"Hampa dengaq sini..angkut sekali saudara mara..sepupu sepapat hampa join sekali tau..aku nk ramai org kat sana..baru la masuk paper dengan bangganya."
"Antara bukti yang jelas Umno memperkudakan kakitangan kerajaan ialah melalui mesej yang dihantar oleh Datuk SUK (Setiausaha Kerajaan Negeri) yang mengarahkan pegawai kerajaan membawa pasangan masing-masing ke majlis solat hajat di kediaman MB," katanya.
Menurutnya, perkara tersebut juga menjelaskan bahawa SUK Datuk Dr. Abdul Rahman Hashim turut diperkuda oleh Umno BN.
Selain itu, Jabatan Agama melalui penyelaras masjid seluruh daerah juga turut diminta mengarahkan Pengerusi dan beberapa Jawatankuasa Qariah Masjid hadir ke program solat hajat rakyat anjuran Umno BN tersebut. - HarakahDaily
usinkata;...Pertama kali dalam sejarah didalam "Solat Hajat Berjemaah"..selalunya yg hadir utk solat hajat ini ..hadir dengan hati penuh tulus ikhlas...datang dengan secara sukarela dan juga datang dengan penuh rasa tanggungjawab..malah ada yang merasakan ianya "wajib" baginya utk hadir ..
Tetapi lain pulak rasa bila kehadiran diatas "ARAHAN"...adoii la Zambry..awat cek jadi lagu nie !!!..sudah-sudahlah..
Pesanan buat Mahkamah Persekutuan...bagi saja la MB Perak tue kat Zambry..jika tak bagi..meroyan pulak dia..nanti macam-macam pula "Arahan" pelik-pelik dari dia..menyampah aku..!!!
Lagipun..sejarah akan terus merakam detik perjalanan yang memalukan..
"Menteri Besar Lantikan Mahkamah Dan Bukanya Pilihan Rakyat"
No comments:
Post a Comment