Sunday, February 14, 2010

Perarakan Maulidur Rasul Bidaah ?


"Tengok DAP...nk hentikan perarakan Maulidur Rasul yg sudah menjadi tradisi..betul aku tak "bohong"..aku baca dalam "Utusan Meloya" tau.." - "UMNO cap ayam"

PAS: Perarakan Maulidur Rasul bukan wajib, Umno politikkan isu
Oleh Mohd Zuharman MalaysianInsider

KOTA BARU, Feb 14 – Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan, Abdul Latif Abdul Rahman berkata, perarakan sambutan Maulidur Rasul bukan perkara berwajib bahkan boleh dianggap sebagai perbuatan bidaah jika acara itu sahaja diutamakan.

“Tuduhan pentadbiran Lim Guan Eng sebagai anti-Islam itu saya tidak tahu, apa yang menarik perhatian saya di sebalik haru-biru situasi di Pulau Pinang dalam persoalan ini ialah Umno seolah-olah dilihat cuba mengutamakan perarakan.

“Besarnya sambutan hari Maulidur Rasul bukan pada perarakan. Nabi sendiri tidak pernah menuntut umatnya supaya berbuat begitu,” kata beliau kepada The Malaysian Insider.

Beliau yang juga selaku pelapis kepada golongan ulama PAS Kelantan memberitahu manfaat sebenar lagi mendalam akan diterima umat Islam menerusi penghayatan sejarah Maulidur Rasul itu sendiri dan ia sebenarnya yang menjadi tuntutan Islam, bukannya perarakan semata-mata.

“Malangnya bagi Umno jika hanya asyik membesar-besarkan perarakan daripada penghayatan, ini menunjukkan betapa cetek fahaman Umno tentang keagamaan.

“Tidak tahulah saya takut-takut Umno sengaja hendak mempolitikkan perkara itu setelah mendapati Lim cuba membatalkan upacara yang dianggap telah menjadi amalan tradisi di kalangan sesetengah masyarakat Islam,” katanya.

usinkata;...kan dah kata..Serban Kecil pon dh pupus didalam UMNO..mana la ada ustaz ka..ulama ka..yg nk bagi ceramah atau kuliah tentang kefahaman yg lebih mendalam mengenai agam islam kepada gerombolan rasis nie..

Sebab tue pemimpin mereka cakap macam xda gigi..lidah keras..suka-suki hati mereka asalkan ianya dapat memeuaskan tuntutan nafsu mereka..

Macam nie TGNA dan TGHD nk duduk semeja utk berbincang mengenai agama islam..huhuhu..soori la..TGNA ngan TGHD ajak2 ayam ja..


1 comment:

Anonymous said...

Johor,Pahang & Perlis tak buat perarakkan maulidur rasul tak berdemo ke PERKASA.nampak sangat perjuangan kau orang RASIS

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!
"Saya memerlukan sokongan 1.2 juta penjawat awam. Sekiranya anda mahu dibayar gaji yang lebih baik di masa depan, saya perlu mengukuhkan asas perolehan kerajaan kerana kalau tidak, dari mana saya akan dapat wang untuk membayar penjawat awam?"- petikan kenyataan Najib Razak yang mengaku tiada idea lain utk nak bayar gari penjawat awam melainkan kenakan cukai kepada semua rakyat..Pada masa yang sama Kerajaan BN mahu mengurangkan cukai syarikat/cukai koparat..Pada 1988 cukai koparat adalah 40%..tetapikini telah dikurangkan kepada 25%..

Tapak-Tapak di Apadianie sejak 24 Mac 2009