Monday, December 28, 2009

Panas!!! ..Dari Pelacur VVIP ke Pelacur Jalanan


"Dia sedang menanti para VVIP diatas katil.."

Suatu ketika dahulu ada terdengar cerita wanita malang yang menjadi pelacur diatas sebab sudah terbelit dengan pelbagai masalah pribadi dan sebagainya..maka diatas alasan tersebut wanita malang itu terpaksa menjadi pelacur dilorong-lorong belakang..meskipun tahu tindakan beliau itu mendatangkan "bala" didunia apatahlagi diakhirat..
Padahal jika disingkap cerita lamanya wanita ini sudah lama bergelar "Pelacur VVIP"..cuma apabila sudah tua dan tidak lagi laku...maka dilorong-lorong belakang dia mencari "makan"..asal dapat kembali "mewah" seperti dulu..

Dan kini skrip yang sama cuma berbeza watak dan situasi..

UMNO kini sedang tertekan dengan penolakan majoriti sesama bangsa..ditambah parah pula apabila BN turut sama menghadapi sakaratulmaut apabila ditolak oleh 2 bangsa iaitu cina dan india.
Diatas kapasiti itu..UMNO/BN sedaya upaya berusaha untuk meraih kembali sokongan ketiga-tiga bangsa teras yang membentuk masyarakat majmuk Malaysia serta disokong oleh pelbagai suku kaum di Sarawak dan Sabah..
Dapat dilihat pelbagai tipu daya dan berbagai bentuk rencah yang diadun oleh UMNO/BN ini untuk sekurang-kurangnya kekal lagi untuk mengenggam Malaysia buat 5 tahun yang akan datang selepas PRU 13..

Maka dihujung 2009..seluruh rakyat Malaysia menyaksikan UMNO/BN ke jalanraya untuk melacurkan dirinya dengan mengadakan demonstrasi diatas alasan utk memisahkan PAS Selangor dari ikatan PR..
Dengan menjadikan entah kutu mana dikutipnya mendakwa kumpulan mereka ini mewakili ahli PAS Selangor mendesak Pesuruhjaya PAS Selangor yg terpalit kontroversi dalaman agar keluar dari gabungan Pakatan Rakyat..

Ternyata dengan tindakan sebegini seumpama cerita wanita malang yang sanggup melacurkan untuk keluar dari masalahnya..setelah kehilangan "pembela"..

Suatu ketika dulu UMNO/BN ini gemar sekali menjadi "Pelacur VVIP" dengan menggadai apa jua yg dimiliki untuk tauke-tauke dengan niat untuk hidup bermewah hingga ke anak cucu..
Kini UMNO/BN sekarang sanggup menjadi pelacur jalanan untuk lari dari masalah yang sedang menghimpit mereka setelah kehilangan tauke-tauke yang selama ini "membela" mereka..


Biarlah UMNO/BN dilihat "kotor" asalkan tindakan mereka itu dapat menyelesaikan masalah..dijalanraya mahupun lorong-lorong sudah kira ok bagi mereka..janji dapat "mencari makan" untuk 5 tahun lagi selepas PRU 13..

Cuba teka yang mana satu Pelacur VVIP suatu ketika dulu..?

Umno nyanyuk, guna taktik murahan – Khalil
Mon, Dec 28, 2009 - freemalaysiatoday.com
Oleh Nor Ani Karma
KERIAN – Pelbagai strategi dan perancangan diatur oleh Umno dalam usaha mengaib serta memecah-belahkan hubungan Pas, PKR dan DAP di bawah satu bumbung Pakatan Rakyat (PR).
Setiausaha Majlis PR Perak, Drs Khalil Idham Lim berkata, mereka menggunakan pelbagai taktik untuk mengaburi mata masyarakat termasuk pendekatan melalui media arus perdana serta dalam masa sama mengupah pelakon tambahan bagi menjayakan rancangan licik mereka melemahkan PR.

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!
"Saya memerlukan sokongan 1.2 juta penjawat awam. Sekiranya anda mahu dibayar gaji yang lebih baik di masa depan, saya perlu mengukuhkan asas perolehan kerajaan kerana kalau tidak, dari mana saya akan dapat wang untuk membayar penjawat awam?"- petikan kenyataan Najib Razak yang mengaku tiada idea lain utk nak bayar gari penjawat awam melainkan kenakan cukai kepada semua rakyat..Pada masa yang sama Kerajaan BN mahu mengurangkan cukai syarikat/cukai koparat..Pada 1988 cukai koparat adalah 40%..tetapikini telah dikurangkan kepada 25%..

Tapak-Tapak di Apadianie sejak 24 Mac 2009