usinkata; Jika diwaktu kempen PRK Permantang Pauh..Bini Rosmoh ini bersumpah tidak mengenali atau mempunyai hubungan dengan Altantunya didalam salah sebuah masjid yang terdapat di Permatang Pauh..
Adakah dikesempatan ini beliau akan mengulanginya semula untuk membuang "badi" hantu Altantunya yang menguasai dirinya..
Sama-sama kita nantikan "wayang" terbaru dr pengarah tersohor filem Altantunya The Movie ini...
Najib cuba pulih imej di persidangan Islam antarabangsa?
Mon, Dec 14, 2009Dalam Negeri
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak yang terpalit dengan dakwaan rasuah dan pembunuhan akan menyampaikan ucaptama pada Persidangan Perpaduan Islam Antarabangsa ke-2 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur pada 15 dan 16 Disember ini.
Di samping Najib, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan mewakili Malaysia pada persidangan itu dan timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin juga dijangka hadir.
Para ulama’ tersohor telah disenaraikan dalam website persidangan sebagai penceramah termasuk beberapa individu yang terkenal, yang sebenarnya tidak akan hadir.
Kami dapat tahu Syeikh Dr Tawfik Ramadan Al-Bouti, pensyarah kanan di Universiti Damsyek tidak hadir. Begitu juga dengan ulama’ Sunni berwibawa, Habib Ali al-Jifri, pengasas dan pengarah Yayasan Tabah.
Walaupun kedua-duanya tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan komen, individu-individu yang rapat dengan para ulama’ itu melahirkan rasa prihatin mereka tentang kaedah dan penajaan persidangan itu.
Hubungan rapat di antara Yayasan Kepemimpinan Perdana dengan persidangan itu, penyertaan ahli-ahli politik kanan Umno berprofil tinggi dan tempat itu sendiri, memberi gambaran bahawa terdapat motif politik yang terselindung disebaliknya.
PWTC dikenali ramai sebagai ibu pejabat Umno, dan tempat di mana perhimpunan agung tahunan parti itu di adakan, yang sarat dengan perbincangan bercorak rasis dan hujah retorik.
Yang nyata tidak ada penyertaan dari dua tokoh agama utama di negara ini, Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Nik Mat dan bekas timbalan perdana menteri dan juga ketua pembangkang di Parlimen, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kedua-dua Nik Aziz dan Anwar telah disenaraikan di antara 500 tokoh Muslim paling berpengaruh dalam satu penerbitan baru-baru ini, yang dikeluarkan oleh Pusat Pengajian Islam Diraja di Jordan. Anwar termasuk dalam senarai 100 tertinggi tokoh Muslim dalam majalah Time pada tahun 2008.
Ketidakhadiran kedua-dua tokoh ini daalam program persidangan ini, yang mempelopori keamanan dunia dan memupuk perpaduan, telah dibangkitkan untuk pengetahuan pihak penganjur, Muhammad Umar, seorang warga Britain dan pengerusi Yayasan Ramadhan.
Jawapan yang diperolehi memberi gambaran bahawa “Yayasan Ramadhan adalah sebuah organisasi bebas dan dasarnya tidak mahu terlibat dengan politik dalaman sesebuah negara.”
Perbalahan di antara para pemimpin Umno berhubung isu modul latihan Biro Tata Negara di mana ahli-ahli Pakatan Rakyat mendedahkannya sebagai alat mempromosi semangat kebangsaan Melayu yang melampau telah menenggelamkan mesej perpaduan yang dibawa oleh persidangan ini.
sumber; freemalaysiatoday.com