Tuesday, October 13, 2009

Bagan Pinang; Ceramah PAS.."asing" dihati mereka..?


“Kalau mereka memilih BN dengan kehendak hati sendiri, saya tidak boleh buat apa. Tetapi hak yang 2,000 lagi yang mengundi PAS itu saya harap biar ia jadi benih yang cukup bernas untuk menyebarkan Islam di masa depan,” -Tok Guru Nik Aziz...(Detikdaily)


Inilah kenyataan dari Tok Guru Nik Aziz yg sangat terkesan dihati saya..apabila diminta mengulas kekalahan PAS di Bagan Pinang...

Sebenarnya saya sudah tidak mahu memberikan komen mengenai kekalahan PAS/PR diBagan Pinang..namun apabila membaca kenyataan Tok Guru ini..hati saya kembali terpanggil utk berkongsi sedikit lagi mengenai kekalahan PAS di sana..

Perlu diingatkan...cuaca dan suasana politik di Negeri Sembilan tidak sama di Kedah, PulauPinang,Perak,Kelantan dan Terengganu..

Ada rakan yg sempat berkunjung ke Bagan Pinang memberitahu kehadiran pengunjung ke ceramah PAS umpama ceramah UMNO di Kedah..hambar dan lengang sekali..

Rasanya di sana sejak dahulu lagi ceramah politik PAS ini umpama satu "kenduri arwah atau ada keramaian akibat kematian"..

Oleh itu bagi penduduk disana yg sudah lama didoktorinkan oleh UMNO/BN sukar sekali utk berubah..bagi mereka menghadiri ceramah PAS seperti suatu yg "asing"..."pelik"...

Maka dengan apa yg disuarakan oleh Tok Guru perlulah diambil serius oleh PAS Negeri Sembilan...pupuklah..didiklah..2000 pengundi yg telah mengundi PAS pada PRK ini dan seterusnya mencari jalan utk melembutkan hati pengundi UMNO supaya tidak lagi merasa asing jika bertemu dengan PAS disana..

Pendapat saya..tidak perlu mengadakan ceramah politik atau agama terlalu kerap disana..gunakan pendekatan yang lain..perlahan-lahan menarik mereka agar berjinak-jinak utk menghadiri program PAS yg lain..

Banyak lagi medan dakwah selain ceramah dan usrah...

Lakukan seperti mana melayan anak kecil..mungkin dengan cara ini dapat membantu mereka mendapat hidayah dari Allah agar kembali menyokong PAS...

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!
"Saya memerlukan sokongan 1.2 juta penjawat awam. Sekiranya anda mahu dibayar gaji yang lebih baik di masa depan, saya perlu mengukuhkan asas perolehan kerajaan kerana kalau tidak, dari mana saya akan dapat wang untuk membayar penjawat awam?"- petikan kenyataan Najib Razak yang mengaku tiada idea lain utk nak bayar gari penjawat awam melainkan kenakan cukai kepada semua rakyat..Pada masa yang sama Kerajaan BN mahu mengurangkan cukai syarikat/cukai koparat..Pada 1988 cukai koparat adalah 40%..tetapikini telah dikurangkan kepada 25%..

Tapak-Tapak di Apadianie sejak 24 Mac 2009