!!!nggggggg!!!!
Anih bila "The Riding MP " menyepi… - AgendaDaily
Hari ini sudah seminggu Ahli Parlimen PKR Kulim Bandar Bharu ,Zulkifli Nordin menyepikan diri.Semua orang tahu beliau kini berada di Korea Selatan.
Beliau berlepas ke sana untuk menghadiri satu persidangan pada 16 Februari sejurus meledakan bom asap terhadap PKR tentang tarikh beliau dipanggil mengadap Jawatankuasa Disiplin parti itu.
Sejauh mana pun Korea Selatan, Zulkifli jarang menyepi begini.Paling tidak beliau akan bersuara menerusi laman blognya “ The Riding MP”.
Sewaktu menghadiri Persidangan Agung Bangsa-bangsa Bersatu di New York hujung tahun lalu beliau kerap update aktivitinya di sana.
Anihnya tidak kali ini.
Laman blognya ketika dilayari pagi Selasa sewaktu laporan ini ditulis masih kekal dengan postingnya pada 16 Februari memuatkan kenyataan akhbarnya mempertikaikan tarikh mengadap Jawatankuasa Disiplin parti itu.
Ada 114 komen pada posting itu dimana ada yang menyokong tindak tanduknya dan ada yang menghentam.
Apakah Zulkifli sudah patuh pada ‘ gag order’ yakni arahan tutup mulut yang dikenakan keatasnya sebelum mengadap Jawtankuasa Disiplin?
Beliau sebelum ini secara terbuka melanggarnya bukan saja dengan membuat beberapa kenyataan pada media malah muncul membelasah pakatan pembangkang dalam rancangan Soal Jawab di TV3.
Juga menjadi tandatanya apakah Zulkifli sudah jem apabila semua pimpinan PKR termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa mereka tidak tahu menahu tentang pemergiannya ke Korea Selatan.
Kata mereka beliau ke sana bukan dihantar oleh parti.
Ia jauh bertentangan dengan kenyataan medianya pada 16 Februari yang secara terang menyebut: “ Saya agak hairan mengapa mereka memilih tarikh-tarikh tersebut sedangkan PKR mengetahui bahawa saya akan berada di Korea dalam tempoh tersebut menghadiri program International Leadership Conference bersama beberapa Ahli Parlimen lain.”
Ini pula kata Timbalan Presiden PKR ,Dr Syed Hussein Ali, “ Zulkifli pergi ke Korea atas urusan sendiri dan bukan dihantar oleh Parti. Parti tidak tahu-menahu tentang pemergian beliau. Beliau tidak pernah memberitahu Lembaga Disiplin mengenainya.”
Siapa yang berbohong di sini ?
Berasaskan seorang demi seorang pimpinan PKR kata mereka tidak tahu tentang pemergian Zulkifli ke Korea Selatan,pasti ada yang mengandaikan beliaulah yang berbohong.
Jika andaian itu benar…satu soalan yang pasti menjadi tandatanya kenapa beliau berbohong?
Melihat dari jalan ceritanya Zulkifli sudah mengambil langkah ‘ berani mati’ atau dalam istilah politik yang kerap digunakan ‘ sudah bakar jambatan’.
Malah dalam kenyataan ‘ tembak menembak’ antara pimpinan PKR dengan Zulkifli sendiri nadanya sudah macam ‘ tiada maaf bagimu’.
Dalam pendirian parti sendiri PKR tidak mungkin akan tunduk kepada pendirian tegas Zulkifli mengenai pengunaan kalimah Allah.
PKR kata tak salah dan YB Kulim Bandar Bharu ini tidak berganjak ia haram.
Bagaimana pula tentang dakwaannya DAP adalah ‘ duri dalam daging’ bagi pakatan pembangkang ?
Ada yang melihat tindakan Zulkifli membuat laporan polis terhadap rakan Ahli Parlimen PAS Shah Alam Khalid Samad dalam krisis mereka mengenai isu kalimah itu petanda beliau tidak akan berpatah balik lagi.
Sementara menanti kepulangan pada 25 Februari ini dan kemudianya mengadap Jawatankuasa Disiplin PKR pada 1 Mac yakni tarikh baru yang ditetapkan untuknya teka teka terus berlegar tentang keputusan yang bakal muncul dari penghakiman keatasnya.
Zulkifli sebelum ini mendakwa pimpinan PKR sudah set untuk tendangnya dan mengadap Jawatankuasa Disiplin itu hanya syarat saja.
Sebagai orang lama dan pejuang asal parti itu beliau tentu lebih faham dengan mainan dalam parti itu.
Kenyataan kalangan pimpinan PKR sendiri sejak memuncaknya krisis ini jelas menampakan mereka sudah anggap beliau sebagai ‘ orang luar’.
Tinjauan rambang Agendadaily dikalangan pemerhati politik mendapati tidak ramai yang berani bertaruh Zulkifli akan kekal dalam PKR.
Ramai yang menilai babak-babak akhir ini dimana PKR tunjuk tolak ansur sanggup ubah tarikh mengadap Jawatankuasa Disiplin ke 1 Mac tidak lebih dari public relation untuk menunjukkan ia parti yang cukup toleran.
Manakala Zulkifli hanya menari ikut rentak dan irama saja.
Siapa tahu mungkin juga beliau merasa lebih ada kick disingkir secara rasmi dari parti berbanding berundur seperti rakan sejawatnya dari Bayan Baru,Datuk Seri Zahrain Hashim...
usinkata;... emmmm..peliknya bila gerombolan ini xmenyokong YB Zul..????
Persoalan-Persoalan... didalam kepala hotak ni..?????
Heranya bila gerombolan ini tidak memberikan gambaran yg cantik-cantik dan indah-indah buat YB Zul...????
Aduiiii !! Konpius-konpius ????
Apa Agenda Agendadaily nie..????
Lemahnya pemikiran aku skrg nie..
Alamak YB..diaorg macam xsudi saja kat YB..rasanya YB kena jumpa Mahaguru Setopa la minta air tawar kat dia,..
No comments:
Post a Comment