Monday, December 21, 2009

UMNO: GERAKAN a.k.a Hampas Nyok..



usinkata; Kasihan benar parti GERAKAN yang semakin tidak "bergerak" didalam BN..apatahlagi ianya sudah dianggap "malukut ditepi gantang" oleh rakyat Pulau Pinang..

Kegagalanya memenangi walaupun satu kerusi di Pulau Pinang akibat dari kutukan yang diterima oleh BN yang diterajui oleh UMNO Rasist..

Kini sudah ada usaha yang didalangi oleh UMNO sendiri untuk terus mematikan langkah Gerakan untuk bergerak memenangi hati kaum cina kembali khususnya di Pulau Pinang..

Apakah Gerakan ini buat atau pekak atau tuli..?atau sengaja nak tempah maut dengan menjerat leher sendiri apabila masih terhegeh-hegeh berdempek dicelah ketiak BN..?

Ternyata apa yang disuarakan oleh UMNO Pulau Pinang menggambarkan "lu boleh blah".. untuk Gerakan..?

Sudah jelas lagi terang ..sudah nampak panau dibadan..UMNO tak perlu lagi GERAKAN.."Boleh pi main jauh-jauh la Gerakan..bye-bye...

Sudah kering madu dihisap kini Gerakan umpama hampas nyok didalam bakul sampah...

Sekarang nak pi mana cik Gerakan oiii..Nak pi pulau pon dah "dipulau"..nak pi seberang pon dah "diserang"..alih-alih mati tak berkubur saja la yang nampak senang...


Teka-teki; Yang mana UMNO yang mana Gerakan..
Kalau pandai dapat melancong percuma keliling Pulau Pinang dengan Kapal Selam Altantunya..huhuhu..

Gerakan beri amaran,dakwa komen Zahid karut
Oleh G. Manimaran
sumber; MalaysianInsider

PETALING JAYA, Dis 21 — Gerakan Pulau Pinang memberi amaran kepada Umno negeri itu agar jangan memperlekehkan pihaknya dengan menuntut agar diserahkan kedudukan Pengerusi Barisan Nasional (BN) yang disandang mereka sejak lebih tiga dekad lalu.

Pemangku Pengerusi Perhubungan Gerakan Pulau Pinang Teng Chang Yeow berkata pihaknya kini memainkan penting dalam usaha merampas balik kerajaan negeri daripada Pakatan Rakyat.

"Kami telah memberi sokongan dan berganding dengan kesemua wakil BN khususnya semasa sidang Dewan Undangan Negeri. Kami juga menekankan kerajaan negeri pimpinan DAP agar bertanggungjawab terhadap keputusan-keputusan yang dibuat sejak 8 Mac.

"Jadi, untuk mengatakan Gerakan tidak aktif adalah satu kenyataan sangat mengarut," kata beliau dalam kenyataan dikeluarkan hari ini.

Jawatan Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang kini disandang oleh wakil Umno.

Gerakan menyandang jawatan Pengerusi BN atas kapasiti sebagai ketua menteri negeri itu sehingga Mac 2008.

Teng menambah, usaha-usaha yang dilakukan sama sekali tidak kecil daripada langkah diambil Umno Pulau Pinang.

Justeru kata beliau, sebenarnya Umno Pulau Pinang menjejaskan kedudukan BN negeri dengan membuat permintaan sedemikian meskipun sedar bahawa di bawah konvensyen semasa Gerakan adalah pengerusi sejak 35 tahun yang lalu.

"Sebarang perubahan tidak dapat diterima oleh Gerakan,” katanya.

Oleh itu tegas beliau, Umno Pulau Pinang seharusnya memfokus pada usaha untuk mengambil balik kerajaan negeri Pulau Pinang, bukannya memberi tumpuan ke atas parti-parti komponen BN yang lain.

"Berbanding memfokus untuk memenangi balik negeri, beberapa pihak masih bertindak seolah-olah BN masih menguasai (Pulau Pinang), sebenarnya kita tidak dan ini masanya bagi kita menerima realiti," kata Teng.

"Dan, bagaimana kita boleh mendapatkan balik kerajaan negeri jika terus menyerang antara satu sama lain," katanya.

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!
"Saya memerlukan sokongan 1.2 juta penjawat awam. Sekiranya anda mahu dibayar gaji yang lebih baik di masa depan, saya perlu mengukuhkan asas perolehan kerajaan kerana kalau tidak, dari mana saya akan dapat wang untuk membayar penjawat awam?"- petikan kenyataan Najib Razak yang mengaku tiada idea lain utk nak bayar gari penjawat awam melainkan kenakan cukai kepada semua rakyat..Pada masa yang sama Kerajaan BN mahu mengurangkan cukai syarikat/cukai koparat..Pada 1988 cukai koparat adalah 40%..tetapikini telah dikurangkan kepada 25%..

Tapak-Tapak di Apadianie sejak 24 Mac 2009