Monday, December 21, 2009

KataCerita Antara Pemimpin Malaysia Baru


Anwar Ibrahim katacerita;
Suara Anwar semakin lantang, sambil menoreh ke arah pemimpin PR yang berada di atas pentas,

"Lihat, puluh di belakang ini, tanpa kecuali, satu per satu dihadap ke mahkamah.

Kenapa? Nak lawan berdepan dengan rakyat, mereka tahu mereka akan tewas. Sila, nak lawan di Batu? Mana? Bagi tahu biar kita berdepan dengan mereka. Kerana dia tak mampu lakukan begitu, dia buat cara-cara jahat, celaka dan sial..."

Hadi Awang katacerita ;
Presiden PAS, Abdul Hadi Awang mengaku kenyataan bahawa Malaysia dibentuk di atas masyarakat majmuk, di mana semua kaum besar di Asia berada di sini.

"Sepatutnya kita membuka mata dengan realiti yang ada, sehingga kita tidak boleh menganggap rakannya adalah pendatang, bukan penduduk asal,"

"...kerana kita semua tidak berasa asing di sini, bahkan bila kita bertemu di luar negara kita terasa bersama daripada satu negara."

Malah, Abdul Hadi Awang menyusul dengan pengalamannya yang singgah di lapangan kapal terbang luar negeri, ketika menziarahi Anwar Ibrahim yang menjalani pembedahan di Munich.

"Kami nak sembahyang, tak tahu kiblat, tak tahu timur barat. Saudara Gobalakrishnan pergi tanya mana kiblat," ....."walaupun dia tak sembahyang"

Lim Guan Eng katacerita;
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng juga menzahirkan rasa terharunya ketika mengungkit pengalamannya dipenjarakan kerana membantu sebuah keluarga Melayu lebih 10 tahun yang lalu.

"saya dinasihatkan, 'mengapa buat macam ni? You bantu keluarga Melayu dapat apa? Hilang semua (kehilangan segala-galanya) orang Melayu pun tak akan mengenang budi.'"

"Itu 10 tahun lepas. Bila hanya seorang dua yang memperjuangkan ke-Malaysia-an. Saya masih ingat pada masa itu, saya jawab, kalau kita anak Malaysia, semua anak Malaysia berhak untuk menikmati keadilan dan keluhuran undang-undang,"

"Masa itu saya seorang dua memperjuangkan konsep berbilang kaum ke-Malaysia-an. Sebelas, dua belas tahun kemudian, saya amat terharu. Sekarang bukan sekadar seorang dua, tapi kita boleh lihat beribu-ribu, berpuluh-puluh ribu, beratus-ratus ribu malah berjuta-juta menyokong konsep ke-Malaysia-an."

Kapral Singh katacerita;
Beliau mengakui tiada orang yang pernah bayangkan bahawa PAS akan duduk bersama DAP, tetapi Anwar Ibrahim telah melakukannya. Tambahnya, Anwar bukan sahaja menyatukan tiga parti, tetapi juga menyatukan rakyat seluruh negara.

"Sebagai salah seorang peguam di antara peguam yang lain, saya memberi jaminan di sini. Saya akan dengan kebolehan yang ada dalam tangan saya, untuk memastikan dia dilepaskan dari satu tuduhan yang tidak berasas!"

Zaid Ibrahim katacerita;
Zaid sempat mengkritik pimpinan Najib apabila berkata, "Dia kata 1Malaysia hari ini, esok dia masuk balik Ahmad Ismail di Pulau Pinang. Ahmad Ismail menuduh kawan-kawan Cina dan India kita pendatang. Dia masuk balik.

Dia kata negara kita aman, tetapi Raja Petra mesti lari ke England, dan Bala di India," hujahnya menggelakkan satu dewan.

Mat Sabu katacerita;
"Makin banyak perkara rasuah dan korupsi yang kita utarakan semakin banyak lagi berlakunya amalan tersebut dikalangan pemimpin Umno dan BN.

"Bagi mereka adalah suatu perkara yang tidak pelik apabila memperkatakan rasuah yang menjadi amalan kepada kepimpinan mereka.

"Sepatutnya sebagai pemimpin dalam kerajaan yang memerintah mereka harus peka dan berasa malu dengan amalan rasuah yang menjadi sebahagian daripada hidup kepimpinan mereka. Tetapi ini tidak membawa apa-apa makna kepada mereka,"

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!
"Saya memerlukan sokongan 1.2 juta penjawat awam. Sekiranya anda mahu dibayar gaji yang lebih baik di masa depan, saya perlu mengukuhkan asas perolehan kerajaan kerana kalau tidak, dari mana saya akan dapat wang untuk membayar penjawat awam?"- petikan kenyataan Najib Razak yang mengaku tiada idea lain utk nak bayar gari penjawat awam melainkan kenakan cukai kepada semua rakyat..Pada masa yang sama Kerajaan BN mahu mengurangkan cukai syarikat/cukai koparat..Pada 1988 cukai koparat adalah 40%..tetapikini telah dikurangkan kepada 25%..

Tapak-Tapak di Apadianie sejak 24 Mac 2009