Friday, December 18, 2009

GST: BN sudah sediakan "suntikan HIV" kepada rakyat Malaysia

"Suntikan HIV-GST dari BN yang diadun khas oleh Puaka Tok Moh Rosmoh dan Pencacainya Bini Rosmoh"



usinkata; BN mengharapkan "dana" dari para peniaga untuk mengekalkan kekuasaan mencengkam Malaysia yang semakin lama semakin longgar

Untuk itu diberi "subsidi" untuk mereka dan dikenakan cukai untuk rakyat atas harapan para peniaga yang tentunya tokey-tokey kaya akan dapat menyalurkan dana diwaktu kecemasan..

Apakah mereka sedar atau buat-buat bodoh dengan ingin melaksanakan GST ini tanpa menghiraukan nasib rakyat bawahan ..

Jika diteruskan juga niat "jahat" GST ini sudah pasti BN ingin "membunuh" rakyat Malaysia perlahan-lahan dengan menyediakan "suntikan HIV" bernama GST..

Anti GST sanggah kenyataan Menteri Kewangan kedua
sumber;Harakahdaily

Pasukan Khas Pakatan Rakyat Anti-CUKAI hari ini sekali lagi menyanggah kenyataan Menteri Kewangan kedua, Ahmad Husni Hanadzlah bahawa pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan tidak akan membebankan rakyat.

Menyifatkan kenyataan itu sebagai tidak masuk akal, Ahli Jawatankuasa Anti-CUKAI Tony Pua berkata, pengenalan CUKAI akan menyebabkan rakyat terpaksa menanggung lebih RM 6.4 bilion cukai yang sepatutnya diperolehi daripada pihak industri.

"Jika perolehan cukai daripada para peniaga akan dikurangkan sehingga RM 5.4 bilion dan dalam masa yang sama pendapatan negara bertambah kepada RM 13 bilion, bermaksud jumlah cukai RM 6.4 bilion akan diperolehi daripada rakyat.

"Persoalannya bagaimana menteri boleh keluarkan kenyataan rakyat berpendapatan rendah mampu menyimpan seperti mereka yang berpendapatan tinggi?. Pengecualian cukai RM 6.4 bilion yang dinikmati oleh para peniaga akan dibayar oleh pengguna yang terdiri daripada pekerja berpendapatan rendah, pesara, pelajar ataupun golongan pertengahan," katanya yang juga Ahli Parlimen Pelating Jaya Utara pada sidang media di lobi Parlimen pagi tadi.



Hoiii !!!! INGAT TAU !!!

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!
"Saya memerlukan sokongan 1.2 juta penjawat awam. Sekiranya anda mahu dibayar gaji yang lebih baik di masa depan, saya perlu mengukuhkan asas perolehan kerajaan kerana kalau tidak, dari mana saya akan dapat wang untuk membayar penjawat awam?"- petikan kenyataan Najib Razak yang mengaku tiada idea lain utk nak bayar gari penjawat awam melainkan kenakan cukai kepada semua rakyat..Pada masa yang sama Kerajaan BN mahu mengurangkan cukai syarikat/cukai koparat..Pada 1988 cukai koparat adalah 40%..tetapikini telah dikurangkan kepada 25%..

Tapak-Tapak di Apadianie sejak 24 Mac 2009