Dan hari ini melalui laporan berita dari Malaysiakini..Ku Li seakan melafazkan apa yang selama in terpendam dan terbuku didalam hatinya bahawa sememangnya UMNO/BN "sedang menjahanamkan" Malaysia..
"Berbilion-bilion ringgit hasil eksport minyak sejak tiga dekad yang lalu, telah dibazirkan oleh kerajaan."
"Hasil minyak negara yang sepatutnya digunakan mengikut yang telah dirancangkan sewaktu penubuhan Petronas, telah menjadi dana yang dibelanjakan sesuka hati oleh sesiapa juga yang mentadbir negara, tanpa sebarang pertanggungjawaban."
"kekayaan minyak negara telah dibazirkan dan digunakan untuk menyelamatkan syarikat-syarikat yang gagal, membeli senjata, membina bandaraya secara besar-besaran di atas tapak ladang kelapa sawit.
"Perolehan tersebut, tidak digunakan untuk membasmi kemiskinan di negeri-negeri yang miskin, tetapi disalurkan untuk tujuan politik dan golongan yang ada kaitan dengan politik."
"Hasil minyak yang sepatutnya menjadi warisan kekayaan untuk semua rakyat Malaysia dan generasi akan datang, telah digunakan untuk menunjangi pemerintahan yang 'authoritarian, menghakis demokrasi berpelembagaan dan korup keseluruhan golongan elit politik dan perniagaan."
Ku Li 12 Dis 09 1;45pm -Malaysiakini
Dengan ini diharap akan dapat dilihat kenyataan dari para pemimpin atasan Pakatan Rakyat untuk menjemput secara terhormat dan dengan penuh kesyukuran ..memimpin tangan Ku Li untuk meniti perjuangan PR untuk bersama-sama membawa "Harapan Baru Untuk Malaysia..
Dan hari ini..Ku Li sebenarnya sudah menyatakan keinginan beliau untuk turut serta membawa "Harapan Baru Untuk Rakyat Malaysia..