Wednesday, February 24, 2010

Mission Imposible for Abg Sarjan.."clear" the engine


"Abg Sarjan..pengarah Hollywood nk interview abg..diaorg nk buat cita Mission Impossible 5.. sekuel terbaru.." Clear the Engine"

Kehilangan Enjin Jet TUDM, Mustahil Hanya Dua Individu Terlibat- TvSelangor.com

Jawatankuasa Kira-kira Awam hari ini melawat gudang TUDM di Sungai Besi Kuala Lumpur untuk mendapatkan gambaran bagaimana dua enjin itu diseludup ke luar Negara.
Seorang ahli jawatankuasa menolak pendirian kerajaan bahawa hanya dua orang terbabit dalam melenyapkan aset pertahanan Negara itu.
" Saya fikir mereka tahu siapa yang terlibat, mereka ialah satu kumpulan. Ada antara mereka menunggu d i luar kem. Mereka bergerak dalam bentuk kumpulan kerana tempat tersebut besar.. Ia sebuah kompleks," ujar Ahli Parlimen Kepong, Tan Seng Giaw.
Menurut Seng Giaw, rumusan itu diputuskan oleh ahli jawatankuasa PAC pagi tadi setelah mengadakan lawatan kira-kira 4 jam ke MATRA 1.

Sehingga 6 Januari lalu, hanya seorang anggota berpangkat sarjan dan seorang pengarah syarikat sahaja didakwa terlibat kehilangan enjin terbabit.

usinkata;...Rasanya jangan terkejut dgn apa yg telah terjadi...bukan 2 org tapi mesti ramai..segerombolan utk buat kerja suci murni ini..

Namun apa yg dihairankan..siasatan sudah dibuat dari pihak tentera ke polis ke Peguam Negara..semuanya setuju utk mendakwa 2 mamat..seorang berpangkat sarjan..

Adakah PAC cuba merendah-rendahkan pihak Tentera,Polis dan Peguam Negara..

Ish bahaya nie..jika PAC pon sangsi dengan kerja yg dilakukan oleh Tentera,Polis dan Peguam Negara..macam mana mereka ini boleh berada dibarisan hadapan negara..

Lagi satu yg menjadi kemuyskilan..betapa hebatnya seorang Sarjan dapat menggarahkan satu kumpulan/segerombolan utk melenyapkan enjin jet dari sebuah kompleks..mmg sah dia nie berdarah Sarjan Hassan ...hebat-hebat..

Ok..PAC sudah melawat..dan dh buat rumusan....maka Pihak Tentera,Polis dan Peguam Negara diharap dapat buat tindakan "TANGKAPAN TERBARU"utk mengheret malaun-malaun yg bersekongkol mencuri enjin jet ini..

Jika masih kekal dengan 2 tangkapan..maka runtuhlah kepercayaan rakyat buat sekian kalinya lagi..sampai bila nk berdolak dalik lagi..sampai bila nk pusing memusing..sampai bila nk mereka cerita lagi...sampai bila..sampai bila..

Kami bukan bodoh...

No comments:

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!
"Saya memerlukan sokongan 1.2 juta penjawat awam. Sekiranya anda mahu dibayar gaji yang lebih baik di masa depan, saya perlu mengukuhkan asas perolehan kerajaan kerana kalau tidak, dari mana saya akan dapat wang untuk membayar penjawat awam?"- petikan kenyataan Najib Razak yang mengaku tiada idea lain utk nak bayar gari penjawat awam melainkan kenakan cukai kepada semua rakyat..Pada masa yang sama Kerajaan BN mahu mengurangkan cukai syarikat/cukai koparat..Pada 1988 cukai koparat adalah 40%..tetapikini telah dikurangkan kepada 25%..

Tapak-Tapak di Apadianie sejak 24 Mac 2009