Monday, October 26, 2009

FDI Malaysia semakin hari semakin malap..


Anwarkata;

"Pelaburan Langsung Asing atau FDI amat sensitive kepada ukuran keyakinan dalam ekonomi. Tertarik atau tidak mereka ke sesebuah Negara membuktikan keyakinan kepada kestabilan dan persaingan sesebuah ekonomi untuk mereka melabur. Pelaburan langsung asing merosot dengan begitu ketara dua tiga tahun yang lepas kedalam negara. "

"Negara hanya mencatat kemasukan pelaburan langsung asing sebanyak USD7.3 billion tahun tahun 2008 berbanding dengan Indonesia USD 7.92 billion dan Vietnam USD 8.05 billion, Thailand USD 9.83 billion, Singapura USD22.8 billion. Tahun ini Negara hanya mencatat USD1 billion sahaja kemasukan FDI"


usinkata;

Saya percaya dalam tempoh 10 tahun akan datang jika UBN masih memerintah negara..Vietnam akan jauh meninggalkan Malaysia dari segi FDI..nasib baik prasarana yg ditawarkan oleh Vietnam masih jauh ketinggalan dari Malaysia..jika tidak lebih pantas Vietnam akan meninggalkan kita..mungkin 5 tahun akan datang..jika kita masih berPMkan wakil dari UBN..

Jika dibandingkan dengan Thailand..kestabilan politiknya lebih teruk dari Malaysia.namun tahun lepas lihatlah bagaimana FDI-nya..9.83..negara kita cuma 7.3...

Negara yg sering dilanda gempa pun masih lagi menjadi pilihan pelabur asing..lihat sahaja Indonesia..FDI-nya 7.92..negara kita hanya 7.3..padahal kita langsung tiada bencana alam..hanya banjir dipantai timur sahaja..

Dan lebih mengejutkan..tahun ini sahaja..dah nak masuk bulan NOV..kita hanya mampu menarik USD1 bllion sahaja..mana pergi semua Penjawat Awam yg bertanggungjawab dalam usaha menarik FDI..tido ker..atau saja-saja nak sabotaj Najib....

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!
"Saya memerlukan sokongan 1.2 juta penjawat awam. Sekiranya anda mahu dibayar gaji yang lebih baik di masa depan, saya perlu mengukuhkan asas perolehan kerajaan kerana kalau tidak, dari mana saya akan dapat wang untuk membayar penjawat awam?"- petikan kenyataan Najib Razak yang mengaku tiada idea lain utk nak bayar gari penjawat awam melainkan kenakan cukai kepada semua rakyat..Pada masa yang sama Kerajaan BN mahu mengurangkan cukai syarikat/cukai koparat..Pada 1988 cukai koparat adalah 40%..tetapikini telah dikurangkan kepada 25%..

Tapak-Tapak di Apadianie sejak 24 Mac 2009