"Saya kadet SM0191-usinwafer sudah siap-sedia chipp!!!"
Anwar : Siap Sedia Hadapi Serangan UMNO-BN
TvSelangor.com
Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa pimpinan parti merapatkan saf menghadapi gelombang baru serangan Umno-BN.
Bercakap di satu siding akhbar di Ibu Pejabat PKR Pusat hari ini, Anwar berkata Umno sengaja merancakkan masalah kecil dalam Pakatan Rakyat untuk menghakis keyakinan rakyat.
Antara bukti jelas operasi terbaru ini adalah siasatan rasuah dan hasutan keatas wakil rakyat Pakatan Rakyat dan pembantu-pembantu mereka.
“Ada usaha untuk menyiasat juga bukan pimpinan kerajaan negeri Selangor, YB Lim Guang Eng, YB Lim Kit Siang, YB Karpal Sing dan YB Nik Aziz dan kita tengok semua ini disegerakan dan dalam masa yang sama termasuk saya akan dihadapkan ke mahkamah. Jadi dengan cara ini mereka rasa kekuatan kita akan terjejas.
Anwar mengingatkan adanya ejen-ejen provokasi yang diwujudkan Umno-BN untuk mengugat persepsi rakyat terhadap PKR.
“Jadi kalau ada masalah dibangkitkan dan mereka berjaya mendampingi beberapa orang di kalangan kita, itu kita tangani dengan cukup tegas,” katanya
usinkata; Marilah kita bersama-sama berganding bahu merempuh "serangan" UBN ini.!!!!
No comments:
Post a Comment