Wednesday, February 24, 2010

Pesta "Bakar" Utusan Rasis


Jadikan acara "bakar" Utusan Rasis ini sebagai "acara Bulanan"di setiap Parlimen PR..

Acara ‘bakar’ Utusan Malaysia esok ( hari ni) - EraPakatan.com

KUALA LUMPUR : Program Ceramah 'Selamatkan Malaysia' akan mengumpulkan pemimpin PR pada esok, 24 Februari, kira-kira jam 9 malam.

Erapakatan.com juga dimaklumkan yang upacara 'membakar' akhbar Utusan Malaysia dan bahan penerbitan lain yang dikeluarkan oleh Utusan Malaysia akan diadakan pada program itu.

Upacara 'membakar Utusan Malaysia' itu dilaporkan akan diketuai oleh Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia sebagai tanda protes terhadap liputan Utusan Malaysia yang dikatakan berat sebelah dan pro-kerajaan.

usinkata;..ish ish ish..xpayah la bakar..nanti bertambah panas pulak suhu di Malaysia nie..biar pun ianya dibakar dimalam hari..huhuhu

Adalah lebih baik disedekahkan helai akhbar itu kepada para peniaga nasi lemak...buat balut nasi lemak..huhuhu.

Nak lagi bestkan..buat pesta "bakar" Utusan sebagai pesta bulanan...buat disemua bahagian Parlimen PR..

Nak lagi best...suruh gerombolan tue buat report polis atas sebab PR nk buat pembakaran terbuka yg boleh mendatangkan bahaya jerubu di Malaysia..huhhu

Dan yg paling bestkan...ajak sekali FRU beramai-ramai datang ke pesta bakar akhabar Utusan..baru meriah sikit..selepas bakar jadi jerubu pastu turun hujan asid..huhuhu..

Barulah Pesta "Bakar" Utusan Malaysia ini akan tercatat didalam Kalender Pelancongan Malaysia...sure satu dunia akan hadir dan melancong..kan untung..

No comments:

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!
"Saya memerlukan sokongan 1.2 juta penjawat awam. Sekiranya anda mahu dibayar gaji yang lebih baik di masa depan, saya perlu mengukuhkan asas perolehan kerajaan kerana kalau tidak, dari mana saya akan dapat wang untuk membayar penjawat awam?"- petikan kenyataan Najib Razak yang mengaku tiada idea lain utk nak bayar gari penjawat awam melainkan kenakan cukai kepada semua rakyat..Pada masa yang sama Kerajaan BN mahu mengurangkan cukai syarikat/cukai koparat..Pada 1988 cukai koparat adalah 40%..tetapikini telah dikurangkan kepada 25%..

Tapak-Tapak di Apadianie sejak 24 Mac 2009