Tugu Negara
Beberapa bulan lepas saya pernah menulis tentang Tugu Negara. Saya mempersoalkan dan mengajak para pembaca untuk menilai sendiri rasional di sebalik wajah-wajah yang dibentuk di Tugu Negara. Jika diamati betul-betul, wajah-wajah yang berdiri hampir kesemuanya berwajah Mat Salleh atau kacukan, sehingga menimbulkan persoalan samada mereka berbangsa Malaysia atau tidak. Manakala, yang berbaring atau "mati" pula kesemuanya berwajah Asia.
Saya cuba membangkitkan isu semangat bangsa Malaysia di dalam cerita saya. Tidak kiralah samada mereka komunis atau sebaliknya, mereka adalah rakyat Malaysia yang sedang "dipijak" oleh bangsa asing. Saya minta pembaca tolak ke tepi ideologi politik masing-masing, dan tumpukan kepada wajah-wajah yang sedang dipijak dan yang sedang memijak itu.
Selepas tulisan tersebut diterbitkan, saya menerima banyak reaksi daripada pembaca. Ada yang bersetuju dengan saya, tetapi ada juga yang marah-marah. Mereka menyoal saya kembali - jika Chin Peng bukan pengkhianat, maka adakah keturunan mereka yang berjuang menentang komunis, adalah pengkhianat?
Saya berpendapat bahawa soalan itu adalah soalan yang salah. Soalan yang patut kita tanya sekarang ialah, perjuangan menentang komunis untuk siapa? Adakah perjuangan menentang komunis adalah perjuangan kita atau sekadar berjuang atas desakan orang luar? Tugu Negara dicipta untuk siapa? Siapa wira sebenar dalam cerita ini?
Kita jangan lupa, PKM pernah membantu kerajaan menentang Jepun. Malah, PKM berganding bahu dengan kerajaan dan British untuk memerangi Jepun di negara kita. Hanya selepas PKM menunjukkan penentangan terhadap British, PKM dianggap sebagai antagonis di dalam cerita.
*Petikan dari artikel yg ditulis oleh Puspawati Rosman ialah seorang peguam, juga Ketua Projek Jawatankuasa Kesedaran Undang-undang Pusat Bantuan Guaman (PBG)
sumber;
http://www.merdekareview.com/bm/news.php?n=10517
usinkata; Siapa punya idea bina tugu nie..?..Siapa yg menjadi arkiteknya?
Bagi aku..tugu ini hanyalah "Lambang Penjajahan British" terbesar selepas bendera Union Jack
keterangan foto;
Ini bukan kat Iraq atau Pakistan..ini kat Semenanjung Melaka suatu ketika dulu..