Tuesday, December 15, 2009

Formula Istimewa Adunan Anwar Buat Sabah



FORMULA ANWAR ; TIADA SIAPA YANG KALAH?

Dari Kacamata: HALIK ZAMAN

TIADA siapa yang menang. Tiada siapa juga yang kalah dalam pertelingkahan perebutan jawatan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR Sabah. Satu formula sudah dikeluarkan oleh Penasihat PKR Dato Seri Anwar Ibrahim dalam melantik jawatan jawatan dalam Majlis Pimpinan Negeri PKR Sabah untuk mentadbirkan cabang-cabang PKR di seluruh Sabah. Dilihat dari mata kasar ia mungkin dapat diterima oleh semua pihak.

Siapa pun yang menjadi Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri, itu tidak penting. Yang paling penting ialah pencapaian kepimpinan yang membawa erti kemenangan kepada PKR Sabah, untuk itu semua pihak mesti 'bersatu dalam satu pasukan kerja' bersama membawa kefahaman 'setia kawan' dalam satu perjuangan untuk menjana kemenangan perjuangan PKR keseluruhannya.

Di bawah kepimpinan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri yang baru tugasnya mencabar, "Mengarahkan semua Ketua-Ketua Cabang PKR seluruh Sabah untuk turun padang mendapatkan ahli-ahli baru di setiap kawasan pilihanraya dan setiap Ketua-Ketua Cabang PKR bertanggungjawab mengenalpasti remaja-remaja tempatan membantu mereka yang berusia 21 tahun untuk didaftarkan sebagai pengundi".

Prestasi Ketua Ketua Cabang mesti diambil kira setiap bulan pencapaian mereka untuk mendapatkan ahli-ahli baru, tanpa ada usaha membanyakan ahli-ahli parti di setiap cabang maka ia tidak dapat merubah keputusan Pilihan Raya Umum di Sabah pada 2008 yang lalu.

Pencapaian untuk menambah ahli-ahli biasa di setiap cabang menjadi nadi kekuatan PKR di Sabah, ini adalah tanggungjawab Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri untuk mengawasinya.

Kalau semua berjalan lancar tanggungjawab Pengerusi, maka baru boleh cerita tentang kemenangan Pakatan Rakyat pada pilihanraya umum akan datang. Tanpa ada usaha ia tidak akan merubah apa-apa selain menghadapi kekalahan berterusan. Jika mahu menang PRU semua pihak mesti bersatupadu berkerja secara berpasukan dalam ertikata 'buang yang keruh ambil yang jernih'.

Kita menganggap semua orang penting dalam PKR Sabah termasuk Datuk Dr.Jeffrey, Thamrin Jaini, Ansari Abdullah, Datuk Kong Hong Ming dan semua ahli parti, mereka mesti saling berpaut dan sandar menyandar satu sama lain demi untuk kemenangan PKR bukan bercakaran kalau mahu menang PRU.

Rakyat Sabah patut juga berterima kasih kepada Penasihat PKR Dato Seri Anwar Ibrahim kerana tidak merasa serik dan bosan dengan kerenah pemimpin-pemimpin PKR Sabah dan satu pujian harus diberikan kepada semua Majlis Tertinggi Kepimpinan Pusat yang berusaha mencari jalan memperbaiki keretakan kepimpinan PKR di Sabah.

Kita rasa formula perlantikan jawatan PKR Negeri Sabah oleh Dato Seri Anwar Ibrahim akan dapat diterima oleh semua pihak. "Tiada lautan yang tidak berombak dan tiada hutan yang tidak bernyamuk" hadapilah dengan penuh kesabaran, itulah perjuangan namanya.

sumber; http://www.sabahkini.net/v1/index.php?option=com_content&view=article&id=2851:formula-anwar-tiada-sesiapa-yang-kalah&catid=37:politik&Itemid=4

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!
"Saya memerlukan sokongan 1.2 juta penjawat awam. Sekiranya anda mahu dibayar gaji yang lebih baik di masa depan, saya perlu mengukuhkan asas perolehan kerajaan kerana kalau tidak, dari mana saya akan dapat wang untuk membayar penjawat awam?"- petikan kenyataan Najib Razak yang mengaku tiada idea lain utk nak bayar gari penjawat awam melainkan kenakan cukai kepada semua rakyat..Pada masa yang sama Kerajaan BN mahu mengurangkan cukai syarikat/cukai koparat..Pada 1988 cukai koparat adalah 40%..tetapikini telah dikurangkan kepada 25%..

Tapak-Tapak di Apadianie sejak 24 Mac 2009