Friday, December 18, 2009

BNM :Jadi "Bodo" setelah termakan "Nasi Kangkang" atau disumpah menjadi "Badak Ayaq" oleh Puaka Tok Moh Rosmoh ?



usinkata; Kehebatan ilmu "puaka" Tok Moh Rosmoh ini semakin terserlah sehinggakan Bank Negara kini sudah menjadi "pekak badak ayaq"...buat bodo saja..macam xada apa-apa..
Apakah sudah disumpah menjadi "black Hipo" atau dah jadi "bodoh" akibat termakan nasi kangkang "Puaka"Tok Moh Rosmoh


RM 600,000 untuk Rosmah di Dubai : Bank Negara Lepas Tangan- Tian Chua
Thursday, 17 December 2009 5:29 PM
Oleh Roziyah Mahamad
sumber;EraPakatan.com

KUALA LUMPUR, 17 Disember : Bank Negara dilihat lepas tangan dalam mengambil tindakan terhadap individu yang tidak dikenali yang bertanggungjwab menghantar wang sejumlah RM 600, 000 kepada Rosmah Mansor melalui pengurup wang ketika isteri Perdana Menteri itu berada di Dubai.

Hal ini dijelaskan Ahli Parlimen PKR, Tian Chua ketika dihubungi Erapakatan.com.

Menurut beliau, Bank Negara sudah mempunyai maklumat mengenai perkara ini. Namun, orang yang benar-benar bertanggungjawab langsung tidak diambil tindakan.

Bank Negara setakat ini hanya mengambil tindakan terhadap pengurup wang itu dan membiarkan pengirim wang tersebut lepas bebas. Bank Negara katanya telah mengambil tindakan terhadap 41 syarikat pengurup wang yang bertanggungjawab dan telah menarik kembali lesen perniagaan mereka.

“Kini kita sudah mendapat maklumat. Rosmah telah mengirim wang ke Dubai. Tujuan apa wang itu dihantar kita tidak pasti. Ini merupakan satu skandal yang besar kerana ia melibatkan isteri Perdana Menteri sendiri,” jelas Tian Chua.

Beliau dalam kenyataannya meminta tindakan tegas harus diambil terhadap mereka yang bertanggungjawab. Undang-undang katanya harus adil kepada semua pihak tidak kira samada dia orang kenamaan atau tidak.

Tian Chua sebelum ini sudah beberapa kali mencabar Bank Negara supaya mengambil tindakan terhadap mereka-mereka yang benar-benar bertanggungjawab ini. Namun, tiada sebarang tindakan yang diambil oleh Bank Negara.

“Kita tak pasti samada Bank Negara tidak ambil tindakan kerana mereka ini orang kenamaan atau Bank Negara sendiri sebenarnya menghadapi tekanan dari mana-mana pihak,” jelas Tian Chua.

Tian Chua berkata, beliau mempunyai dokumen yang membuktikan berlakunya transaksi yang melanggar undang-undang tersebut.

Terdahulu, Tian Chua mengadakan sidang media di Petaling Jaya bagi mendedahkan satu lagi skandal melibatkan isteri Perdana Menteri itu. Tian juga mendakwa bahawa terdapat dua tokoh korporat melakukan kesalahan yang sama.

Beliau mendakwa Datuk Abu Sahid Mohamad telah menghantar RM22.2 juta ke United Kingdom antara Jun dan Ogos 2008, melalui pengurup wang Salamath Ali. Wang itu didakwa untuk membeli hartanah. Tian juga mendakwa ahli perniagaan Syed Mohammad Syed Nursin pula menghantar RM1.19 juta ke UK melalui Salamath Ali, juga untuk tujuan membeli hartanah. Syed Mohammed adalah adik kepada jutawan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary.

Tian berkata, beliau mempunyai salinan surat tunjuk sebab yang dihantar oleh Bank Negara kepada pengurup tersebut, meminta pengurup wang itu menjelaskan mengenai pengiriman wang secara haram yang berlaku.

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!
"Saya memerlukan sokongan 1.2 juta penjawat awam. Sekiranya anda mahu dibayar gaji yang lebih baik di masa depan, saya perlu mengukuhkan asas perolehan kerajaan kerana kalau tidak, dari mana saya akan dapat wang untuk membayar penjawat awam?"- petikan kenyataan Najib Razak yang mengaku tiada idea lain utk nak bayar gari penjawat awam melainkan kenakan cukai kepada semua rakyat..Pada masa yang sama Kerajaan BN mahu mengurangkan cukai syarikat/cukai koparat..Pada 1988 cukai koparat adalah 40%..tetapikini telah dikurangkan kepada 25%..

Tapak-Tapak di Apadianie sejak 24 Mac 2009