Monday, February 22, 2010

"Cermin" buat Guan Eng


"Bagi hati ini..Tuan Subky ini umpama perakam sejarah yg masih hidup.."

Selangkah - oleh Subky Abdul Latif
Adakah Guan Eng tidak cerdik?

Saya tidak bercadang untuk berkata apa-apa kepada pengkritik Ketua Menteri Pulau Pinang,Lm Guan Eng.
Apakah dia diktaor,caubinis,dan berfikiran komunis,maka terserah kepada pengkritik seperti Datuk Seri Zahrain dan lain-lain untuk membuktikanya.Saya tidak bercadang untuk mengulas niat dan motifnya serta apa yg mendorong mereka berkata begitu.Sama seperti saya tidak berminat untuk mengulas MP Kulim Bandar Baru yang saya rasa kenal.
Saya tidak bercadang untuk mengata betul atau tidak Guan Eng diktator,caubinis dan berfikiran komunis.
Apa yang saya hendak berhatikan adakah dia seorang yg cerdik sebagai ahli politik yg berpotensi?
Ketika saya belum nampak siapa pelapis Ustaz Abdul Hadi Awang dalam PAS dan siapa bakal menggantikan Anwar Ibrahim dalam PKR,saya melihat Lim Guan Eng adalah pemimpin pelapis yang jelas bagi DAP.Dia sudah mengambil tempat bapanya,Lim Kit Siang.Kit Siang boleh pergi sekarang dan DAP sudah ada pemimpin yg otoritatif.
Ketika Lim Kit Siang teragak-agakuntuk menerima Adun PAS dan Nizar Jamaluddin mengetuai kerajaan campuran DAP,PKR dan PAS di Perak setelah BN kalah,Guan ENg percaya berdiri teguhdibelakang DAP Perak menyokong pencalonan Nizar sebagai Menteri Besar.
Sikap Guan Eng itu mengubah senario politik DAP hingga menjadi regu PAS yang payah dipecah dan sukar untuk memikirkan keduanya boleh berpecah dalam waktu yg ada.
Walaupun ramai yang menharapkan ia pecah dan mengira PAS dan sekutunya dalam Pakatan Rakyat seperti tidur sebantal mimpi lain-lain,saya hanya berani berkata,mereka mahu sama-sama hidup dan mati sahaja kubur lain-lain kubur.
Guan Eng adalah jelas boleh jadi ahli politik Pakatan yang penting hingga 30 tahun lagi kiranya usianya dan kesihatanya tidak terganggu.Dari Pas dan PKR tentunya juga ada tetapi kia tidak tahu siapa yang menjadi regunya 30 tahun nanti.
Saya tidak meramalkan dia boleh jadi Perdana Menteri satu hari nanti,teta[i saya tidak menolak dia boleh bercita-cita begitu dan berusaha mencapai kedudukan yang tinggi dalam politik Malaysia,bukan sekadar seorang pemimpin berwibawa DAP saja.
Kalau Lee Kuan Yew semasa dalam Malaysia dulu bercita-cita untuk menjadi Perdana Menteri bukan Melayu,maka Guan Eng juga tidak salah untuk bercita-cita begitu.
Perlembagaan Malaysia dan semangat umum 1Malaysia yang dimajukan oleh Perdana Menteri Najib tidak menghalang dan melarang mana-mana rakyat untuk menjadi Perdana Menteri .Yang tidak tertarik malah amat meluat,ialah sentimen perkauman Melayu yang meluap-luap.
Tetapi pengaruh perkauman seperti itu 30 tahun nanti tidak diketahui sekuat mana.Adakah ia seperti daun lalang atau seperti air didaun keladi saja?
Jadi apa yang memungkinkan Guan Eng untuk mencapai hasrat sebagai seorang pemimpin Malaysia yg berwibawa dan berpotensi?
Sekuat mana pun caubanis Cinanya,dia idak akan sampai ke mana.Dia boleh berakhir seperti kedudukan Dr Lim Chong Eu,sekadar ketau Menteri Pulau Pinang,tidak lebih dari itu.Atau dia sebagai apa yg dicapai oleh bapanya sekarang,seorang tokoh pembangkang dan pemimpin bagi satu kaum iaitu kaum Cina.
Karpal Singh dan anaknya dihormati sebagai peguam dan pembangkang yg lantang dan berani,tetapi tidak mudah baginya menjadi negarawan yg diterima oleh semua.Pencapaianya mungkin menyamai mendiang DR Seenivasagam yg mengasaskan PPP dulu.
Orang Cina paling pintar di Asia ialah Lee Kuan Yew,Dia naik di Singapura atas sokongan semua kaum termasuk Melayu.Tetapi semasa di Malaysia dia tidak membaca realiti dan pengaruh Melayu dan Umno.Ketika Melayu solid dibelakang Umno,dia tidak menjadikan diri pemimpin kepada semua kaum tetapi lebih tertonjol sebagai pemimpin masyarakat Cina.
Sepintar mana pun,sebaik mana pun pemerintahannya,sekuat mana pun usahanya membasmi rasuah,dia dilhat sebagai juara masayarakat Cina.Dan sampai mati dia tidak diberi pandangan kedua oleh masyarakat Melayu.Maka dia gagal menjadi org yg dpt diterima oleh semua di Malaysia.
Gara-gara politiknya itu,menyulitkan DAP pimpinan Kit Siang untuk meraih sokongan org Melayu.
Tetapi keadaan berubah.Apa pun Melayu yg menyokong PAS dan penyokong PKR mulai ada pandangan kedua terhadap Lim Kit Siang,malah anaknya Guan Eng boleh menampilkan perhatian positif org Melayu terhadapnya.
Tidak usah kita ramalkan dia layak menjadi Perdana Menteri Malaysia ,tetapi dia ada pendekatan yg boleh mencapai kedudukan seorang pemimpin yg menarik semua .
Pendekatanya tentang isu Islam dalam pentadbiranya di Pulau Pinang menarik perhatian.Dia tidak sekadar memberikan peruntukan,tetapi dia mahu berkongsi fikiran bagaimana melonjakan kemajuan perkembangan Islam sebagai satu elemen dalam kehidupan beragama dan masyarakat.
Apakah dia akan mampu mencapai sesuatu yg lebih dair pencapaian bapanya,bergantung kepada pimpinan bagi menjadikan dirinya bukan sekadar seorang tokoh politik Cina tetapi seorang yg disenangi ole semua termasuk orang Melayu.
Dia mahu jadi macam Lee Kuan Yew tetapi dia tentu tidak mahu menerima nasib sepertinya,tidak ada tempat dalam hati org Melayu.
Apabila dia memahami semua realiti politik di Malaysia semasanya dan di zamanya,maka sudah tentu dia mengambil berat membina imej yg realistik sebagai pemimpin bukan Melayu yg mendapat tempat dan kedudukan dalam hati org Melayu dan org islam,
Dalam apa keadaan org Melayu dan org Islam itu tidak boleh dibuang ke laut.Mereka ada dan menjadi sebahagian rakyat Malaysia penting.Apabila Guan Eng memahami semua masalah itu dan dia sudah mengambil langkah-langkah bagi mendekat masyarakat Melayu dan Islam.maka tentulah dia berusaha mengelakan perkara-perkara yg boleh melarikan org Melayu dan org islam daripadanya.
Dia tentu tidak berpuashati dengan keadaan DAP yg dilihat sbg parti Cina.Dia membuka partinya kepada semua dan mahu melihat ramai orang Melayu menjadi anggota partinya.
Bagi mencapai kedudukan itu bodohlah dia kalau dia menonjolkan sikap caubinis Cina dan berfikiran komunis dalam masa komunis hancur di semua sarangnya.
Ciri diktator itu mungkin ada pada setiap pemimpin termasuk pemmpin demokrasi itu sendiri.Tony Blair itu seorang demokrasi tetapi habis org yg rapat denganya dicantasnya dalam kerajaannya dulu.Sikap itu ada diktaktornya tetapi tidaklah dibangsakan dia diktator.
Dalam dunia terbuka dan bebas,diktator tidak boleh hidup.Guan Eng tidak dilihat bijak jika dia menjadi Ketua Menteri yg diktator.Sikap itu merugikan dia.
Maka saya dapat memikirkan Guan Eng yg ada potensi sebagai pemimpin dalam era perubahan,sanggup melakukan tindakan merugikan dirinya dan politik yg dipimpinya.Apa yg terjadi adalah cabaran dan ujian kepada pimpinanya.tentu dia tidak mengulangi kgagalan Lee Kuan Yew dalam kontek politik Malaysia.
Lainlah di Singapura.

usinkata;...Artikel ini diambil dari Siasah Bil 0188 21-27 Feb 2010

No comments:

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!
"Saya memerlukan sokongan 1.2 juta penjawat awam. Sekiranya anda mahu dibayar gaji yang lebih baik di masa depan, saya perlu mengukuhkan asas perolehan kerajaan kerana kalau tidak, dari mana saya akan dapat wang untuk membayar penjawat awam?"- petikan kenyataan Najib Razak yang mengaku tiada idea lain utk nak bayar gari penjawat awam melainkan kenakan cukai kepada semua rakyat..Pada masa yang sama Kerajaan BN mahu mengurangkan cukai syarikat/cukai koparat..Pada 1988 cukai koparat adalah 40%..tetapikini telah dikurangkan kepada 25%..

Tapak-Tapak di Apadianie sejak 24 Mac 2009