Dr M dalam satu kenyataanya memberi satu cadangan iaitu samada Chin Peng perlu "dikembalikan" ke Malaysia melalui pandangan dan mengikut suara orang ramai..
Beliau juga berkata Dr Mahathir berkata perjanjian itu perlu diperjelaskan kepada masyarakat.
"Kena terang dengan orang ramai dahululah, kata dah janji," katanya.
Sudah sampai masanya rentetan sejarah mengenai Komunis ini diterjemahkan kepada rakyat didalam bentuk dialog,forum atau diskusi akademik dimana intipatinya menjuruskan untuk mencari titik pertemuan yang akan memperjelaskan segala-galanya "Kenapa?,Mengapa?,Siapa?Untuk apa? didalam pembentukan Komunis ini..
Ini kerana carilah didalam buku sejarah yang diajar disekolah-sekolah informasi mengenai Konflik Komunis VS Malaya ini banyak sekali meninggalkan persoalan demi persoalan..
Seperti ada usaha tangan-tangan ghaib yang cuba menutup kebenaran dari konflik tersebut..
Suatu ketika dulu dan sehingga kini kita sering dipaparkan bahawa Komunis itu kejam,jahat,brutal,dan meminggirkan atau menidakan bahawa langsung tiada sekelumit kebaikan yang diperjuangkan oleh mereka..
Diwaktu ini informasi mengenai perjuangan Komunis Malaya ini amat mudah diperolehi..dan sedikit sebanyak sudah terdedah sedikit demi sedikit bahawa Komunis ini juga "ada" membawa kebaikan untuk semua.
Hati ini bukanlah ingin memujua atau terus teruja dengan ideologi Komunis ini tetapi sekadar ingin mencari kebenaran yang selama ini menjadi persoalan yang langsung tidak pernah terjawab sekian lama..
Sudah sampai rakyat Malaysia perlu tahu segala-galanya...tidak usah lagi cuba menutup bangkai gajah dengan nyiru..internet membongkar segala-galanya..tanpa selindung dan bebas berterbangan..
--------------------------------------------------------
Ada sesuatu yang menarik untuk dikongsi bersama..pernahkah kita terfikir konflik Komunis VS Malaya/Malaysia ini tidak ubah seperti mana yang sedang berlaku di Afghanistan..dimana berlakunya pertembungan antara Taliban dan Polis/Tentera Afghnistan..?
Kita tahu Amerika datang untuk memburu Osama Bin Laden di Afghanistan..dan apabila Taliban dikatakan melindungi Osama serta mempertahankan beliau maka diserangnya Taliban itu dengan berbatalion tentera Amerika serta sekutunya dengan harapan memusnahkan Osama serta Taliban..
Serangan demi serangan dari Amerika dan sekutunya sehingga kini masih gagal untuk meghapuskan Osama dan Taliban..malah baru-baru ini Taliban semakin galak pula menyerang Amerika dan sekutunya..
Apa yang sedang berlaku di Afghanistan kita dapat lihat betapa Amerika dan Sekutunya sedang giat mempersiapkan Polis/Tentera yang terdiri dari rakyat Afghanistan untuk menentang Taliban dan Osama..
Maka..Polis/Tentera Afghanistan itu sudah semestinya terdiri dari umat islam dan mereka itu memerangi Taliban yang juga umat muslim..
Dan tidak hairanlah jika suatu hari nanti rakyat Afghanistan akan membenci Taliban kerana membunuh dan mencederakan Polis/Tentera rakyat Afghanistan..
Sesudah itu maka "cucilah tangan Amerika dan sekutunya"..
"Taliban yang membunuh Polis/Tentera Afghanistan..bukan kami...(Amerika/Sekutunya).."
------------------------------------------------------
Begitu juga nasib yang dihadapi PKM dan PKMM..British datang kembali sesudah Jepun menyerah kalah..dan apabila mendapat tahu terdapat penetangan dari MPAJA serta PKMM dilatihnya Polis/Tentera yang terdiri dari bangsa Melayu/Islam..untuk memerangi PKM/PKMM..
Maka saling bunuh membunuhlah antara PKM/PKMM dan Polis/Tentera Malaya/Malaysia yang terdiri dari umat muslim juga..Kita jangan lupa siapa yang menggerakan PKMM..sudah tentu akan ada kelibat manusia yang ber"bin' dan "binti"..sudah tentu ada dikalangan mereka ini umat muslim..
Dan "cucilah tangan British"..
"PKM/PKMMlah yang membunuh Polis/Tentera Malaya/Malaysia..bukan kami(British).."
Sama-sama kita renungkan..