"Alamak..sekali bestfriend dia daa..ish..macam mana nie..aduiii..penin..penin.."
usinkata; Najib sudah tentu menelan air liur sepahit hempedu apabila mengetahui tindakan yang difikirkan dapat membersihkan Kerajaan BN dengan membawa ulama tersohor Sheikh Dr Yusuf Al-Qardhawi ke Malaysia untuk dinobatkan tokoh Maal Hijrah 1431 kini menjadi peluru untuk menembak beliau kembali..
Ini dapat dilihat dengan kenyataan Ulama Tersohor tersebut yang akan membela Anwar Ibrahim daripada tuduhan liwat..
Agaknya penasihat 25% yang berada disekeliling Najib sudah berpaling tadah untuk menjahanamkannya.
Masakan tidak para penasihat 25% itu tidak mengetahui hubungan baik Anwar dan Sheikh Dr Yusuf Al-Qardhawi..
Mari kita saksikan pertembungan "balaci"Puaka Tok Moh Rosmoh yang akan membela Saiful melawan Sheikh Dr Yusuf Al-Qardhawi yang membela Anwar..
Siapa yang wajib dipercayai..?...Lu pikir la sendiri..!!!
Yusuf Qardhawi Rujuk Penangguhan Kes Qazaf Anwar Ibrahim Ke Perhatian Dunia Islam
Pengerusi Kesatuan Ulama Islam Sedunia, Sheikh Dr Yusuf Al-Qardhawi berjanji akan membawa isu fitnah liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim ke persada antarabangsa untuk diselesaikan secara syarie.
Justeru, tokoh Islam terkemuka itu akan menggunakan pengaruh beliau untuk bertemu dengan organisasi Islam antarabangsa dan pemimpin Islam terkenal diseluruh dunia dalam masa terdekat.
“Hingga ini kes itu kata syeikh qardawi hendaklah diangkat dengan lebih kuat dan luas seantero dunia supaya datuk seri anwar terbela.
“Dari segi syarak dan digerakkan wadah-wadah antarabangsa seperti kesatuan ulama islam sedunia, dan juga untuk di kemukakan dengan lebih luas untuk sama-sama bekerjasama menyelesaikan kes fitnah anwar,” katanya.
Beliau berkata demikian semasa sesi pertemuan khas Yusuf bersama Anwar Ibrahim di Putrajaya, semalam.
Pemimpin Sunnah Wal Jamaah Tegas Anwar Tidak Bersalah
Pengerusi Kesatuan Ulamak Sedunia Sheikh Dr Yusuf Abdullah Al-Qaradawi yakin Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak bersalah dan menjadi mangsa fitnah berhubung pertuduhan liwat terhadap beliau.
Beliau turut mendesak agar kes qazaf yang difailkan terhadap Mohd Saiful Bukhari Azlan lebih setahun lalu dipercepatkan dan diselesaikan segera.
Tokoh Maaf Hijrah itu menegaskan Mahkamah Syariah tidak mempunyai alasan untuk melengah-lengahkan keadilan Islam kepada penuduh mahupun yang tertuduh.
Tambahan lagi dengan kesahihan daripada empat orang doktor yang membuktikan tiada kesan luka di bahagian sulit Saiful Bukhari Azlan.
“Dia yakin insyaallah anwar tidak bersalah dan isu ini akan dapat diselesaikan dengan tuntas,” katanya.
Ini dikatakan oleh Sheikh Al-Qardhawi dalam pertemuan dengan Anwar dan beberapa orang pemimpin Islam di Putrajaya Isnin lalu.
Ahli Majlis Pimpinan Pusat, Dr Mohammad Nur Manuty yang turut hadir dalam perjumpaan itu memberitahu yusuf sangat yakin Anwar tidak bersalah.
“Syeikh Qardhawi amat menyokon penuh supaya kes ini jangan ditangguh-tangguhkan lagi dan segera diselesaikan mengikut pendekatan syariah, dan diserahkan kepada mahkamah tertinggi, kerana kata qardawi anwar dah mengalami kesengsaraan jiwa, keluarga, politik, beliau dlam keadaan yang diserang oleh pihak-pihak yang tidak bermoral,” katanya.
Sheikh Al-Qaradhawi yang dikurniakan Tokoh Maal Hijrah oleh kerajaan Malaysia berpendapat Anwar telah diserang daripada segi peribadi, keluarga dan politik oleh pihak yang tidak bermoral.-ATIQAH YAACOB - TvSelangor.com