Belanjawan..
Jika ia berani berbuat sedemikian..sudah tentu pilihanraya yg akan datang ia akan menjadi pembangkang pula..

(bersambung)

usinkata; masa semakin suntuk buat saya..esok ada training kat AdTech..program Pakej Ransangan Ekonomi Kedua..nanti saya ceritakan apa yg berlaku selama mana mengikuti program ini..
Utk ulasan Belanjawan..saya fokuskan isu Modal Insan....esok sambung ok..

Kemaskini 24/10/09 10;10pm ; minta maaf kepada pengunjung Apadianie..ulasan Belanjawan 2010 yg ingin saya fokuskan menenai isu Modal Insan terpaksa ditangguhkan sehingga tarikh yg tidak dapat dipastikan..Ini kerana isu terbaru g membabtikan Pimpinan PAS begitu hangat dan menenggelamkan isu Belanjawan..tempiasnya juga kepada saya..puas saya cuba utk memerah keringat utk memfokuskan isu Modal Insan didalam Belanjawan..namun ianya hilang begitu sahaja tanpa sempat utk dicoretkan didalam blog ini...begitu juga cerita Training AdTech...
Harap Maaf..-usiwafer

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!
"Saya memerlukan sokongan 1.2 juta penjawat awam. Sekiranya anda mahu dibayar gaji yang lebih baik di masa depan, saya perlu mengukuhkan asas perolehan kerajaan kerana kalau tidak, dari mana saya akan dapat wang untuk membayar penjawat awam?"- petikan kenyataan Najib Razak yang mengaku tiada idea lain utk nak bayar gari penjawat awam melainkan kenakan cukai kepada semua rakyat..Pada masa yang sama Kerajaan BN mahu mengurangkan cukai syarikat/cukai koparat..Pada 1988 cukai koparat adalah 40%..tetapikini telah dikurangkan kepada 25%..

Tapak-Tapak di Apadianie sejak 24 Mac 2009