Wednesday, February 24, 2010

Please..Please..Berkata Benarlah Jangan Menipu


Janganlah Tan Sri ikuti jejak Najib lagi..biar dia terjun dengan labu-labu Rosnya itu...biarkan !!!

Pemulihan Ekonomi Retorik Politik - TvSelangor.com

Pakar ekomoni, Charles Santiago mempersoal kesahihan kenyataan Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, kononnya Malaysia telah pulih dari kemelesetan ekonomi.

Semalam Najib dan Zeti dalam sidang media berasingan menyatakan, kononnya Malaysia telah pulih daripada kemelesetan global berikutan prestasi suku keempat 2009 lebih baik daripada jangkaan.

“Kedua-dua Tan Sri Zeti dan Perdana Menteri tidak memberikan apa-apa angka pemulihan ini telah berlaku. Apa yang kita baca dari akhbar-akhbar ekonomi bahawa pelabur-pelabur asing tidak begitu minat untuk melabur di Malaysia kerana daya saing telah jatuh dan sekarang bersaing berdasarkan kepada upah rendah dengan Vietnam dan Kemboja, malah Indonesia telah memintas Malaysia.

“Sebenarnya daripada tahun lalu, kita dapati pelabur asing dan dalam negara telah keluarkan pelaburan mereka ke luar negara ini menunjukkan ekonomi parah, sebab itu saya mengatakan bahwa penganalisa dan sebagainya akan tunggu angka yang akan dikeluarkan esok menunjukan benarkah ekonomi Malaysia telah pulih semula,”katanya.
- Pakar Ekonomi Charles Santiago

usinkata;....hati ini terasa sayu sekali apabila mendapati Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti sanggup juga bersekongkol dengan Najib utk cuba menipu rakyat Malaysia dengan kenyataan yg tidak masuk akal dan seterusnya meruntuhkan taraf profesionalnya dimata rakyat..

Kenyataan Tan Sri Zet sebelum ini dilihat profesional dan berdasarkan fakta dan angka mengenai ekonomi negara..

Namun hingga detik ini hati ini tidak mahu menaruh syak wasangka kepada Tan Sri Zeti bahawa Tab Sri Zeti juga sudah "dipegang" oleh Najib melalui apa jua skandal atau salah laku..

Diharap Tan Sri Zeti dapat memperbaiki mutu ke-profesional yg dimiliki oleh Tan Sri melalui tindak tanduk yg berdasarkan angka dan fakta serta tanpa dilihat dipengaruhi oleh "kuasa pemerintah"..

No comments:

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!
"Saya memerlukan sokongan 1.2 juta penjawat awam. Sekiranya anda mahu dibayar gaji yang lebih baik di masa depan, saya perlu mengukuhkan asas perolehan kerajaan kerana kalau tidak, dari mana saya akan dapat wang untuk membayar penjawat awam?"- petikan kenyataan Najib Razak yang mengaku tiada idea lain utk nak bayar gari penjawat awam melainkan kenakan cukai kepada semua rakyat..Pada masa yang sama Kerajaan BN mahu mengurangkan cukai syarikat/cukai koparat..Pada 1988 cukai koparat adalah 40%..tetapikini telah dikurangkan kepada 25%..

Tapak-Tapak di Apadianie sejak 24 Mac 2009