Teloq sebelum kecut jadi kaler macam nie la..kaler maler dulu..tak pecaya try check.tapi sebelum check seru nama Altantunya 3x..nama Rosmoh 3x..sah jadi huhuhuhu..
usinkata; Nampaknya Adun Pangkor semakin tertekan sehinggakan fobia mendengar kalimah Pembuburan DUN dan Pilihanraya Negeri Perak..
Semasa di temuramah oleh wartawan Adun tersebut masih berdolak dalih dlm isu pilihanraya negeri..padahal beliau yg melancarkan program untuk pilihanraya negeri..
Anda cuba lihat kenyataan Adun Pangkor tersebut..dia berkata "Kita tidak tahu bila pilihanraya akan diadakan kerana semuanya bergantung kepada pemimpin pusat"...siapa pemimpin pusat..sudah tentu Najib..
Untuk ketelanjuran Adun Pangkor itu..maka sudah rasmilah bahawa pihak BN mengetahui keputusan Mahkamah Rayuan yg memihak kepada YB Nizar..
Maka utk tidak mahu mendapat malu yg lebih besar..lebih baik DUN dibubarkan atas cadangan BN dan bukan PR..so..UMNO/BNlah juara rakyat..pooorahhh!!!
Sekarang sudah sah dan nyata..BN Perak tak takut..PR Perak tak gentar..Najib saja yang "kecut teloq"..
Gerakan sekretariat BN bukan petanda pilihan raya: Zambry
Mon,Dec 28,2009 20:30pm - Berita Hairan
BAGAN SERAI: Gerakan mesra rakyat anjuran Sekretariat Pilihan Raya Barisan Nasional (BN) Perak yang dilancarkan hari ini bukan petanda pilihan raya negeri akan diadakan dalam tempoh terdekat.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, menolak dakwaan gerakan seumpama itu adalah persiapan BN bagi menghadapi pilihan raya negeri seperti yang dicetuskan oleh pembangkang sebelum ini bahawa Dewan Undangan Negeri (DUN) akan dibubarkan.
Beliau bagaimanapun tidak menolak bahawa program itu adalah sebahagian daripada persediaan awal BN Perak bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.
"Kita tidak tahu bila pilihan raya akan diadakan kerana semuanya bergantung kepada pemimpin Pusat. Bagaimanapun saya perlu memastikan BN Perak bersedia daripada semua segi," katanya.
Pilihan raya Dun Perak April 2010, muslimat siapkan jentera
Mon, Dec 28, 2009 - freemalaysiatoday
Oleh Nor Ani Karma
LENGGONG – Ketua Penerangan Pas Perak, Drs Khalil Idham Lim Abdullah menggesa supaya muslimat pelbagai peringkat di seluruh negeri Perak menyiapkan jentera pilihan raya untuk menghadapi pilihan raya pada bila-bila masa saja.
Khalil berkata, melihat suasana mutakhir di Perak, memaksa seluruh rakyat negeri ini membuat persiapan lebih awal kerana kemungkinan besar Dun Perak akan dibubarkan pada bulan April 2010.
Menurutnya, sekiranya benar-benar berlaku pembubaran Dun pada ketika itu, pilihan raya akan diadakan dalam masa 60 hari selepasnya, bererti bukanlah satu jangka masa yang panjang untuk membuat persiapan sebaik mungkin bagi menghadapinya.