Ini gambar curi semasa Tok Moh Rosmoh sedang "bermantera"..huhuhu percaya ka.?
usinkata; Aku dah kata..jangan main-main dengan Tok Moh Rosmoh nie..ini baru dia bercakap..belum lagi dia bermantera..silap-silap nanti "ghaib" pula para wartawan ni..
Kalau nak cari mereka ini..try chek kat benua Amerika Latin..takpon kat India atau London..tak jumpa jugak try check kat Mongolia..
kalau tak jumpa jugak..check kat dalam Kapal Selam Altantunya..sah memang ada kat situ ..huhuhu
"Gua malas nak layan lu orang..tak paham lagi..nak kena sumpah!!!..dah boleh blah..nanti gua sergah jadi Kapal Selam..naya saja.."
Rosmah enggan layan ‘pembohongan, gosip’
Tuesday, 22 December 2009 6:02 PM
Oleh Jimadie Shah Othman & Andrew Ong
sumber; petikan dari EraPakatan.com
BELUM sempat soalan berhubung pemindahan wang RM600,000 secara tidak sah ke Dubai dikemukakan, sidang media isteri perdana menteri Rosmah Mansor terus ditamatkan.
Ketika Malaysiakini ingin mendapat penjelasan berhubung dakwaan wang itu disalurkan ke akaunnya Ogos tahun lalu, beliau terus memotong soalan tersebut dengan berkata:
"Saya kata (tanya) soalan berkaitan. Saya tidak mengulas gosip. Saya tidak mengulas pembohongan. Itu yang saya cakap tadi, kita mesti fokuskan pada isu yang lebih besar.
Rosmah bagaimanapun selepas itu sempat bergurau dengan kumpulan wartawan di situ dengan berkata:
"Habis dah soalan? Dah kena sergah tidak ada dah soalan?"
Usikan itu disambut ketawa kecil daripada wakil-wakil NGO berkaitan pembangunan wanita dan komuniti yang hadir di majlis tersebut.