Sunday, February 21, 2010

Hikayat Merong Mahawangsa


Hikayat Merong Mahawangsa ke 25 buah negara

KUALA LUMPUR 20 Feb. - Walaupun hanya lapan minit daripada satu jam 50 minit sedutan aksi-aksi menarik filem Hikayat Merong Mahawangsa (HMM) ditayangkan ketika di European Film Market, Berlin, baru-baru ini, ia telah berjaya menarik sebanyak 25 buah negara untuk mendapatkan hak pengedaran filem tersebut.

Filem epik terbitan KRU Studios arahan Yusri Abdul Halim itu berjaya menarik minat sejumlah pembeli antarabangsa semasa berlangsungnya program pasaran filem dari 11 Februari hingga hari ini walaupun filem itu belum selesai proses produksinya.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif KRU Studios, Norman Abdul Halim, antara negara yang bersetuju untuk membeli hak pengedaran filem HMM ialah United Kingdom, Perancis, Jerman, Rusia dan negara Asia Barat.

"Saya amat bersyukur kerana walaupun HMM masih dalam proses pasca produksi namun ia telah mendapat sambutan di luar negara. Kami menjangka permintaan akan bertambah apabila dipromosikan di program pasaran filem antarabangsa yang lain kelak.

"Setakat ini, jumlah penjualan HMM kepada 25 buah negara ini sudah mencapai jutaan ringgit dan ia belum termasuk jumlah keuntungan apabila filem ini ditayangkan kelak. Ini menjadikan HMM terbitan tempatan paling berjaya dari segi penjualan antarabangsa setakat ini.



"Namun, untuk pasaran luar negara, HMM ditukar tajuk menjadi The Malay Chronicles dan terpulang kepada negara tersebut untuk mengekalkan bahasa yang digunakan atau dialih bahasa," katanya ketika dihubungi baru-baru ini.

HMM yang menjalankan pengambaran dari Jun hingga Ogos tahun lalu dijangka siap pada Jun ini.

Filem epik yang menelan kos penerbitan RM8 juta ini akan turut terlibat dengan promosi pada program pasaran filem antarabangsa lain seperti Hong Kong Film Market, Cannes Film Festival dan American Film Market kelak.

Menurut Norman, dia yakin HMM akan terus mendapat sambutan dan meningkatkan lagi penjualan di negara-negara lain sehingga mencapai 50 hingga 60 buah negara yang membelinya.

usinkata;...Sebagai anak Kedah sudah tentu rasa bangga dan teruja apabila Cerita Hikayat Merong Mahawangsa ini bakal mendapat perhatian dunia menerusi idea kreatif KRU yg membawa Hikayat Rakyat Kedah ini ke dalam filem..
Secara tidak langsung dapat mempromosikan Kedah dan seterusnya Malaysia dimata dunia...
Jauh disudut hati betapa indahnya jika UNESCO dapat mengesan sesuatu yg tersembunyi dibumi Kedah nie...

No comments:

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!
"Saya memerlukan sokongan 1.2 juta penjawat awam. Sekiranya anda mahu dibayar gaji yang lebih baik di masa depan, saya perlu mengukuhkan asas perolehan kerajaan kerana kalau tidak, dari mana saya akan dapat wang untuk membayar penjawat awam?"- petikan kenyataan Najib Razak yang mengaku tiada idea lain utk nak bayar gari penjawat awam melainkan kenakan cukai kepada semua rakyat..Pada masa yang sama Kerajaan BN mahu mengurangkan cukai syarikat/cukai koparat..Pada 1988 cukai koparat adalah 40%..tetapikini telah dikurangkan kepada 25%..

Tapak-Tapak di Apadianie sejak 24 Mac 2009